17 September 2009

Sumbangan Ramadhan PAS Jalan Kebun

Program sumbangan sempena Ramadhan dan menjelang Hari Raya daripada PAS Jalan Kebun. Sebanyak 25 orang yang memerlukan bantuan telah berjaya disampaikan. Alhamdulillah.

Kami juga berkesempatan menziarahi sahabat yang sakit, uzur, OKU, warga emas, ibu tunggal dan sebagainya.
Muslimat juga turut membantu pada hari pertama. Walaupun pada hari bekerja dengan masa yang suntuk dapat juga kami menyelesaikan program turun padang ini. Dua kumpulan telah bergerak ke rumah-rumah pada Hari Rabu 16 Sept 2009.Manakala pada hari Khamis 17 Sept 2009 satu kumpulan sahaja yang dapat hadir yang terdiri daripada 5 orang ahli PAS Jalan Kebun termasuk seorang sahabat dari Bukit Naga turut membantu. Terima kasih daun keladi akan datang buat lagi.Kepada yang menghulurkan sumbangan berupa beras, kuih raya, gula, serbuk minuman MOHSA, wang ringgit, tenaga, masa dan lain-lain diucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah yang layak memberi ganjaran. Tambah-tambah lagi pada bulan yang mulia ini.

Kami berharap pada masa akan datang program ini dapat terus dijalankan lagi.

Kiriman : Ismail PAS Jln Kebun

2 comments:

  1. PAS jalan kebun kurang teliti. ada yang tercicir.

    ReplyDelete
  2. Tuan begudol .... Salam Ramadhan

    Saya rasa ini comment yang baik dan kalau ikhlas dapat pahala banyak di bulan puasa ni.

    PAS Jln Kebun kena ambil perhatian ..... sebaiknya tuan begudol jumpa dan bincang-bincanglah tentang kekilafan yg berlaku dgn kawan-kawan PAS ni (setakat yg saya kenal mereka ni OK org nya.

    Nak tanya apa makna 'begudol'

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini