Assalamualaikum WBT,
Genap seminggu saya menyiarkan luahan hati Nik Amalina, puteri MB Kelantan. Saya berbuat demikian atas permintaan beliau dan suaminya sendiri.Saya dapat merasakan jiwanya tertekan dan beliau perlu meluahkan. She wants people to know her feelings. Dia mahu mengistiharkan perasaannya.
Rasional saya sekiranya saya tidak memberi ruang pun, beliau tetap akan menyiarkan di dalam blog lain. Dari awal lagi saya katakan yang ini "luahan perasaan beliau". Luahan perasaan mestilah beremosi. Emosi biasalah.... tidak rasional.
Tidak semestinya apa yang diluahkan betul dan objektif dari perspektif pembaca. Semuanya dari persepsi beliau sendiri. Selepas meluahkan, saya pasti beliau merasa lega. Walaupun selepas itu beliau mungkin akan merasa "depress" apabila membaca komen-komen bloggers.Namun ianya tetap terapeutik.
Bagi saya ada hikmahnya apa yang berlaku. Ia proses pematangan jiwa bagi menghadapi ujian-ujian yang lebih besar. Saya percaya Nik Amalina seperti berlian yang belum digilap. Ciri seorang pejuang ada padanya. Dengan sedikit pendedahan, pengalaman dan bimbingan, beliau mampu berjuang dalam medan Dewan Muslimat.
Blog yang paling awal "pick up" surat itu ialah blog Kickdafella. Komen yang masuk dalam blog saya kebanyakannya setelah mendapat berita daripada blog tersebut. Komen-komennya hampir sama.
Saya ditanya saya dipihak yang mana? Adakah saya menyebelahi menantu TGNA? Kenapa saya tidak membela YB Husam?
Saya mendengar daripada pelbagai pihak. Komen-komen positif dan negatif mengenai orang-orang yang terbabit dalam isu-isu tersebut. Saya tidak akan merakamkan apa yang saya dengar. Cukuplah saya katakan, semua maklumat saya terima dengan secubit garam.
Entah betul, entah tidak. Saya tiada cara untuk memastikan maklumat dengan objektif. Semua dari persepsi sumber maklumat. Saya orang yang paling akhir yang akan "menghukum" orang lain. Jika saya ada pengalaman negatif dengan seseorang pun mungkin saya akan mendiamkan diri.
Kalau perlu sangat saya akan mengingatkan orang yang saya anggap sahabat dengan perkataan "berhati-hati dengan si anu". Terpulanglah kepada penilaiannya sendiri setelah berinteraksi dengan si polan tertentu yang saya maksudkan "si anu" itu.
Pengalaman 10 lebih tahun dalam jema'ah telah mematangkan saya dengan kerenah manusia. Kesimpulan saya, dalam perjuangan ini, survival parti dan jema'ah yang penting bukan individu. Sahabat-sahabat dalam perjuangan tidak akan mahu terlibat dengan konflik-konflik yang dianggap peribadi.
Semasa kita 'berjasa' kepada parti anda akan dijulang, tatkala kita membuat kesilapan dan menyebabkan imej parti terguris, anda akan dikritik. Jika kita merajuk, tiada siapa akan memujuk. Mungkin kata nasihat dan pendapat akan diberi, keputusan ditangan kita. Parti tidak memerlukan kita. Kita yang memerlukan parti sebagai wadah jihad kita.
Segar dalam kepala saya dua cerita Allahyarham Ustaz Fadzil Noor kepada AJK DMPP di dalam satu pertemuan yang kami minta kerana agak kecewa dengan perkembangan di dalam parti. Pada ketika itu (tahun 2000),
DMPP di bawah kepimpinan Senator Us. Jamilah Ibrahim cuba membawa perubahan minda pada muslimat dan kami menghadapi kesukaran dan tentangan yang agak hebat dari sesetengah Dewan Muslimat Negeri.Setelah mendengar cerita Allahyarham Us Fadzil ketika itu, alhamdulillah saya mengubah cara berfikir dan cara menghadapi jema'ah.
Kebijaksanaan Allahyarham Us Fadzil, beliau tidak memberi nasihat langsung kerana dia tahu yang di hadapannya boleh berfikir semuanya dan mampu mengambil iktibar daripadanya.
Apakah cerita yang disampaikan??... Tunggu dalam posting berikut insyaallah.