31 March 2010
30 March 2010
Arak di Malaysia semudah membeli air minuman
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Arak di Malaysia boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain sama ada di pasar raya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka seperti 7 Eleven yang dijual tanpa kawalan ketat.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia.
Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, dalam kenyataan di Parlimen semalam, Dr Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.
Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun.
Mohamad Suhaimi juga merasa terkejut dengan pendedahan AJK PAS Pusat itu bahawa terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
“DPPWP juga merasa kesal kerana arak dengan mudah mendapat tempat untuk tajaan dan iklan di mana-mana akhbar media arus perdana mahupun di televisyen,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Kerajaan pula, katanya dengan sengaja memberikan lesen kepada pengusaha kelab-kelab malam dan pusat hiburan untuk beroperasi tanpa kawalan yang sewajarnya.
“Kelab-kelab malam inilah juga penyumbang kepada berleluasanya minuman arak sehingga menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah,” ujarnya lagi.
Soalnya, bagaimanakah penjualan dan pengambilan arak boleh bertambah dalam keadaan negara Malaysia yang sudah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam dan termaktub juga di dalam Perlembagaan bahawa agama rasmi negara ini adalah Islam.
Beliau juga mempersoalkan mengapa tidak ada kawalan keras dari kerajaan sebagaimana kawalan yang sama dilakukan terhadap penyalahgunaan dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
“Dalam Islam, hukuman yang sewajarnya kepada peminum arak adalah disebat dengan 40 hingga 80 kali sebatan. Soalnya, mengapa undang-undang ini tidak terpakai khususnya kepada umat Islam?” soalnya lagi.
Sepatutnya, kata beliau arak perlu diharamkan terus di Malaysia dan alasan bahawa negara ini mempunyai masyarakat majmuk tidak boleh diterima sama sekali kerana kesan arak yang boleh membahayakan kesihatan sama seperti penyalahgunaan dadah dan menghisap rokok.
Tambahnya, arak juga sebagai salah satu penyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.
Justeru, beliau menggesa kerajaan mengetatkan kawalan terhadap penjualan arak seperti mengharamkan penjualannya di kedai-kedai runcit dan serbaneka seperti di kedai 7 Eleven di samping premis-premis hiburan pula perlu ditutup kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada rakyat.
DPPWP juga, katanya meminta kerajaan mengharamkan arak untuk diiklankan di mana-mana media eletronik mahupun cetak agar tidak mendapat publisiti murahan.
“Apakah gunanya hasil cukai yang haram dari arak ini kepada kerajaan sedangkan dalam masa yang sama ribuan umat Islam menderita akibat ketagihan arak dan hidup dalam keadaan berdosa,” ujarnya.
MEMERANGI KETAGIHAN ARAK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM
MEMERANGI KETAGIHAN ARAK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM
29 March 2010
"Modal Besar"
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mempunyai ‘modal besar’ untuk mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor, antaranya prestasi Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang baik.
Pengarah Strategik PKR dan juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, prestasi Kerajaan Selangor membanggakan jika dibandingkan pentadbiran 50 tahun Barisan Nasional Selangor.
Menurutnya, pilihan raya pertama di Selangor merupakan ujian getir kerajaan PR Selangor kerana ia mampu menjadi batu pengukur sejauh mana kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan PR.
“Kita bukan sahaja mempunyai ‘modal’ yang besar untuk dipertaruhkan tetapi banyak isu yang melibatkan BN yang akan digunakan dalam kempen kali ini.
“PR tidak kisah siapa yang bertanding di pihak lawan, kerana kami yakin akan dapat mempertahankan kerusi tersebut,” katanya

TGNA dilantik semula sebagai Mursyidul Am
Berikut adalah kenyataan TGNA :
•Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.
• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.
• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.
• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.
• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.
Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kota Bharu
29 Mac 2010
Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.
28 March 2010
Chua Soi Lek menang .... Apa Pandangan Anda?
Dr Chua Soi Lek yang sebelum ini menjadi Timbalan Presiden MCA, kemudian dibuang padang, kini masuk kembali kegelanggang dengan penuh bergaya sebagai kapten MCA sebentar tadi
Menariknya, Dr Chua yang dikaitkan dengan DVD aksi terlampu beberapa tahun dulu tetap menjadi pilihan para perwakilan MCA pada pemilihan hari.
1. Mengapa ini berlaku?
2. Adakah ini saja pilihan yang ada dan yang paling bersih dikalangan pimpinan MCA?
3. Apa kata Najib dan rakan-rakan nya (kita boleh tunggu lapuran TV 3 suku jam 8 malam nanti)
4. Apa pula komen pimpinan PR dalam hal ini?
5. Sejauh mana CSL boleh meneruskan karier politiknya dengan imej yang tercalit sebelum ini?
6. Adakah PR mendapat laba dari keputusan ini?
7. Pandangan anda bagaimana?
27 March 2010
Ugutan kepada Umno
Kini tibalah masa yang ditunggu bila Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengungut Umno dengan meluluskan usul supaya kerajaan tidak tunduk kepada desakan dan “ugutan” parti politik dan NGO Cina dengan mengorbankan hak-hak bumiputera demi meraih undi dalam pilihan raya.
Dalam usul politik yang diluluskan petang ini, Perkasa berpendapat, orang Cina merasakan menjadi penentu kemenangan kepada parti pemerintah dan pembangkang dalam pilihan raya umum yang akan datang.
“Menyedari akan hal ini, maka NGO Cina seperti Ziong Dong dan Dewan Perniagaan Cina telah menggunakan sepenuhnya kesempatan dengan mendesak kerajaan dengan pelbagai desakan yang menguntungkan kaum Cina.
“Jika sekiranya tuntutan mereka tidak diterima maka meraka akan mengugut mengundi Pakatan Rakyat yang mana sanggup menyerahkan apa saja yang kaum Cina mahu,” usul tersebut dipetik.
Usul tersebut menyatakan, hasil desakan tersebut, kerajaan antaranya menaikkan nisbah kuota biasiswa kepada golongan itu dan memberikan peruntukan sebanyak RM1.8 bilion kepada sekolah Cina.
Sementara MCA pula antaranya didakwa meminta kerajaan menambah bilangan bukan bumiputera sebagai penjawat awam dan dengan "biadap" campurtangan dengan meminta kerajaan menilai semla hukuman fizikal terhadap wanita Islam.
Sehubungan itu, usul tersebut meminta parti politik Melayu khususnya PAS dan Umno duduk semeja dan berbincang dan mengadakan kerjasama strategik demi menjaga hak Melayu dan bumiputera berdasarkan perlembagaan.
Mesyuarat agung NGO itu juga turut meluluskan tiga lagi usul berkaitan politik, pendidikan, agama dan keselamatan seperti berikut:
- Memohon kerajaan mengekalkan ISA.
- Mendesak kerajaan mengunakan ISA terhadap mereka yang mempersendakan Islam, termasuk mencemar kesucian kalimah Allah
- Menggesa kerajaan meminda semula nisbah kuota bumiputera dan bukan bumiputera kepada 90:10 atau berdasarkan kompositi kaum, iaitu 67:37.
Live (2) : MP Sabah & Serawak umpama fixed deposit
1. YB Dr Mariah dalam ucapan menggelar MP-MP dari Sabah dan Serawak umpama fixed deposit dimana mereka akan hanya menyokong Kerajaan BN jika mendapat interest yang tinggi, sebaliknya jika mereka tiada keuntungan tiada sokongan akan diberi kepada kerajaan BN.
2. Dalam PRU akan datang tiada mungkin BN dapat majoriti 2/3 kerana rakyat telah melihat kelebihan yang dinikmati apabila BN tidak dengan sesuka hati seperti memperkenalkan cukai GST (Gasak Sampai Tertonggeng). Selain itu rakyat juga menikmati faedah apabila kerajaan gagal untuk menaikkan taarif elektrik dan juga tol.
3. Dalam sidang Parlimen kali ini ahli Parlimen Pembangkang benar-benar marah kepada speaker kerana peluang berucap yang diberi terlalu sedikit berbanding MP Bebas.
4. YB Sungai Siput dalam ucapannya menyatakan DEB telah berjaya meningkatkan taraf ekonomi orang melayu hingga 4 tingkat, (1) kumpulan melayu elit,(2) kumpulan pekerja kerajaan (3) kontraktor dan (4) terakhir rakyat marhen. DEB berjaya mengkayakan orang melayu tertentu tetapi melayu miskin terus miskin papa kedana.
Live (3) :Umnolah punca terhakisnya kuasa politik ...
Live (3) :Umnolah punca terhakisnya kuasa politik ...
Live (1) : Ceramah Isu-Isu Semasa Parlimen Kota Raja
Hadirin mula tiba pada jam 9 malam sebaik selesai menunaikan solat Isya. Majlis dimulakan dengan tayangan slide aktiviti Ahli Parlimen Kota Raja serta ADUN Sri Muda sebaik mengambil alih jawatan MP dan ADUN selepas PRU yang lalu.
Gambar paling atas : Dr Mohd Zuhdi Marzuki bersama Ketua Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Kawasan Kota Raja, Sdr Mutalib, dikuti gambar bawah YB Dr Siti Mariah, Dr. Hakim dan Dr Zuhdi
Sdr Norhalim Sirome TYDP sedang menyampaikan ucapan
Semua penceramah telah sampai dan majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Cawangan Lanchung Jaya Sdr Zainal, diikuti oleh ucapan TYDP PAS Kawasan Kota Raja Sdr Norhalim Sirome.
Flatform Brahim Ali bila kalah PRU 13 nanti
Tak syak lagi Brahim Ali akan memperkudakan sesiapa saja demi untuk menjaga survival dirinya sendiri bila tidak akan menang lagi dalam PRU ke 13 akan datang. Apa pun parti yang akan diwakilinya pada ketika itu jika ia berhasrat untuk bertanding mempertahankan kerusinya beliau tetap akan ditumbangkan oleh pengundi Pasir Mas sendiri kerana beliau bukan pembela atau wakil rakyat kepada pengundinya tetapi beliau merupakan orang yang mementingkan diri sendiri dan mengambil sikap bermusuhan dengan akan yang membantunya selama ini.
Beliau mencari pasal dikeliling pinggang, ia tidak disukai oleh Ketua Pemuda Umno bilamana menantu bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi itu dilaporkan tidak bersetuju dengan retorik PERKASA yang disifatkan sebagai ofensif terhadap bukan Melayu dan tidak selaras dengan masyarakat Malaysia yang saling hormat menghormati.
Hari ini beliau memperkudakan ahli-ahli Perkasa dan Ahli Umno termasuk Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad untuk menunjukkan bahawa beliau merupakan jaguh menjaga ketuanan Melayu wal hal pelbagai gelaran dan istilah yang telah dianugerahkan kepada beliau (dengan kebanyakan istilah tersebut merujuk kepada sejenis reptilia) menunjukkan kelayakkan sebenar pemimpin ini. Apa pun agak memelikkan bilamana masih ada orang yang mahu mengangkatnya sebagai pemimpin dikalangan mereka.
"Jika Brahim Ali punya gelaran tertentu, Apakah gelaran terbaik untuk pengikut-pengikunya pula?"
"Jika kepala macam ini, ekor bagaimana"
26 March 2010
"Dramatis" Zulkifli Nordin
FENOMENA politik hari ini semakin melucukan dengan pengakuan terbaru 'dramatis' Zulkifli Nordin yang mendakwa kononnya telah melakukan suatu dosa dengan bersubahat akan sesuatu perkara yang melibatkan Perdana Menteri dan isterinya.
Sebagai seorang peguam yang arif dengan sistem perundangan, mengapa di kala ‘orang tertentu’ itu mengarahkan beliau membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya, beliau hanya berdiam diri? 'Si bodoh sahaja tidak tahu bahawa ayam itu sememangnya tak tahu berenang'.
Mengapa jika dirasakan perkara itu tidak benar, beliau tidak bersuara atau bertindak keluar dari kepompong PKR dan membebaskan dirinya dari talian persubahatan SEKIRANYA perkara itu benar-benar terjadi bahawa dirinya akan dijadikan kuda tunggangan?
Kenapa beliau tidak terus membuat laporan polis sekiranya benar ada konspirasi untuk mengaibkan Perdana Menteri dan isterinya pada ketika itu? Mengapa setelah dipecat dari PKR, barulah beliau ringan mulut untuk bercerita? Atau cerita kartun dirinya itu beliau reka sahaja untuk cover-up malu kerana dipecat oleh PKR dengan cara yang paling 'cincai'?
Persoalan-persoalan ini berlegar-legar di minda kita apabila mendengar dan melihat sandiwara semasa yang dilakonkan oleh Zulkifli di Parlimen kelmarin. Timbul wasangka di hati, apakah beliau bertindak sebegini kerana ‘longgokan imbuhan’ yang bakal di nikmatinya? Atau sekadar mencari publisiti jalanan atau penagih politik murahan yang mendambakan perhatian dan simpati dari UMNO/BN dan sekaligus mengharapkan adanya ‘tawaran istimewa’ dari UMNO/BN?
Berlagak semacam hero Tamil, Zahrain dengan gahnya menunjukkan belangnya dengan mendedahkan kelapan-lapan nama ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat kepada PKR untuk Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Malaysia.
Jika di fikir secara logik, bolehkah dengan penghijrahan 8 orang ahli Parlimen BN itu dapat terbentuk sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat? Ia tidak mungkin kerana belum cukup korum untuk menubuhkan sebuah Kerajaan.
Pakatan Rakyat memerlukan 30 orang ahli Parlimen lagi barulah boleh membentuk Kerajaan. Jadi mengapa Zahrain tidak mendedahkan lagi nama 22 orang ahli Parlimen yang lain? Perlu diingatkan kepada Zahrain, kalau nak berbohong sekalipun, biarlah ianya nampak neutral dan tidak kelihatan jelas membohong dalam berbohong.
Jika 22 orang Ahli Parlimen yang 'tidak setia' itu masih tidak terurai nama-nama mereka dan mereka masih lagi berada di dalam sudah tentu Barisan Nasional menghadapi satu penyakit kanser yang susah terubat.
Orang kedai kopi pun tahu siapa mereka? Cuma para pemimpin BN sahaja yang 'palui' (bangang) tidak tahu siapa mereka. Zahrain sendiri pun tahu. Sebab Zahrain tidak dedahkan semuanya kerana Zahrain sudah dapat ‘angpau’ daripada 22 orang Ahli Parlimen yang lain itu. Mereka kini sedang tersenyum melihat 8 orang Ahli Parlimen BN yang terdedah nama-nama mereka yang tidak mungkin berpeluang jadi YB lagi di PRU13 nanti.
Janganlah kerana sakit hati dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang tidak mahu menurut kemahuannya, maka beliau bertindak sebagai HANG SIAL yang sial sudah melepas 95% janji yang belum ditunai oleh BN. Hilang etika profesionalisme yang kelihatan hanyalah etika kedunguan yang kenampakan.
Kepada dua yang bakal dinobatkan sebagai ‘Pelakon Lelaki Handalan’ Negara ini, cukup-cukuplah mengadu-domba ini, ianya tidak akan ke mana, sebaliknya hanya lebih mengundang simpati dari rakyat kepada PKR dan Pakatan Rakyat.
Apa pun tahniahlah di atas keberanian anda berdua memperlihatkan lagak ‘mental disorder’ anda berdua. Lagak ngeri anda cukup menghiburkan pengundi kamu semua.

25 March 2010
Zulkifli Nordin nak cium tangan Rosmah
Ramai yang menunggu Zulkifli Nordin CIUM TANGAN DS Rosmah untuk minta maaf. Kalau boleh masa dia cium tangan Rosmah tu biarlah TV 3 buat tayangan secara langsung dan diulang-ulang berita tu hingga lunyai. Baca seterusnya berkaitan berita :“Maafkan saya Najib, Rosmah
24 March 2010
Tohmahan & Fitnah Khir Toyo & Katak di Jln Kebun akan dijawab
Penipuan dan tohmahan serta fitnah oleh Khir Toyo, dan katak-kataknya pada 13 Mac yang lalu di Jalan Kebun akan segera dijawab oleh PAS dan PKR melalui YAB Dato Seri Nizar Jamaluddin, YB Dr Siti Mariah dan YB Shuhaimi.
Menurut menganjur yang keketuai oleh Tuan Hj Mulyani dan Sdr Norhalim Sirome dan Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Kota Raja, ahli PAS telah datang mencatat semua fitnah dan tohmahan tesebut dan akan menjawabnya dalam Ceramah yang akan diadakan pada 5 hb April 2010 berhampiran tempat ceramah yang dianjurkan oleh Umno yang lalu, sila rujuk banner diatas.
Sementara itu pada 27hb Mac 2010 LDP PAS Kota Raja akan meneruskan siri road tour nya mengelilingi Parlimen Kota Raja untuk memberi penerangan berkenaan Isu-Isu Semasa yang patut diketahui rakyat kerana ini media kita sejak dulu lagi, sila rujuk banner diatas.
UBN Kota Raja semakin goyah kerana 1 tembakan peluru dari mereka dibalas dengan puluhan peluru oleh PAS Kota Raja
23 March 2010
Wajah sebenar pejuang Melayu
Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.
Berucap ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin (kiri) turut mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.
"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi.
Tambahnya, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.
Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.
"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion.
"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.
"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.
Tambahnya, maklumat tersebut diperolehinya melalui buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysian Maverick yang setakat ini masih dalam penilaian oleh kerajaan.

22 March 2010
Pertahan Serangan Utusan Malaysia
Sekurang-kurangnya lima Adun Selangor akan mengadakan sidang media esok bagi mempertahankan Sultan mereka selepas diserang oleh Utusan Malaysia melalui ruangan Awang Selamat, iaitu ruangan yang ditulis oleh pemimpin editorial akhbar Umno itu.
Kelima-lima mereka memanggil satu sidang akhbar khas atas nama "ADUN-ADUN SELANGOR PERTAHANKAN SULTAN SELANGOR."
Mereka yang akan mengadakan sidang akhbar itu adalah Amirudin Shari (Batu Caves), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Dr. Abdul Rani Osman (Meru) dan Dr. Ahmad Yunus (Sijangkang).
Ia akan diadakan jam 12.30 tengahari esok di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Annexe Bangunan SUK, Shah Alam.
Utusan Malaysia hari ini, melalui tulisan Awang Selamat, menyiarkan satu tulisan yang disifatkan sebagai mempertikaikan tindakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah yang membatalkan rancangannya untuk merasmikan mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dijadualkan pada 27 Mac ini.
Ulasan yang dibuat oleh pimpinan editorial Utusan itu dianggap mencabar keputusan Sultan Selangor itu dan mengungkit siapakah yang membela raja-raja Melayu selama ini.
Antaranya, Utusan melaporkan:
"Awang ingin bertanya kepada semua, siapakah paling lantang dan ke hadapan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu ketika dihina, jika bukan Perkasa. Di mana suara NGO bukan Melayu dan tauke-tauke kaya raya ketika Raja-Raja Melayu dicabar?"
Ekoran keputusan Sultan Selangor tidak mahu merasmikan mesyuarat itu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir akan menggantikannya.

Pagar Makan Pagi
Awang Selamat marah benar kepada orang Melayu yang tidak mahu bersekongkol dengan Ibrahim Ali dan Mahathir Mohamad dalam mesyuarat agung pertama Perkasa pada Sabtu ini, Awang yang kerdil itu berkata:
“Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedang pun menghakis kedudukan Melayu”. Kalaulah saya Sultan Selangor, tentu terguris hati saya dengan sindiran yang biadab dan bodoh ini.

Awang naik berang kerana menurutnya, Perkasa patut di sanjung dan disokong kerana begitu lantang mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang dikatakan sedang dihina. Yang anehnya sejak bila pula institusi Raja-Raja Melayu kita dihina?
Saya belum terbaca atau mendengar mana-mana pihak yang mencabar institusi Raja. Kalau pun Karpal Singh itu dikatakan mencabarnya, bukankah kes itu belum lagi selesai? Itu pun kes perundangan. Kenapa Awang, Ibrahim Ali dan Mahathir tak sabar-sabar hinggakan perlu memanggil 10,000 orang Melayu berhimpun. Kalau setakat nak beri orang ramai makan percuma dalam dewan yang empok, 20,000 orang pun boleh dicari.
Tetapi Melayu sekarang tidaklah sebodoh yang difikirkan oleh Awang. Lebih baik Awang bagi contoh-contoh siapa dan apa yang mencabar Raja-Raja kita? Saya sangka orang akhbar ini bijak dan pintar, dan kenyataan pun biasanya berasas dan ada minat ke arah mencari kebenaran. Itu sepatutnya menjadi kriteria utama wartawan cemerlang.
Ni lah kononnya orang yang memperjuangkan Melayu. Poodah.
21 March 2010
"Pelacur Politik"
Parlimen tidak sepatutnya dijadikan sarang ‘pelacur politik’ sehingga meruntuhkan kemuliaannya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Jangan jadikan Parlimen sebagai sarang pelacuran yang dipenuhi kuman siflis dan wabak aids yang akan meruntuh kemulian dewan yang dibanggakan selama ini," tegas beliau ketika mengulas ahli-ahli Parlimen yang melompat.
Beliau meminta ahli-ahli Parlimen yang melompat itu menyedari bahawa rakyat memberi kepercayaan kepada mereka atas nama Pakatan Rakyat (PR) bukan atas nama diri mereka.
"Mereka boleh untuk tidak bersama PKR dan PR tetapi mereka perlu melepaskan jawatan ahli Parlimen untuk kembalikan mandat itu kepada rakyat.
"Inilah cara terbaik untuk mereka membuktikan dakwaan mereka PKR dan PR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat. Bukannya menjadi pelacur politik yang membawa penyakit yang boleh merosakan masyarakat," tegas beliau lagi.
Beliau juga menyifatkan ahli-ahli Parlimen yang melompat itu sudah tidak ada kelayakan untuk menjadi ahli Parlimen.
Ahli-ahli Parlimen yang melompat parti, katanya, mencabuli amanah rakyat.
"Parlimen tak boleh mengizinkan ahli Parlimen seperti ini yang membohongi dan menggadai amanah rakyat.
"Perbuatan ini sama seperti kesalahan pecah amanah. Orang yang pecah amanah hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mengulas titah diraja ketika perasmian penggal Parlimen Isnin lalu di mana Yang di-Pertuan Agong mengingatkan ahli-ahli Parlimen supaya menjaga adab dalam perbahasan, Mahfuz berkata, apabila membicarakan soal adab dan kesopanan ia tidak terbatas kepada tingkah laku seseorang ahli Parlimen ketika berbahas.
"Tingkah laku tindakkan ahli Parlimen diluar dewan juga merupa perkara penting untuk dinilai," katanya.
Tingkah laku tersebut termasuk perbuatan mencabuli amanah rakyat yang mengundi mereka.
20 March 2010
Siapa pimpinan Umno di kasino Las Vegas?
Panas, keadaan di Parlimen jadi panas, pemimpin Umno dalam Dewan Rakyat melenting kemarahan apabila Ahli Parlimen Machang mencelah semasa perbahasan titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengingatkan betapa beberapa pemimpin Umno tertidur di mesin slot dalam kasino judi di Las Vegas dalam satu lawatan beberapa tahun lalu.
Kejadian bertikam lidah bermula apabila menantu mantan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bangun untuk memalukan Anwar dengan menimbulkan insiden beliau menari dengan "anak tauke judi".
Anwar dengan tenang berkata, "kita menari sikit dia bising tapi pemimpin Umno muntah kedarah arak takpe".
Saifuddin meminta laluan yang diberi Ketua Pembangkang lalu menyatakan keberanian Khairy berdebat dengan Anwar adalah disebabkan beliau dipinggirkan daripada mennganggotai kabinet Datuk Seri Najib Razak.
"Memang jawatan Ketua Pemuda Umno tapi tak dapat jadi menteri. Itu je supaya nak naik markah sikit kerana Perdana Menteri menyaksi perbahasan ini," kata beliau Khamis lalu.
Khairy yang tidak berpuas hati terhadap kata-kata sinis Saifuddin terus "mengamuk" seolah-olah hilang akal dan berusaha keras untuk terus memalukan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
"Dosa besar dalam Umno kalau menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno dan ini berdosa besar kepada parti agama, bangsa, negara. Judi ok, arak ok.
"Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini, berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan Pemuda Umno dulu. Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.
"Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat. Jangan cabar, waktu "wedding anniversary", pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.
Ketika itu Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar cuba menenangkan kerajaan apabila Ahli Parlimen Pasir Salak turut terasa tempias daripada ucapan Saifuddin.
“Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas Ahli Parlimen Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, pemimpin Pemuda Umno itu pun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini, berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” sambung Saifuddin lagi.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut mengikuti perbahasan itu melahirkan rasa terkejut beliau di atas sikap hipokrit pemimpin Umno yang sering bercakap mengenai Islam tetapi melanggar hukum agama.
"Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni," kata Mahfuz.
Saifuddin seterusnya berkata beliau sanggup mengulangi di luar Dewan jika dicabar dan akan mendedahkan lagi banyak keburukan peribadi pemimpin Umno yang bertopengkan Islam.

PR kena bijak ambil kesempatan
Parti-parti dalam Pakatan Rakyat kena mempertingkatkan usaha merapatkan diri dengan golongan muda dan belia kerana kecenderongan mereka untuk menyokong Pakatan Rakyat adalah sangat tinggi berbanding BN. Dengan pendedahan yang amat luas dialam siber ini, golongan ini tidak memperdulikan lapuran-lapuran yang dikeluarkan melalui media arus perdana sebalik menggunakan media alaf baru ini sebagai sumber. Keraja n dilihat masih tidak punya keyakinan terhadap orang muda ini menykong mereka walau pun secara retoriknya sentiasa menyatakan bahawa oarng muda bersama mereka.
Ini dibuktikan walau pun dikatakan "Undi Adalah Rahsia", tapi BN tetap kecut perut untuk membuat peraturan agar rakyat yang berumur 21 tahun keatas secara automatik menjadi pengundi. Pakatan Rakyat menegaskan pendaftaran pengundi automatik perlu dipraktik segera walaupun tiada jaminan pengundi muda memihak calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.
Cadangan berkenaan sudah lama dikemukakan dan sering diulang-ulang disebut di Parlimen termasuk oleh MP Kota Raja dalam persidangan Dewan Rakyat pada tahun yang lalu diikuti dengan ramai lagi pimpinan PR yang menyeru kerajaan memperuntukan undang-undang ini, tapi seperti biasa BN menolaknya dengan pelbagai alasan yang menunjukkan bahawa mereka tidak pernah yakin bahawa pengundi muda akan menyebelahi dan menyokong mereka.
Pada masa ini, lebih 4.38 juta daripada 15.4 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas belum mendaftar dan fakta ini diakui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf.
Sebaliknya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya SPR membuat pendaftaran automatik kepada rakyat berusia 21 tahun.
Mengulas hal itu, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke menyifatkan kenyataan Nazri itu semata-mata berasaskan kebimbangan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap ‘kuasa’ pengundi muda.
“Tetapi nampaknya, ini tidak diingini oleh BN dan kita tahu bahawa mereka bimbang kalau pengundi muda terlalu ramai, maka ini akan menggugat kedudukan politik mereka," katanya.
Beliau menyatakan pengundi muda masa kini memiliki lebih maklumat berbanding pengundi lain berikutan pendedahan mereka lebih luas dan kecenderungan politik mereka sukar dijangka.
“Saya mengambil pendirian, kita jangan terlalu confident (yakin). Yang kita pasti ialah pengundi muda lebih kritikal dan boleh membuat analisis sebab saluran maklumatnya lebih menyeluruh," katanya.

18 March 2010
Dibawah PR, nasib warga tua akan lebih terbela
JALAN KEBUN - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai dasar untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu, bertoleransi dan saling membantu untuk menjamin kesejahteraan masyarakat.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, bagi memastikan hasrat itu tercapai, kerajaan akan mewujudkan masyarakat yang mengamalkan nilai penyayang dan bertimbang rasa terutama kepada golongan warga emas.
Menurutnya, dengan mengamalkan nilai berkenaan iaitu kebajikan rakyat berteras kepada sistem kekeluargaan yang mantap, warga emas pasti mendapat perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak.
“Warga tua yang juga sebahagian daripada ahli masyarakat dan diakui mempunyai banyak pengalaman serta kemahiran yang boleh digunakan oleh generasi kini.
“Malah mereka (warga emas) banyak memberi sumbangan dan masih mempunyai potensi menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan kemajuan setempat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada beberapa rumah yang mempunyai warga emas, di sini.
Dr Mariah berkata, warga emas wajar mendapat perhatian, penghormatan dan kasih sayang bagi memastikan menikmati kesejahteraan hidup sepanjang hayat.
Menurutnya, aktiviti turun padang untuk membantu permasalahan rakyat termasuk kebajikan warga emas akan dilakukan tanpa mengira masa membabitkan pemimpin tempatan yang lain.
“Apa yang dilakukan ini, secara tidak langsung dapat memajukan potensi warga tua agar mereka terus aktif dan produktif dalam pembangunan setempat seterusnya memberi sumbangan kepada negeri,” katanya.

17 March 2010
Siapa rompak tanah Orang Asli?
Lebih 2,000 Orang Asli berdemo di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.
Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Ini siapa punya angkara? Pandai-pandai lencongkan tujuan asal Orang Asli tersebut. Kenapa tidak dibiarkan mereka melunaskan hasrat mereka untuk berjumpa PM 1 Malaysia, jumpa Shafie Apdal buat apa? Masaalah di Sabah yang tidak diselesaikan lagi pun melambak, nak menyibuk kat Semenanjung buat apa?
Kalau PAS & PR buat demo kita dihidangkan dengan semburan meriam air beracun dan tembakan gas pemedih mata, tapi Orang Asli ni sesiapa nampak dalam auditorium tadi mereka diberi apa?
Hebat 1 Malaysia, kalau Orang Asli pun dah marah dan berani menyerang Putrajaya, tanda-tanda awal berlakunya kejutan kedua dalam PRU 13 akan datang seakan akan berlaku. Bersiapa sedialah semua. Baca seterusnya disini
16 March 2010
Kematian Siva : Kehilangan besar bagi KPP
Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja dan Kelab Penyokong PAS Kota Raja mengucapkan takziah dan melahirkan rasa sedih dan dukacita yang amat sangat diatas kematian mendiang Sive, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pasir Salak.
Salam takziah juga dari Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr Siti Mariah, YDP PAS Kawasan Kota Raja, Sdr Jaafar Samsuddin dan semua peringkat pimpinan Kawasan kepada keluarga mendiang.
Langkap, 17 Mac, 2010 : Tengahhari tadi, beberapa ahli parlimen PAS terdiri daripada Dr Mujahid (gambar), Nasir Zakaria Ahli Parlimen Padang Terap, Kedah, Dato’ Wan Abd Rahim, Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan, Ust Mohd Nasir, Khairil Faizi, LPN DPP Pusat bersama beberapa Pemimpin PAS Perak dan ahli Kelab Penyokong PAS Perak telah datang berkumpul di rumah mendiang Siva (34 tahun), yang mati ditembak oleh dua orang yang tidak dikenali petang kelmarin.
berdekatan sebelum beramai-ramai ke rumah mendiang Siva
“Berita kematian Siva ditembak kami terima semasa kami di Parlimen kelmarin dan pada tengahari ini, kami dari ahli parlimen PAS datang sebagai menunjukan solidariti kami dan kesedihan kami diatas pemergian saudara Siva, seoprang yang cukup aktif dan komited dengan perjuangan parti,” jelas Dr Mujahid yang mewakili Lujnah Perpaduan Nasional dan PAS Pusat.
oleh beberapa Muslimat PAS
“Mendiang pernah berkata , bahawa dia sanggup mati kerana mempertahankan PAS.Ini adalah kenyataan, dimana mendiang tidak pernah ketinggalan menyertai mana-mana demonstrasi , baik di Kuala Lumpur atau di Perak, katanya lagi.
tragedi hitam itu berlaku
Mujahid menyifatkan pemergian saudara Siva itu sebagai satu kehilangan yang besar , khususnya bagi Kelab Penyokong PAS.
PAS Pusat telah dimaklumkan dimana Tuan Guru Nik Aziz dan juga Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang telah mengucapkan takziah diatas pemergian mendiang Siva atau nama sebenarnya Panthiyan a/l Patchamuthu.

Ahli-ahli PAS ramai yang turut hadir sebagai menunjukan rasa sedih dan simpati mereka diatas tragedi yang berlaku petang kelmarin itu.Mendiang meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
mendiang Siva buat kali terakhir
Mujahid juga menjelaskan bahawa PAS Pusat akan memberikan sedikait bantuan sebagai sumbangan kebajikan kepada keluarga mendiang Siva. Al-Husseyn
Ku Li Negarawan Tulin Membetulkan Fakta
YB Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah (Gua Musang) yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen yang berani berdiri dipersada politik tanah air bagi memperbetulkan fakta yang diselewengkan oleh YAB Perdana Menteri khususnya dalam perkara pembayaran royalti petroleum keatas negeri Kelantan dan negeri-negeri lain. Alasan murahan yang dijaja keserata negara ialah isu 3 batu nautika yang jelas bertentangan dengan Petroleum Development Act (PDA) 1974.
Hari ini YB Salahuddin [ Kubang kerian ] mengemukakan usul 18 (1) mengenai isu Royalti untuk dibahaskan. Teks penuh usul adalah seperti berikut:
10 Mac 2010 / 24 Rabiul’ Awal 1431
Kepada ;
YB Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia
Yang DiPertua Dewan Rakyat,
Parlimen Malaysia,
Kuala Lumpur.
YB Tan Sri,
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18 (1) BAGI MEMBINCANGKAN PERKARA TERTENTU, BERKEPENTINGAN RAMAI DAN PERLU DISEGERAKAN
Saya Haji Salahuddin Bin Haji Ayub (Kubang Kerian) mohon mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini hendaklah ditangguhkan bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan hak negeri Kelantan dan negeri-negeri lain dalam Malaysia untuk mendapatkan royalti petroleum yang dinafikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Tuan Yang DiPertua,
Sewajarnya Dewan Yang Mulia ini merakamkan penghargaan yang setingginya kepada YB Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah (Gua Musang) yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen yang berani berdiri dipersada politik tanah air bagi memperbetulkan fakta yang diselewengkan oleh YAB Perdana Menteri khususnya dalam perkara pembayaran royalti petroleum keatas negeri Kelantan dan negeri-negeri lain. Alasan murahan yang dijaja keserata negara ialah isu 3 batu nautika yang jelas bertentangan dengan Petroleum Development Act (PDA) 1974.
Menjadi tanggungjawab saya mewakili rakyat negara ini untuk membawa usul ini kerana terlalu banyak fakta yang diselewengkan mahupun disembunyikan termasuk penemuan beberapa telaga minyak dikawasan bertindih sempadan Kelantan dan Terengganu iaitu sekitar (Commercial Arrangment Area PM313).
YB Mulia Gua Musang paling berautoriti untuk memperjelaskan PDA. PDA dan kesemua 13 perjanjian dengan Negeri-negeri dan 13 Geran Penyerahan Hak menggunakan istilah “bayaran tunai” dan demikian juga istilah-istilah yang digunakan dalam PDA adalah “di daratan (On-Shore)” dan “luar pantai (Off-Shore)” untuk maksud petroluem yang dihasilkan samada di daratan atau di luar pantai. Yang penting sekali adalah tiada dinyatakan sama sekali di dalam PDA, 13 Perjanjian dengan negeri-negeri mahupun Hak tentang sekatan setiap Negeri untuk menerima bayaran tunai dari Pertonas bagi pengeluaran petroleum di luar pantainya berdasarkan kepada jarak dari pantainya sebagaimana hujah murahan YAB Perdana Menteri.
Cuba perhatikan bagi Sabah dan Sarawak (telaga minyaknya semua di luar pantai) sebelum berkuatkuasanya PDA 1974 asas perundangan bayaran royaltinya dibuat oleh undang-undang yang digubal oleh kolonial Inggeris. Setelah wujud PDA dan pembentukan Petronas, Sabah dan Sarawak dibayar royalti petroleum sejak Oktober 1974 berasaskan PDA, 2 Perjanjian dan 2 Geran Penyerah Hak. Kedua-dua negeri tersebut berada dalam kedudukan yang sama dengan Kelantan,Terengganu dan 9 negeri yang lain dalam Malaysia.
Saya mohon sekali lagi agar Dewan Yang Mulia ini diberikan ruang untuk membincangkan perkara sepenting ini. Tentunya Estoppel mengikat integriti Petronas sebagai syarikat minyak multi-nasional setanding Exxon dan Shell. Satu penghormatan kepada Pertonas yang telah menandatanagani perjanjian dengan Kelantan dan 12 Negeri-negeri yang lain. Petronas jangan menodai perjanjian ini hanya kerana angkara dendam kesumat Barisan Nasional yang tak kunjung padam.
Saya yang mencadangkan,
Yang benar
SALAHUDDIN AYUB
DEMO di Putrajaya : Orang Asli pun dah naik angin
Sekurang-kurangnya 1,000 Orang Asli dijangka berhimpun di Putrajaya esok untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.
Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.
Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil.
Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara.
"Dalam konvensyen bersama JHEOA (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) di Cheras baru-baru ini, mereka gagal jelaskan mengenai isu-isu tanah dalam dasar ini sebab itu kita hendak bantah," katanya Jenita ketika dihubungi petang ini.
Jelasnya lagi, dasar berkenaan juga tidak memihak kepada Orang Asli dan tidak mewakili kemahuan golongan itu.
"Dasar itu menyatakan tanah seluas enam hingga lapan ekar sahaja diberikan kepada ketua isi rumah. Kita mahu semua tanah yang dbuka oleh nenek moyang kami sebelum ini diberikan milik kepada kami, bukan enam atau lapan ekar sahaja," katanya lagi.
Tambahnya, masyarakat itu juga ingin menuntut supaya sekatan-sekatan dalam dasar tersebut dimansuhkan bagi membolehkan mereka diberikan hak untuk memperdagangkan tanah berkenaan.
Perhimpunan esok dijangka menjadi perhimpunan kedua seumpamanya, selepas mereka mengadakan satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.
14 March 2010
Siapa pengkianat sebenar?
Nash Arrawy |
Parti perkauman Umno masih giat lagi bermain dengan isu –isu panas perkauman dan menghidupkan api assobiyyah melalui platform lain ( NGO perkauman ) iaitu; Perkasa dan GPMS yang menebal assobiyyah kaumiyyahnya yang menyokong sentimen perkauman Melayu Umno dan mengapi-apikan DAP sebagai anti Melayu untuk meraih undi Melayu pada PRU 13 nanti ; dengan menolak PAS kerna tahaluf siasi dengan DAP. Politik mutaakhir ini mempamirkan penolakan rakyat ke atas perjuangan yang bernaunsakan assobiyyah( kebangsaan ) dan kaumiyyah ( perkauman) yang dipelupori UBN. Namun , rata-rata pengundi Islam masih lagi termakan umpan Umno kononnya PAS adalah alat DAP dan tersasar daripada siasah Islam . Sekitar 70 % orang Islam masih lagi ada elemen assobiyah dan perkauman Melayu yang memenangkan calon Umno dan mengalahkan calon PAS dan PKR yang berugama Islam. Ini bererti hanya sekitar 30% sahaja pengundi Islam yang memahami konsep Islam sebagai “ Rahmatan lil ‘alamiin ‘ . Sebaliknya pengundi bukan Islam yang boleh menerima konsep tersebut dan polisi ‘Justice For All “ dan “ PAS FOR ALL “ sehingga lahirnya di dalam PAS sendiri; Dewan baru yang diberi nama Kongres Penyokong PAS ; membuktikan bahawa Islam memang sistem yang paling kondusif untuk masyarakat majmuk yang memberikan keadilan sejagat , kemakmuran dan kedaimaian ummah. Sebaliknya, Umno dan BN hanya hidup dengan isu perkauman ; Umno tipu Melayu, MCA tipu Cina dan MIC tipu India . Siapakah yang buang kuasa raja, Bahasa Melayu dan biasiswa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan?. Siapakah yang mengkhianati Perlembagaan Persekutuan ? PAS kah ? DAP kah Bukankah Umno ? ; MELAYU TIPU MELAYU di atas nama Melayu DEB ; memfaraidkan saham bumiputra untuk kroni elit Umnoputra! Yang terkini merompak emas hitam kepunyaan bangsa sendiri demi kepentingan kroni dan politik rakus suku-sakat mereka . Bangsa boleh disayangi tetapi bukan sebagai teras atau tonggak perjuangan kerna TERAS PERJUANGAN adalah ISLAM; yakni Kitabullah dan Assunnah bukan perkauman . Naik Islam maka naik secara otomatis bangsa yang mendukung Islam seperti bangsa Parsi yang digeruni Amerika ; mengusir thoghut Shah dan mustakbirin Amerika ! Bahkan digusari CIA dan KGB . Ini bukti kehebatan Islam. Mana bangsa Arab .? diratahi yahudi dan nasoro kerna assobiyyah Arab yang ditegakkan; bukannya Islam sebagai ‘ Ad –Deen waddaulah ‘ dan ‘ Ad-Deen Wa Syariah “ dalam menegakkan agama dan panji-panji Islam dan memerintah dunia dengannya . Justeru itu .bukan Islam hendaklah didekati melalui Kongres Penyokong PAS yang sama taraf dengan semua Dewan dalam PAS. Cuma mereka tiada boleh diundi atau mengundi ; tetapi, mempunyai suara dalam Muktamar dan wakil di peringkat pusat . Sementara fahaman assobiyah –kaumiyyah tajaan Umno hendaklah di tangkis secara bijaksana supaya 70% orang Islam yang dikelirukan Umno itu dapat memahami siapakah sebenarnya PENGKHIANAT AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR agar ummah tiada tertipu lagi dengan retorik SMS ( SATU MALAYSIA SEKULAR ) dan JTR ( JUARA TIPU RAKYAT ) Tegakkanlah roh panji Islam di dalam diri anda, famili, dan komuniti anda, insyaAllah akan tertegak negara “ nafi deenilah hi afwaja “ di dalam negara anda. Yang ada hanyalah Allah dan Rasul sahaja. Tiada ‘ Tuhan Melayu” “ Tuhan Arab” atau “ Nabi Melayu” atau “ Nabi Arab” tetapi hanya wujud “ Rabbil ‘alamiin” ( Tuhan semesta alam ) dan “ Rahmatan lil ‘alamiin” ( Muhammad rahmat kepada sekalian alam ).”One World “ ( Satu Dunia ) , “ One Soul “ ( Satu Nyawa: Adam ) and “ One Creator” ( Satu Maha Pencipta ) bukannya SMS ( Satu Malaysia Sekular ) . Keamanan dan kedamaian akan tertegak di mana –mana juga apabila sentimen perkauman yang diapi-apikan parti perkauman Melayu Umno bisa dihapuskan dengan Univesalitas Sejagat tanpa batasan geografi , kaum, etnik dan agama. Umno gagal untuk melaksanakan obligasi politiknya kepada umat Islam dan warga Malaysia pada keseluruhannya. Umat Islam di Pulau Pinang yang terpinggir dan tertinggal itu dihebuhkan kononnya angkara PAS bertaluf siasi dengan DAP yang baru setahun jagung memerintah . Selama ini , lebih daripada lima dekad , siapa yang memerintah Pulau Pinang ? Bukankah Umno dan Gerakan . PAS dan DAPkah yang meminggirkan umat Islam?. Kecurian wang emas kepunyaan umat Islam dan warga Terengganu dan Kelantan yang difaraid antara kuncu-kuncu kabel politik Umno yang meminggirkan Terengganu antara negeri yang termiskin di Malaysia . Angkara petualangan siapa? Walhal Terenganu kaya dengan emas hitam ! Bagaimana, bisa menjadi miskin? Hak umat Islam dan warga Kelantan sebanyak RM 2 BILLION dirompak oleh Umno dan hutang emas hitam semasa yang belum dilunaskan bahkan di samun dan disonglap sebanyak RM 600juta seperti kata Husam dikhianati oleh petualang Umno yang kononnya dikatakan berjumlah semuanya RM20juta sahaja. Satu penipuan yang ketara oleh Umno. Bahkan Ku Li kata Kelantan adalah Negeri yang terkaya di Malaysia dengan anugerah Allah emas hitam tersebut . DAP kah yang menghalang ? PAS kah yang menghalang? Siapakah sebenarnya petualang Agama , Bangsa, dan Tanah Air !?. Umno menjaja api perkauman Melayu dan memburukkan imej dan reputasi PAS-DAP kerna untuk menutup kegagalan Umno untuk memertabatkan agama. bangsa dan tanahair. Terbukti tahaluf siasi PAS – DAP- PKR dalam PAKATAN RAKYAT adalah lebih baik daripada Umno-MCA-MIC yang bernausakan perkauman dan kronisma . Guan Eng hapuskan kabel kronisma dan hanya gunapakai kabel komputer sahaja . Siapa layak dia dapat tanpa mengira kaum atau parti . Inilah yang dibenci oleh kontaktor –kontraktor Melayu yang tiada layak yang selama ini pakai kabel politik . Bahkan fitnah anti DAP-PAS dan perkauman oleh Umno akhirnya makan diri balik apabila data rasmi e-TENDER TERBUKA terbukti dimenangi oleh 70 peratus dari kalangan Bumiputra. Siapa sebenarnya perkauman dan siapa sebenarnya petualang bangsa , agama dan tanah air. Bahkan bajet Kerajaan Pakatan Pulau Pinang memperuntukkan jumlah yang besar kepada institusi Islam , SAR dan para hufaz lebih daripada Umno berikan. Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan diakui oleh Akauntan Negara dan International Transparency sebagai ‘ GOOD GOVERNANCE” dan Kelantan diiktiraf sebagai “ ZIFAR KORUPSI” . Ini membuktikan ISLAM BOLEH dan Kelantan adalah model SATU MALAYSIA sebenarnya yang tiada korupsi , tiada kroni dan tiada perkauman . ‘ PAS FOR ALL’ and “JUSTICE FOR ALL “ bukan untuk Ananda Krishan, Vincent Tan dan Mukhriz sahaja. Sumber |
12 March 2010
Gambar MELAMPAU dari Malaysiakini
Lapuran Malaysiakini sebentar tadi berhubung tindakan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hadir dalam program bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bercakap soal “perpaduan politik Islam” menimbulkan kecurigaan banyak pihak, masih boleh diterima dengan akal yang waras. Beritapenuh
Tetapi dengan meletakkan gambar ini (melibatkan TGNA) berserta berita ini amat tidak WAJAR. Ini provokasi yang terlampau.....
'BN masih tidak berubah'
Lim Si Pin, anak kepada bekas Presiden Gerakan, Tun Lim Kheng Yaik dan bergelar Ketua Pemuda Gerakan, menyarankan partinya agar keluar dari Barisan Nasional bagi membolehkan parti berkenaan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam politik Tanah Melayu.
Menurut Lim Si Pin lagi, ini adalah masa yang sesuai iaitu selepas dua tahun tempoh bertenang untuk Gerakan keluar dari BN memandangkan 'BN masih tidak berubah'.
Menurut Lim Si Pin lagi, ini adalah masa yang sesuai iaitu selepas dua tahun tempoh bertenang untuk Gerakan keluar dari BN memandangkan 'BN masih tidak berubah'.
Brahim Ali
PAS leaders have called on Perkasa chairman Ibrahim Ali to clarify a news report that he had worked for Chinese gambling king Vincent Tan, who has become the latest Malaysian to join the Forbes’ list of billionaires.
“If this report is true, then Ibrahim Ali must explain to Perkasa members, in fact to all Malays, why he keeps harping on the Chinese overtaking the country and yet quietly, he works for them,” PAS central committee member Dr Syed Azman told Harakahdaily.
“What is this if it is not double standards and hypocrisy? He is going to give Malays a bad name if he continues to play his racist card and Umno continues to sanction him.”
On Friday, new portal Malaysia Today splashed out a 2003 annual report of manufacturing firm Dunham-Bush Malaysia, which was then controlled by Vincent and his brother Danny.
In the annual report, Ibrahim is listed as an independent non-executive director and also a member of the firm’s audit committee.
Of late, Ibrahim has ruffled racial feathers more than any other political personality. He has denied being a racist, yet in the next breath, he has slammed the non-Malays for demanding equal rights.
He has also warned his community that Malaysia was in danger of being controlled by the other ethnic groups in particular the Malaysian Chinese.
“Look at how Vincent Tan became successful - he took over the privatisation of Berjaya-Toto," Ibrahim said in a recent press interview.
"The Genting group succeeded because of its monopoly on gambling. Ananda Krishnan rose to the fore because of his monopoly over Astro and the Maxis 012 license
“Looking at what they got, is it not a form of assistance, 'affirmative action' for the Chinese taukes? How can we compare what they got with the two sen small contracts given to the Malays?”
However, what Ibrahim did not say about the affirmative action plans in the New Economic Policy is that they have actually done very little to spread wealth amongst the Malays, particularly those in the rural areas.
Instead, the NEP, which originally aimed to eradicate poverty and help backward groups get a toehold in the economy, has been severely abused through the decades by Umno leaders.
In the name of protecting the Malays, Umno’s elite leadership granted huge economic largess and government contracts to unscrupulous cronies, resulting in widespread and endemic corruption.
“The NEP benefits only the Umnoputras and not the ordinary folk. This is something the Malays themselves are very well aware of,” PAS vice president Mahfuz Omar said.
“So Ibrahim should stop playing the race card as if no one can see through his tactics. In fact, everyone knows of his connection to Umno stalwarts like Mahathir Mohamad and Prime Minister Najib Razak. He should stop taking Malaysians, especially the Malays, for fools.
Risalah 'Saiful tak diliwat', ahli PKR ditahan
Dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak ditahan polis kerana mengedarkan risalah yang mendakwa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.
Menurut timbalan ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamed, kedua-dua ahlinya, - Muhammad Hafiz Bidin dan Arie Yudistira Ishaq Arifin Fadli ditahan di Masjid Al-Ridwan Ulu Klang sebelum solat Jumaat oleh dua anggota polis.
Zainol Abidin berkata kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke balai polis Taman Melawati sebelum dihantar ke ibupejabat polis daerah Ampang, Taman Dagang.Beliau yang kini di IPD itu berkata beberapa pemimpin PKR termasuk ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin juga ada bersama. Menurut Zainol Abidin, pada taklimat khas malam semalam oleh setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, ahli PKR diarahkan mengedarkan risalah tersebut ke masjid-masjid sekitar Gombak."Arahan adalah supaya 10,000 risalah diedarkan di 10 masjid di Gombak. Di setiap masjid, kami tempatkan dua petugas," katanya.
Zainol
Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
MB, Exco, pegawai basah kuyup ketika solat istisqa
KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa. Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi. Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi. Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat. Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut. Kalau UMNO tanpa merujuk kepada sirah, pastinya buat pembenihan awan. Tu pun tak dapat nak buat dah pasal duit dah banyak kene kapor. |
11 March 2010
Zul Kulim hanya berani dalam kandangnya
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada PKR yang mempunyai keberanian dan ketegasan untuk mengambil tindakan terhadap Zul Nordin. Walaupun berhadapan dengan kemelut peristiwa MP yang melompat, PKR masih tetap sanggup melakukan apa yang diperlukan untuk menjamin kestabilan PR. Walaupun mereka sedar bahawa pemecatan Zul akan menyebabkan PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan DAP akan mempunyai satu kerusi lebih dari PKR, namun mereka terus bertindak tegas. Syabas!
Tindakan tegas ini memberi mesej yang jelas berhubung komitmen PKR terhadap PR. Sekiranya mereka mementingkan diri mereka semata-mata dan meletakkan PR sebagai perkara yang tidak begitu penting di mana PR di letak di bahu dan bukan di kepala, sudah pasti mereka akan mempertahankan Zul Nordin. Mungkin dengan amaran keras secara bertulis akan dianggap sudah memadai. Mengapa mereka perlu kehilangan satu kerusi demi menjaga PR? Seperti yang selalu disebut, “politics is as numbers game, the more seats you have, the stronger you are!” (Politik merupakan persoalan angka, lebih banyak kerusi maka akan lebih kuat kamu). Namun ketegasan mereka ini menyebabkan semua para penyokong PR merasa lega dan selesa. Termasuk juga ahli PAS yang kelihatan turut bersorak semasa persoalan ini disebut. Demi menjaga PR, PKR sanggup memecat beliau walaupun akan kekurangan bilangan kerusi, iaitu satu tindakan yang ‘melemahkan diri’ dari sudut angka. Tindakan ini juga secara zahirnya bercanggah dengan kepentingan parti sendiri.
Saya secara kebetulan pula terlibat secara terus. Ini adalah kerana di antara faktor utama Zul dipecat adalah kerana laporan polis yang beliau buat terhadap diri saya. DS Wan Azizah telah menyebut semasa konvensyen PR Selangor, “Zul menyerang kawan. Kita tidak boleh benarkannya. Kenapa dia perlu menyerang kawan”. (Au kama Qall – atau lebih kurang begitulah ucapan beliau). Kawan yang dimaksudkannya itu adalah saya dan saya berasa terharu dengan semangat setiakawan serta kejujuran persepakatan yang ditunjukkan. Saya tidak pernah meminta persoalan laporan polis terhadap saya itu diambil kira. Juga ingin saya tegaskan bahawa tidak pernah saya mengadu kepada Anwar ataupun mana-mana pimpinan PKR berhubung tindakan Zul terhadap diri saya itu. Namun ianya diambil kira oleh pimpinan PKR yang memahami, walaupun tidak meminta atau merayu, sudah pasti tindakan sebegitu tidak wajar dan akan menyulitkan PR.
Sebenarnya, sejurus sahaja laporan polis itu dibuat, saya telah dihubungi wartawan. Mereka bertanya pandangan saya terhadap tindakan Zul itu. Pada ketika itu, saya jawab, itu “hak dia”. Saya tidak mahu merumitkan lagi keadaan memandangkan dia masih lagi anggota PKR pada masa itu. Bagi saya hubungan PR perlu dijaga. Namun sekarang dia sudah tidak lagi dengan PKR ataupun PR. Maka jawapan ringkas saya terhadap tindakan beliau adalah: ianya satu tindakan hendak mencari publisiti murahan!
Sudah lebih 60 NGO UMNO buat laporan, tambah 1 lagi apa bezanya? Lagipun apa yang hendak sibuk-sibuk buat laporan Polis. Sediakan sahaja tempat serta waktunya dan panggil Astro Awani atau Hujjah TV9, kita berdebat secara siaran langsung demi mencari kebenaran. Kemudian lihat sahaja siapa yang berhujah di atas kekuatan nas dan siapa yang bertindak diatas dasar sentimen semata. Sekiranya ada diantara apa yang saya fahami tidak tepat, tersasar dan tidak berlandaskan syariat, maka saya sedia diperbetulkan dan demikian jugalah saya harapkan sebaliknya.
Hari itu pun di rumah DSAI, semasa berkumpulnya ramai para ilmuan yang mengutarakan hujah masing-masing, dia hanya diam seribu bahasa. Kalau menurut pujangga Melayu, diam itu tandanya setuju. Bila sudah selesai dan keluar dari sesi perbahasan, ada pula hajat untuk menunjuk kononnya dialah ‘pahlawan Melayu terakhir’.
Sekiranya setiap parti dalam PR menunjukkan komitmen terhadap pakatan sepertimana yang ditunjukkan oleh PKR, maka insyaAllah saya yakin bahawa PR akan mempunyai masa depan yang amat cerah. Namun sekiranya komitmen yang diberikan terhadap PR adalah hanya sekadar yang akan menguntungkan parti sendiri secara jangka masa pendek, maka PR akan sentiasa berhadapan dengan kebuntuan. Adalah perlu difahami bahawa masa depan setiap parti bergantung kepada kejayaan PR. Jika PR berjaya, maka setiap satu parti komponen yang bersama PR akan turut berjaya. Jika PR gagal, hasil dari keinginan untuk membela orang yang bermasalah dan suka menimbulkan masalah, seperti Zul, demi kononnya kepentingan parti sendiri, maka kita semua akan gagal!
Di sini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada pimpinan DAP. Mereka dengan secara ikhlas dan berjiwa besar menyatakan kesediaan mereka untuk terus membenarkan DSAI kekal sebagai Ketua Pembangkang. Ini telah mereka nyatakan walaupun mereka tahu bahawa mereka mempunyai kerusi Parlimen melebihi PKR. Ini yang dikatakan pengorbanan demi menjaga kepentingan pakatan dan PR itu sendiri. Kalau mereka pentingkan parti mereka sahaja dan meletakkan PR “di paras bahu dan tidak di kepala”, sudah pasti mereka akan menuntut jawatan tersebut. Tetapi mereka memahami adat berkawan dan mereka tidak mengambil kesempatan dari masalah kawan yang diserang bertubi-tubi oleh parti perasuah yang bernama UMNO. Mereka faham, serangan terhadap PKR adalah bertujuan melemahkan PR yang mereka merupakan anggota kepadanya. Mereka melawan usaha untuk menggagalkan PR dengan memberi sokongan bulat kepada DSAI sebagai Ketua Pembangkang.
Hakikatnya, ungkapan “meletakkan PR diparas bahu dan parti sendiri diparas kepala” menggambarkan sikap dan pemikiran yang amat meleset. Semangat setiakawan dan adab berpakat memerlukan pengorbanan dari setiap parti supaya pakatan itu boleh terus maju ke hadapan. Membelakangkan kepentingan PR dan mendahului kepentingan parti sendiri akan menyebabkan semua bertelagah demi mempertahankan kepentingan parti masing-masing. Sedangkan kepentingan semua yang berpakat sudah saling berkait diantara satu sama lain. Maka, letakkan parti sendiri di paras kepala dan PR turut sama disisinya.
Semangat yang seperti inilah yang diperlukan untuk menjamin usaha menjatuhkan BN/UMNO akan berjaya. Melalui semangat yang sebegini, saling berkorban demi mementingkan kejayaan PR, hubungan sesama parti akan bertambah kukuh. Perasaan saling percaya akan bertambah mendalam dan akhirnya BN akan tidak lagi mampu melakukan apa-apa kecuali menguburkan dirinya sendiri dengan bertindak lebih rakus, lebih ekstrim, lebih rasis dan yang paling penting sekali - lebih dibenci rakyat jelata.
PAS juga telah turut dipuji pada hari konvensyen berkenaan di atas keberaniannya menyatakan yang hak berhubung isu kalimah Allah. Walaupun telah diketahui akan diserang UMNO secara bertubi-tubi dan berkemungkinan pula kehilangan undi ‘Melayu yang tidak membaca’, namun Alhamdulillah PAS tetap tegas dengan pendiriannya. Pimpinan dan ahli PAS sendiri pun turut merasa bangga - walau apa pun pendirian mereka berkenaan isu ini. Turut bersorak bersama apabila mendengar PAS dipuji. Terbukti bahawa pendirian PAS Pusat adalah tepat, dari sudut nas dan juga dari sudut politik. Pendirian inilah yang akan menggagalkan usaha UMNO untuk melagakan PR demi melanjutkan jangka hayat politik mereka yang sudah hampir lupus.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
www.khalidsamad.com

10 March 2010
Mari kita berdebat
BARU sekejap tadi saya dengar ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menawarkan untuk berdebat dengan Zulkefli Nordin berhubung isu kalimah Allah menerusi berita Astro Awani. Kata Khalid wakil rakyat berkenaan tidak payah buat report polis mengenainya berhubung kalimah Allah tetapi elok berdebat.
Beliau bersedia berdebat bila-bila masa dan di mana-mana saja. Saya pun rasa elok kalau ada mana-mana NGO atau individu menguruskan agenda ini. Kalau wakil rakyat Kulim - Bandar Baru yang tampil di tv dengan berbagai jenis dan warna kopiah dan terbaru songkok itu sanggup rasanya baik juga diadakan. (Songkok itu mungkin pesaka sesama beliau dalam pemuda Umno dulu).
Kata Khalid kalau wakil rakyat itu ada hujah tidak perlu takut. Bila berhujah barulah dapat diketahui apakah persoalan itu kerana fakta, ilmu atau emosi.
Molek benar rasanya untuk menyelesaikan isu ini wakil rakyat berkenaan sambut pelawan Khalid itu. Dan kalau tidak ada pihak nak jadi penganjur saya rasa Siasah bersedia untuk menganjurkan debat berkenaan. Sebelum ini pun Siasah dah cuba mendapat persetujuan kedua pihak untuk anjurkan debat.
Khalid sudah memberi jawaban kesediaannya, tetapi wakil rakyat Kedah itu tidak pernah jawab telefon bila dihubungi wakil Siasah. Kalau dia memang pejuang Islam tulen dan iklhas dalam menegakkan kalimah Allah sambutlah pelawaan Khalid itu seberapa segera yang boleh. Kalau jumlah penonton memberangsakan mungkin boleh juga dijual tikit untuk perbelanjaan atau saguhati buat wakil rakyat berkenaan.

msomelayu.blogspot.com
09 March 2010
Hassan Ali belasah Umno
"Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, tak ada orang tak kata. Satu dunia kata. Yang tak kata Utusan Melayu. Yang tak kata Berita Harian. Yang tak kata TV3. Yang tak kata TV1. Yang tak kata TV2. Tapi satu dunia kata pimpinan UMNO Barisan Nasional, zaman berzaman, adalah pimpinan yang paling korup!"
Demikianlah kritikan yang dilontarkan oleh Hasan Ali (gambar kiri), EXCO Kerajaan Negeri Selangor terhadap UMNO-BN. Malah, Pesuruhjaya PAS Selangor yang beberapa kali mencetus kontroversi di kalangan PR ini, menyerang habis-habisan pimpinan UMNO-BN dan bekas Menteri Besar BN Selangor Khir Toyo, semalam.
Susulan daripada seruan terbuka untuk "mengebumikan UMNO-BN pada PRU ke-13" dalam ucapannya di Konvensyen PR Selangor pada 7 Mac, Hasan Ali semalam membuktikan dirinya masih bersama PR, dengan kata-kata pedasnya yang dilemparkan terhadap UMNO-BN dalam "Syarahan Perdana Sempena Ulang Tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat Negeri Selangor", di Stadium Malawati Shah Alam.
Pemimpin yang pernah "dikhabarkan" bakal "melompat" untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor ini bermula dengan melafazkan syukur kepada Allah swt, "... Sebab, bagi sesetengah orang, UMNO terutamanya, meramalkan kita (PR) dapat memerintah Selangor ini sekadar enam bulan. Ada yang meramalkan tak lebih daripada tiga bulan. Tapi sekarang sudah masuk bulan yang ke-24, dua tahun hari ini."
Melihat kepada sambutan masyarakat Selangor terhadap PR, Hasan Ali menyambung ucapannya dalam tepukan, "...Yakinlah, Pakatan Rakyat terus jadi pilihan rakyat untuk tahun-tahun dan dekad-dekad yang akan datang!"
Sebermulanya Hasan Ali berucap, beliau menyeru agar hadirin-hadirat memujuk keluarga, jiran dan orang ramai untuk bersama perjuangan politik PR.
"Nak pujuk untuk apa? Nak pujuk untuk bersama-sama meletakkan satu batu asas pembinaan tamadun manusia, tamadun yang akan ditegakkan atas dasar... satu perkataan yang..., tuan-tuan, sangat memberikan harganya, nilai yang paling tinggi...," sebelum beliau menyambung, "Perkataan itu ialah keadilan."
"Saya nak tengok anak saya hidup dalam suasana adil! Saya nak tengok cucu Hasan Ali nanti hidup dalam suasana adil! Saya nak tengok cicit Hasan Ali nanti hidup dalam suasana adil! Adil untuk dirinya, adil untuk keluarganya, adil untuk masyarakatnya, adil untuk negerinya, adil untuk teman-teman Cina, teman-teman India, teman-teman Melayu yang mesti digarap, yang mesti disongsong atas makna keadilan yang sebenarnya!" kata-katanya disambut dengan tepukan daripada lebih 4,000 penyokong yang hadir semalam.
Hasan Ali kemudian memperhebatkan serangannya terhadap bekas kerajaan negeri Selangor BN, dengan membandingkan antara UMNO-BN dengan PR.
"Sejarah seluruh Menteri Besar (Selangor), sejarah mereka dicatit dengan sejarah hitam, black history," katanya merujuk kepada 13 orang bekas MB Selangor BN sebelum Khalid Ibrahim menyandang jawatan tersebut selepas PRU ke-12. Beliau sempat mengusik Khir Toyo, dengan berkata, "...Menteri Besar UMNO BN akhir sebelum Khalid Ibrahim, rumah di Shah Alam, (bernilai) 24 juta."
Hasan Ali menyindir Khir Toyo yang memanggil sidang akhbar dalam minggu pertama ketika baru-baru dilantik menjawat MB, memberitahu media bahawa beliau berasal dari "keluarga yang sangat miskin", "...jual botol untuk bayar yuran sekolah", "tapi anak jual botol bina rumah (bernilai) 23 juta!"
Untuk membandingkan antara UMNO-BN dengan PR, beliau mendakwa setiap kali sebelum mesyuarat kerajaan negeri, Menteri Besar (PR, gambar kanan) akan sendiri baca doa, "Wahai Allah, Hindarkan kami dari rasuah, wahai Allah..."
Hasan Ali kemudiannya cuba menonjolkan kekayaan dan kemewahan hidup yang dinikmati pemimpin UMNO-BN, dengan berkata, "Kalau ada istana di Sabak Bernam, istana itu adalah rumah ADUN-ADUN atau MP-MP UMNO-Barisan Nasional, betul atau tidak?"
Malah, beliau seterusnya menyasarkan bekas MB, "Kalau ada istana selain daripada istana Sultan di Shah Alam ini, istana itu pastinya istana Menteri Besar yang ke-13, Yang Amat Berhormat Khir Toyo!"
Kepimpinan Ulamak
Untuk Hasan Ali, perbezaaan kedua yang wujud antara UMNO-BN dengan PR adalah, PR berjaya membariskan ulamak besar seperti Nik Aziz (Mursyidul Am PAS), Hadi Awang (Presiden PAS), Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) dan Harun Taib (Ketua Dewan Ulama' PAS) dalam pimpinannya.
"Untuk membangun negara, kita perlukan ulamak besar ini untuk merintis jalan kita," katanya. Beliau kemudian menjelaskan bahawa pimpinan ulamak tersebut akan memastikan PR sentiasa berada dalam jalan lurus yang diredai Allah, iaitu jalan yang adil, menjaga hak negeri, tidak mementingkan sendiri, keluarga dan kekayaan untuk peribadi.
Hasan Ali memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Selain membentangkan pencapaiannya dalam "menghidupkan semula masjid dan surau", selepas mengambil alih kerajaan negeri dari UMNO-BN, beliau juga menyentuh isu kebebasan bersuara.
Sambil mempertikaikan "keadilan" yang ditampilkan media cetak arus perdana, beliau menyindir penyiaran rancangan televisyen yang sarat dengan muka-muka tertentu sahaja. "Buka pula televisyen, lepas Najib (Perdana Menteri), Rosmah (isteri Najib). Lepas Rosmah, Muhyiddin (Timbalan Perdana Menteri). Lepas Muhyiddin, Rosmah balik..." kata-katanya ini disambut dengan gelak-ketawa di bawah pentas.
Beliau memaklumkan bahawa kerajaan PR Selangor sedang mengkaji pengubalan Enakmen Keterbukaan Infomasi Maklumat, yang diusahakan oleh EXCO Selangor, Elizabeth Wong. Beliau menjanjikan saluran maklumat yang tepat dan adil untuk masyarakat, melalui saluran media PR seperti Selangorkini, TV Selangor dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Posts : Dr Siti Mariah
Popular Posts
-
Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kris...
-
Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lesta...
-
Umno dan Utusan Malaysia ;- Ibarat aur dengan tebing Ibarat isi dengan kuku Ibarat irama dengan lagu Mereka tidak boleh dipisahkan, sali...
-
Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat gambar sekitar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna yang telah berlangsung kelmarin. Ter...
-
Akhbar media perdana khususnya Utusan Malaysia dan The Star terus-menerus memalukan gendang pertembungan antara golongan ulama dengan profes...