20 March 2010

PR kena bijak ambil kesempatan

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat kena mempertingkatkan usaha merapatkan diri dengan golongan muda dan belia kerana kecenderongan mereka untuk menyokong Pakatan Rakyat adalah sangat tinggi berbanding BN. Dengan pendedahan yang amat luas dialam siber ini, golongan ini tidak memperdulikan lapuran-lapuran yang dikeluarkan melalui media arus perdana sebalik menggunakan media alaf baru ini sebagai sumber. Keraja n dilihat masih tidak punya keyakinan terhadap orang muda ini menykong mereka walau pun secara retoriknya sentiasa menyatakan bahawa oarng muda bersama mereka.

Ini dibuktikan walau pun dikatakan "Undi Adalah Rahsia", tapi BN tetap kecut perut untuk membuat peraturan agar rakyat yang berumur 21 tahun keatas secara automatik menjadi pengundi.  Pakatan Rakyat menegaskan pendaftaran pengundi automatik perlu dipraktik segera walaupun tiada jaminan pengundi muda memihak calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Cadangan berkenaan sudah lama dikemukakan dan sering diulang-ulang disebut di Parlimen termasuk oleh MP Kota Raja dalam persidangan Dewan Rakyat pada tahun yang lalu diikuti dengan ramai lagi pimpinan PR yang menyeru kerajaan memperuntukan undang-undang ini, tapi seperti biasa BN menolaknya dengan pelbagai alasan yang menunjukkan bahawa mereka tidak pernah yakin bahawa pengundi muda akan menyebelahi dan menyokong mereka.

Pada masa ini, lebih 4.38 juta daripada 15.4 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas belum mendaftar dan fakta ini diakui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf.

Sebaliknya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya SPR membuat pendaftaran automatik kepada rakyat berusia 21 tahun.

Mengulas hal itu, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke menyifatkan kenyataan Nazri itu semata-mata berasaskan kebimbangan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap ‘kuasa’ pengundi muda.

“Tetapi nampaknya, ini tidak diingini oleh BN dan kita tahu bahawa mereka bimbang kalau pengundi muda terlalu ramai, maka ini akan menggugat kedudukan politik mereka," katanya.

Beliau menyatakan pengundi muda masa kini memiliki lebih maklumat berbanding pengundi lain berikutan pendedahan mereka lebih luas dan kecenderungan politik mereka sukar dijangka.

“Saya mengambil pendirian, kita jangan terlalu confident (yakin). Yang kita pasti ialah pengundi muda lebih kritikal dan boleh membuat analisis sebab saluran maklumatnya lebih menyeluruh," katanya.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini