03 March 2011

Umno Kecut Perut (bhg - 2)

Susah nak percaya, kalau berita ni dari Kelantan tak pe lah sebab fenomena Tok Guru dan semua telah sedia maklum. Tapi bila berita ni dari Pahang negeri suami Kak Rosmah ... susah benar nak diterima oleh  semua termasuk pemimpin -pemimpin, ahli dan penyokong Umno dan sekutunya. Ini benar-benar berita yang mengecut kan perut Umno.

Beberapa hari yang lalu satu Malaya dihebohkan oleh Bernama bahawa ribuan ahli PAS & PKR keluar parti (sila klik dan baca)  melompat parti menyeberangi jambatan dengan menyertai Umno .... ini pun cuma dari satu Kawasan Parlimen sahaja .... dan di Kelantan pulak tu. Membaca dan mempercayai berita ini akan membuat kita semua kecut perut kerana membayangkan berapa ramai pula yang akan melompat di Merlimau dan Kerdau sehari dua ni. Akan berpesta lah media Umno menyebarkan berita paling sensasi ini.

Tup tup diberitakan pula bahawa Pengasas Umno Jengka 25  Sdr Muzamil yang juga merupakan pembantu khas kepada bekas Adun Kerdau Allahyarham Datuk Abdullah Kia telah meninggalkan Umno dan menyertai PAS bersama 11 ahli Umno yang lain malam semalam menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS.

Dengan penyebaran berita ini Umno pasti melakukan tindak balas dengan mengutip pula  seberapa ramai pelakon tambahan yang entah sesiapa dari PAS dan PKR KONON nya bagi melompat parti dan menyertai Umno dan berita tersebut sudah pasti akan disebar luas keseluruh Malaysia dengan TV3/suku akan menayangkan berita tersebut jika terjadi berulang-ulang kali sampai ada yang termuntah. Kita tunggu ..... selain mnenunggu berita sensasi dari "Skuad Kamera"

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini