30 September 2011

Perdirian PAS berkaitan Hudud

Selaras dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengiktiraf Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu, PAS berpendirian kedua-dua negeri itu berhak memperkanunkan undang-undang tersebut.

Dalam satu kenyataan menyatakan pendirian rasmi parti itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan kini, sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran untuk melaksanakannya.

Menurutnya, perbezaan pandangan dengan DAP khususnya dalam soal penafsiran "bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan" adalah sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya.
"PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan," katanya.
Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung pendirian PAS:

1.   Parti Islam SeMalaysia  (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka.  Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
30 September 2011

25 September 2011

Hudud bagi non-muslim

DSAI & Hudud


Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. 

Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama. 

Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka.

Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang. Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato’ Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya. 

Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.

Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua. 

Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.

Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran. Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua. Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153."


Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius. Mantan perdana menteri, Dr Mahathir menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. 

Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif. Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat. Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat. 

Candid : Pimpinan Kawasan & Sekretariat Parlimen di Rumah Terbuka YB Shuhaimi












23 September 2011

Dr Asri: Kelantan dan tanggungjawab hudud


Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 
  
Apabila sebut hudud di Malaysia, ramai yang akan mengingati hasrat Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Ada yang menyatakan hasrat tersebut sekadar mainan politik, padahal tuduhan itulah mainan politik. Saya bukan anak Kelantan, tidak juga aktivis parti di Kelantan. Saya orang luar Kelantan yang sering diberikan peluang oleh Kerajaan Kelantan untuk melihat pentadbiran dari dekat.

Saya yakin bahawa dalam isu hudud hasrat Kelantan bukan main-main. Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah s.a.w dalam sunnah baginda. Saya sendiri mendengar perkataan YAB Menteri Besar Kelantan ketika ditanya tentang hudud, beliau menjawab: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.

Saya lihat wajahnya, saya rasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah berkenaan. Apa tidaknya, Allah menegaskan dalam al-Quran: (maksudnya)

“Ini ialah satu 'surah' yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat. Perempuan Yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” (Surah an-Nur: 1).

Dalam al-Quran ada disebutkan beberapa jenis hukuman terhadap jenayah-jenayah tertentu; jenayah curi (Surah al-Maidah: 38), jenayah hirabah (Surah al-Maidah: 33), jenayah zina (Surah an-Nur: 3), dan qazf (Surah an-Nur: 4). Dalam hadis pula disebutkan hukuman sebat bagi peminum arak, buang daerah bagi penzina dan rejam bagi penzina muhsan, juga bunuh bagi yang murtad. Hukuman ini secara umumnya dikategorikan sebagai hudud. Walaupun begitu, ada perbincangan dalam kalangan sarjana mengenai kedudukan hukuman murtad, buang daerah dan rejam; adakah itu hudud atau ta’zir (discretionary punishment). Jika ia hudud bererti ia tidak boleh dipinda atau ditukar ganti. Jika ia ta’zir bererti ia terdedah kepada perubahan dan penilaian semula pihak pemerintah. Saya akan bincangkan nanti dalam artikel yang lain.

Niat Buruk

Usaha menggambarkan negara Islam atau design negara yang mendaulat Islam sebagai negara hudud adalah gambaran yang tidak tepat. Pihak musuh berniat buruk. Hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam. Hudud adalah hukum Islam yang menjadi makanisme dalam mencegah jenayah. Asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip al-Quran dan as-Sunnah. Keadilan dan kemaslahatan rakyat itu luas maksudnya, dan luas juga cara mencapainya. Tugas kepimpinan negara melaksanakan yang makruf iaitu segala unsur kebaikan dan kemaslahatan untuk rakyat. Dalam masa yang sama mencegah yang mungkar iaitu segala unsur yang membawa kemudaratan dan kemerbahayaan kepada rakyat. Firman Allah: (maksudnya):

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Hajj: 41).

Penafsiran perkataan ‘makruf’ dan ‘munkar’ hendaklah diluaskan dalam konteks kehidupan muslim secara umum, dan kenegaraan secara khususnya. Maka dalam negara Islam; keadilan ditegakkan merentasi batasan keturunan, pangkat dan kaum. Tiada beza antara hukuman terhadap sultan atau raja dengan rakyat biasa. Tiada beza antara orang besar dan orang bawah. Kemakmuran negara juga dibahagi secara adil dalam kalangan rakyat. Tiada rasuah, tiada salah guna kuasa. Kepentingan setiap individu dalam negara dipelihara, kemaslahatan mereka dijaga. Kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat.

Hukum Allah

Tiada seorang yang beriman pun yang akan berani membantah nas-nas qat’i (definitive texts) sama daripada al-Quran ataupun as-Sunnah. Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama. Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam.

Nas-nas yang qat’i (definitive texts) itu, sekalipun diyakini tanpa syak daripada Allah, namun para sarjana Islam sering berbeza pendapat dalam menafsirkan maksudnya, atau berbeza pendapat dalam memperincikannya. Ini disebut sebagai dalil yang zanni (speculative meaning).

Umpamanya, dalam hukuman memotong tangan pencuri, tiada siapa yang syak tentang kewajiban melaksanakan nas ini. Namun, para sarjana berbeza pendapat dalam menentukan syarat yang melayakkan seseorang dijatuhkan hukuman tersebut. Demikian juga dibincang suasana yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan. Ini kerana terdapat nas-nas yang lain yang boleh menafsirkan hukuman ini. Membahaskan, ataupun meletakkan syarat-syarat yang layak sebelum perlaksanaan sesuatu hukum hudud itu, bukanlah bererti menolak hukum itu, sebaliknya memastikan perlaksanaan itu memenuhi maksud sebenar dari titah perintah Allah dan rasulNya yang disebut sebagai Maqasid al-Syariah (The Higher Objectives of Islamic Law).

Ini kerana bukan tujuan Islam ingin memastikan tangan pencuri itu putus, tetapi yang hendak dicapai ialah maksud keadilan, pencegahan dan pemeliharaan harta masyarakat di sebalik hukuman tersebut. Kaedahnya ditetapkan iaitu potong tangan. Maka, pelaksana hukum tersebut hendaklah memastikan bahawa apabila hukuman tersebut dilaksanakan, maksudnya dapat dicapai. Jika dilaksanakan, sedangkan maksud itu tidak dicapai, ataupun berlaku sebaliknya, maka itu tidak menunai tanggungjawab nas. Sebaliknya, hanya menzahirkan ketidakadilan, atau kekejaman atas nama Islam.

Suasana Kondusif

Suasana kondusif ialah suasana di mana apabila hukuman hudud itu dilaksanakan akan mencapai matlamat hukum itu disyariatkan. Tertegak keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat. Suasana yang tidak kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam itu sendiri.

Nabi s.a.w bersabda:

“Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan”. (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani).

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:

“Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.

Dalam riwayat Abu Daud: “Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran” (Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani).

Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w mengarahkan agar hukuman tidak dilaksanakan dalam keadaan peperangan ataupun musafir kerana bimbang kesan yang negatif terhadap perlaksanaan itu disebabkan suasana yang tidak kondusif. Dengan melihat kepada nas yang seperti ini, maka persoalan persekitaran ketika hukuman hudud dilaksanakan perlu diambil kira.

Mewujudkan Suasana

Nabi s.a.w sebelum menegaskan tentang hudud, baginda mengujudkan suasana keadilan yang menyeluruh dalam masyarakat yang diperintah oleh baginda. Pemerintah dan rakyat sama setaraf di hadapan undang-undang. Tiada diskriminasi keturunan dan latar belakang. Suanana kebajikan; bantu membantu, tolong menolong antara masyarakat yang kukuh. Jaminan hak rakyat yang diberikan. Suasana halal yang mudah; mudah berkahwin, talak, fasakh, khuluk dan selainnya. Tiada alasan untuk lelaki ataupun wanita berzina. Sementara suasana haram yang diketatkan; sukar mendapat dan menebusi perkara haram.

Apabila suasana seperti ini wujud, maka tiada alasan rakyat memilih yang haram. Jika ada memilih yang haram juga, maka memang layak dihukum. Ini kerana pertama; dia telah mencemarkan suasana harmoni yang telah diwujudkan. Kedua; dia mempunyai penyakit jiwa yang berat yang condong memilih buruk sekalipun sukar dan menolak yang halal sekalipun mudah.

Perjuangan penting kita pada hari ini, ialah mengujudkan suasana yang kondusif ini sebelum sesuatu undang-undang ini dilaksanakan. Ini kerana, jika undang-undang hudud dilaksanakan; dihukum orang bawahan; dilepas orang atasan, dihukum penzina; diketatkan perkahwinan serta disusahkan talak dan fasakh, dihukum peminum arak, digalakkan gambaran arak, dihukum pencuri; dihalang hak rakyat serta dibiarkan rasuah dan salah guna harta negara dalam kalangan golongan atasan, dihukum pemberontak; dibiarkan kezaliman penguasa dan seterusnya, sudah pastilah hudud tidak dapat dilihat keindahannya.

Bahkan jika dilaksanakan hudud dalam suasana yang seperti itu, hanya membinasakan masyarakat. Rasulullah s.a.w menyebut:

“Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat. Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan. Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya.

Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan. Saya akan bahaskan dalam artikel yang akan datang insyaAllah... harakahdaily

20 September 2011

Tradisi kempen "lidak biawak"


Anda orang bijak pandai, baca dan nilailah pandangan ini, mungkin ada manafaatnya kepada pimpinan, ahli & penyokong PAS, DAP & PKR dalam menghadapi PRU 13 nanti walau pun ia hanya pandangan dan kajian dari seseorang.
Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin meramalkan bahawa BN akan memperoleh kejayaan lebih besar di dalam pilihan raya umum ke 13 terutamanya di Sabah dan Sarawak.
“Tan Sri Taib Mahmud kuat mencengkam undi masyarakat Bumiputra di Sarawak,” kata Shamsul yang mengetuai Institut Kajian Etnik di Universiti Kebangsaan Malaysia
Bagaimana pun, beliau merasakan bahawa sokongan pengundi Kristian boleh mengubah keputusan pilihan raya Sabah dan Sarawak.
Beliau meramalkan Pakatan Rakyat akan menghadapi kesukaran menambahkan kerusi yang mereka menangi dalam 2008.
“Mereka akan menang 70 -75 kerusi Parlimen dan menghadapi kesukaran di kerusi campuran.” tambahnya.
Dalam pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menang 82 kerusi Parlimen selain menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan dan Perak.
Bagaimanapun, BN merampas semula Perak setelah tiga Adun – dua PKR dan seorang DAP melompat dan menyokong BN.
Tuntutan bertindih
Beliau turut menjelaskan bahawa tuntutan parti komponen Pakatan Rakyat banyak bertindih.
“PAS mahu bertanding lebih banyak kerusi termasuk kerusi campuran. DAP pula mahu semua kerusi majoriti Cina.
Beliau menambah bahawa PKR tiada kepimpinan yang kuat.
“Anwar Ibrahim ialah pemimpin Pakatan bukan PKR.”
Shamsul turut ditanya berkenaan peluang kedua -dua pakatan politik untuk menerajui kerajaan negeri.
Ini kerana di dalam pilihan raya yang lepas BN tumbang di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.
“BN tidak ada pemimpin di Selangor. Kesemua yang ada kini mempunyai rekod buruk berbanding calon pemimpin Pakatan.”
Justeru itu beliau yakin Pakatan Rakyat akan terus memegang tampuk pemerintahan Selangor.
Sementara itu di Pulau Pinang, Shamsul berkata DAP perlu memberi tumpuan kepada undi Melayu.
‘Persaingan sengit untuk undi Melayu di kawasan majoriti Melayu akan berlaku terutamanya di kawasan Balik Pulau dan kawasan majoriti Melayu di tanah besar,” ulas beliau dengan lebih lanjut.
Beliau, bagaimanapun meramalkan Pakatan akan terus tampuk kepimpinan negeri tersebut.
Di Perak pula Shamsul meramalkan rintangan untuk parti komponen Pakatan Rakyat.

“DAP perlu sedar bahawa ia tidak boleh dengan undi Cina semata-mata. PAS pula berangan-angan memperoleh tampuk kepimpinan sepertimana yang berlaku di dalam pilihan raya lepas manakala PKR pula ialah ‘second hand party’.
Ini kerana pendirian PKR tidak dipandang serius dan ia merupakan parti yang menghimpunkan tokoh NGO dan juga bekas ahli Umno yang dikecewakan Shamsul turut menambah bahawa kempen DAP yang mahu memonopoli undi Cina akan turut membawa bala kepada Pakatan Rakyat.
“BN akan menarik undi penyokong PAS di peringkat akar umbi dengan lebih mudah kerana mereka akan mengatakan bahawa kerajaan tidak boleh dibentuk.
Lagipun, semakin kuat wakil Cina DAP bersuara, undi Melayu akan berpecah menyebabkan masyarakat Melayu peringkat akar umbi lebih selesa mengundi Umno.
Sementara itu bekas ketua penyelidik di Pusat Inisiatif Dasar (CPI-Asia), Lim Teck Ghee menjangkakan Umno akan menggunakan kempen ‘lidah biawak’ untuk mendapatkan undi.
“Berdasarkan rekod lepas, Umno-BN akan memperlihatkan sebagai parti berbilang kaum, liberal dan progresif di peringkat nasional tetapi di peringkat akar umbi akan cenderung memainkan isu agama dan perkauman,” kata Lim.

Sedarlah kekuatan ditangan kita

18 September 2011

Umno Selangor boleh tutup buku

Di UiTM semalam Najib telah mengaku yang BN telah insaf di atas segala kesalahan yang telah dilakukannya semasa memerintah negeri itu sejak merdeka dahulu. Dengan kenyataan itu maka kita dapat menyimpulkan yang BN memang telah melakukan kesalahan sebagai parti yang memerintah negeri Selangor dan dengan itu rakyat Selangor telah mengenepikan mereka dalam pilihanraya yang lalu.


Jika BN telah mengaku kesalahan itu kenapa pula parti-parti pembangkang yang dipilih oleh rakyat Selangor itu menjadi ‘punching bag’ bagi UMNO dan BN. Kenapa pembangkang dipersalahkan jika BN mengaku kesalahan itu letaknya dibahu BN. Kenapa yang bersalah menghemtam yang tidak bersalah? Itulah yang menjadi masalah kepada BN. Mengaku bersalah tetapi pihak lain pula yang dihentam setiap hari dan waktu.


Baca lagi di BN Selangor - bermimpi di siang hari

15 September 2011

Najib mansuh ISA kerana tekanan rakyat & PRU13

Najib melakukan apa sahaja untuk memastikan BN dapat mempertahankan Putrajaya.

Sebentar tadi beliau mengumumkan akan memansuhkan akta ISA sempena sambutan Hari Malaysia esok. Tidak dinafikan jika tersilap langkah orang akan berpusu-pusu memuja Najib dengan tindakan drastiknya ini.

Tetapi harus diingat bahawa Najib sebenarnya semakin terdesak melihat kebangkitan rakyat yang semakin meluat dengan tindak tanduk pemimpin Umno dan Barisan Nasional mentadbir negara selepas 3 tahun diberi amanah oleh rakyat. 

Rakyat marhaen terus tersepit dengan kenaikan harga barang yang tidak dapat dikawal dan barisan kabinetnya pula gagal meyakinkan rakyat bahawa ekonomi negara akan pulih walau pun diberi mandat sekali lagi pada PRU 13 akan datang.

Najib juga sedar bahawa ini lah masa yang paling sesuai untuk beliau memansuhkan akta ini walau pun telah didesak puluhan tahun oleh PAS, DAP dan terbaru PKR, kerana jika ini tidak dilakukan sekarang semasa pemerintahan nya akta ini tetap akan dimansuhkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika berpeluang mengambil alih Putrajaya seperti yang dicatatkan dalam manifesto Pakatan rakyat dalam buku jingga.

Pandangan Mat Sabu

KOTA RAJA - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, bersetuju dengan nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri supaya menangguhkan dahulu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 


Bagaimanapun berbeza dengan alasan bekas Perdana Menteri itu yang mahu pilihan raya ditangguhkan untuk memberi masa cukup bagi Datuk Seri Najib Tun Razak meneliti dan mengenal pasti calon terbaik bagi mewakili Barisan Nasional (BN), Mat Sabu sebaliknya menyatakan, persetujuannya bersyarat. 

“Syaratnya ialah supaya daftar pemilih dibersihkan dahulu, baru buat pilihan raya. Itu yang kita mahu,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan ceramah di sini malam semalam. 

Menurutnya, daftar pemilih diguna pakai sekarang diragui kerana dikaitkan dengan banyak isu, kerana itu PRU-13 wajar ditangguh. 

“Tindakan perlu diambil untuk membersihkan daftar pemilih Selangor. Apa berlaku di negeri ini juga pernah dilaporkan berlaku di Sabah,” katanya. 

Bagi Pas, kata Mat Sabu, kalah atau menang pilihan raya perkara biasa. 

“Tetapi cukup berbahaya apabila rakyat tak boleh terima keputusan pilihan raya yang daftar pemilihnya diragui,” katanya. 

Mat Sabu berkata, pembangkang tiada masalah, jika rakyat membuat keputusan memilih BN setelah pilihan raya dijalankan secara bersih dan adil. 

“Kalau rakyat nak pilih mereka, tak mengapa tapi biarlah segalanya berjalan secara saksama, kita diberi ruang juga untuk berkempen termasuk di media elektronik,” katanya..... Sinar Harian

13 September 2011

Live : Ucapan Mat Sabu di Stadium Kota Raja.







Ketika ini Stadium Kota Raja penuh sesak

Pada ketika ini semua penceramah termasuk Abg Mat Sabu, YB Khalid Samad dan YB Dr Siti Mariah telah berada dipentas.

Kini Pengarah Pilihanraya PAS Selangor merangkap YDP En Jaafar Samsuddin sedang menyampai ucapan yang membongkar kepincangan SPR yang mendapat tepukan gemuruh setiap kali beliau memberikan fakta tentang penipuan terancang untuk merampas kembali Selangor dan mengekalkan Putrajaya pada PRU 13 akan datang.

Sebelum itu TYDP Sdr Norhalim menyampaikan ceramah beliau dan kini YB Dr Siti Mariah sedang menyampaikan ucapan.





Pentas Mat Sabu sudah tersedia





Tepat jam 9.00 mlm ni, Stadium Kota Raja ditengah-tengah Bandar Di Raja Klang pasti bergegar dengan Ceramah isu-isu terkini oleh  pemidato terhangat masa kini.

* YBHG TUAN HJ MOHAMAD SABU
   Timblan Presiden PAS


* YB IR HAJI KHASLID SAMAD
    Ahli Parlimen Shah Alam


* YB DR SITI MARIAH MAHMUD
   Ahli Parlimen Kota Raja (tuan rumah)

Bermula hari Sabtu yang lalu dan malam semalam ketika peugas PAS membuat persiapan terakhir dengan memasang berndera PAS di sekitar Litle India berhampiran Stadium, Polis Klang menunjukkan sikap profesional yang tinggi terhadap kami.

Polis cuma memberikan syarat mudah kepada kami selaku penganjur (jangan hentam Polis) dan kami amat menghargai sikap Polis Klang pada kali ini dan pada majlis sebelum ini semasa pelancaran Jentera Pilihanraya PAS yang lalu.

Setakat ini hanya 1 banner kami yang hilang iaitu berhampiran Stesyen keretapi Klang, yang lain termasuk bendera yang dipasang malam tadi semua OK dan megah berlibar.










Sidang Media MP Pakatan Rakyat


image
image
image

Isu Jk Pilihan Khas Mengenai Reformasi Pilihanraya:- Tidak mengadakan pilihanraya sehingga JK ini menyelesaikan Laporan Reformasi Pilihanraya.- Menetapkan tarikh pilihanraya secara bersama. Parti Kerajaan dan Pembangkang telah diamalkan di negara negara di UK dan di bawa ke Parlimen dan diputuskan.- Ruang waktu yg sewajarnya kepada JK ini.- Status Kerakyatan Warga asing menjadi Pemilih.
8 Tuntutan BERSIH 2.0 perlu diambilkira dan ada 4 tuntutan yang boleh dilaksanakan oleh SPR tanpa perlu di bawa kepada JK.
Turut hadir YB Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), YB Antony Loke Siew Fook (Rasah), YB Dato’ Kamarudin Jaffar (Tumpat), YB Siti Zailah bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), YB Dr Siti Mariah bt Mahmud, YB Ustaz Firdaus Jaafar (Jerai).

10 September 2011

Bersama Abg Mad Sabu : Ayuh Kita Gegar Kota Raja


Gambar : sambutan panas terhadap Ceramah Abg Mad pada ketika ini yang telah diadakan ditempat lain.




08 September 2011

Selamat menonton kelaku buruk umno

Kenangan lalu Umno & Communist Party of China


Umno and the Communist Party of China (CPC) yesterday agreed to have youth leadership exchanges so that the youth leaders of both countries can have a better understanding of the economic and social development taking place in Malaysia and China.  
Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, who signed a memorandum of understanding (MOU) on behalf of Umno on co-operation between Umno and the CPC in Beijing yesterday ...

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini