08 July 2012

Senjata Umno lemah & tumpul

Senjata digunakan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menyerang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin tumpul, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Umno dan BN hanya menggunakan Buku Jingga untuk menyerang PR atas alasan pengisiannya tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Ketua Pembangkang itu menambah, tindakan Umno dan BN dianggap tumpul kerana apa yang dikatakan PR sudah dilaksanakan dan separuhnya akan diteruskan setelah PR menawan Putrajaya pada PRU13.

“Umno dan BN kini ketandusan idea untuk menyerang setelah pimpinan PR berjaya memerintah negeri dengan cekap dan baik selain membela nasib penduduk dan kebajikan rakyat,” kata beliau ketika berucap pada Konvensyen PKR Menjelang PRU13 di Sunshine Square, Bayan Baru, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar mendakwa fitnah membabitkan pemimpin PR dalam video seks dianggap senjata lemah Umno dan BN untuk menyerang PR kerana rakyat kini pandai menilai yang mana baik dan salah.

Menurutnya, serangan peribadi seperti insiden menolak Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini dianggap keterlaluan sambil berharap insiden seperti itu harus ditentang.

“Pulau Pinang tidak boleh lemah dan harus menang dengan lebih baik berbanding PRU lalu. PR akan letak calon baru yang lebih baik dalam PRU13 menggantikan calon sedia ada,” kata beliau yang baru-baru menegaskan hasratnya mahu berundur daripada politik jika gagal dalam misi PRU13.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini