12 September 2012

Komen pemimpin berjiwa besar

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati keputusan Majlis Syura Pas berhubung isu bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa, yang diputuskan Ahad lalu, dan tidak akan mencampuri urusan parti itu.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, keputusan Majlis Syura yang tidak membincangkan isu Nasharudin perlu dihormati dan ia adalah hak Pas untuk menentukan sebarang keputusan.

"PKR tidak akan campur tangan ke atas sebarang keputusan yang diambil oleh Majlis Syura kerana itu hak peribadi mereka," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Kenyataan Anwar hari ini sekali gus menafikan khabar angin berkenaan penglibatan dan campur tangannya dalam menentukan keputusan majlis Syura.

Menurut Anwar, pihaknya tidak akan mencampuri sebarang keputusan melibatkan Pas termasuk isu Nasharudin.

"Pas sendiri tidak pernah mencampuri sebarang keputusan melibatkan PKR dan kami juga tidak akan campur tangan sebarang keputusan Pas," tegas beliau.

Beliau berkata, Pas boleh meneruskan keputusan yang dibuat ke atas Nasharudin itu kerana ia melibatkan hak peribadi parti.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini