04 October 2012

Hutang negara <55% jika. ....

Jika ekonomi berkembang. .... jika menguncup?

Apa pun Najib hanyalah PM yang menambah hutang negara yang banyak.

Manakala kerajaan Pakatan Rakyatlah yang perlu mencari mekanisma terbaik untuk mengurangkan hutang tersebut kerana selepas PRU nanti DS Najib sudah tidak berjawatam Perdana Menteri Malaysia lagi.

Sementara itu hutang negara akan kekal di bawah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jika ekonomi berkembang pada kadar 5 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sesi bual bicara Google Hangout malam tadi.

"Kalau ekonomi kita berkembang pada kadar 5 peratus kita yakin hutang negara tidak akan melepasi tahap 55 peratus.

"Kita mesti usaha rangsang ekonomi kita. Kalau ekonomi kita bertambah pada kadar lima atau enam peratus maka hutang negara kita akan berkurangan," kata Najib.

Di sebalik langkah-langkah mengurangkan defisit, Pakatan Rakyat giat mengkritik kerajaan kerana didakwa gagal mengurangkan hutang negara yang meningkat kepada RM502.4 bilion atau 53.7 peratus daripada KDNK negara tahun ini.

Menurut Najib, keyakinan pelabur untuk melabur dalam negara ini adalah faktor 'X' yang akan memacu pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh.  

Tambahnya, kerajaan juga berusaha merangsang ekonomi tempatan menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 kepada isirumah berpendapatan di bawah RM3,000.

Najib bagaimana pun ketawa kecil apabila ditanya mengapa BR1M tidak dipanjangkan kepada suri rumah sedangkan golongan belia dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima RM250.

"Apabila kita berikan BR1M, kita beri kepada seluruh keluarga. Ia untuk seluruh isirumah termasuklah suri rumah.

"Diharapkan ketua keluarga akan kongsi duit itu dengan isteri mereka," kata Najib tergelak kecil.

Menurut Najib, kerajaan turut menyokong "peningkatan gaya hidup golongan muda dalam era digital" dengan pemberian rebat telefon pintar sebanyak RM200 menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Kita iktiraf peranan penting belia dalam konteks negara dan kita kenal pasti citarasa golongan ini.

"Mereka mempunyai minat besar dalam bidang digital dan mereka ada akses kepada era digital dengan lebih besar lagi," katanya.

Sesi bual bicara dalam talian dinamakan #TanyaNajib Bajet 2013 Hangout On Air itu adalah yang kedua selepas kali pertama berlangsung menerusi laman blog mikro Twitter dalam bulan Januari tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini