12 October 2010

Petanda kegelapan masa depan Rosmah

1. Nampaknya Persidangan Pertama Wanita Pertama Dunia menjadi kenyataan dan kegembiraan yang teramat sangat sehingga tidak boleh digambarkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang menyokong UBN dalam PRU12 yang lalu.

2. Datin Rosmah isteri PM Najib yang mengaku dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia begitu teruja dengan kehadiran begitu ramai deligasi dari seluruh dunia khususnya dari Afrika. Kenapa Afrika?

3. Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.

4. Bagi Teng Chiang Kim, Speaker DUN Selangor berkata sidang ini lebih sesuai dinamakan 'Sidang wanita Pertama Afrika'

5. Bagi mewakili Asia isteri Tok Najib juga amat gembira dan berbesar hati walau pun hanya Laos yang menghantar wakil, manakala yang lain semuanya boikot sebab menghormati Raja Permaisuri Agong sebagai Wanita Pertama negara penganjur.

6. Apa pun tahniah kepada Isteri kesayangan Tok Najib yang berjaya menghabiskan RM1.5 juta wang rakyat untuk iklan di New York bagi program yang sangat berjaya ini.

7. Apakah ini suatu petanda akan gelapnya masa depan Rosmah, Najib, Umno dan BN selepas PRU 13 nanti .... wallahuaklam.

11 October 2010

Jangan kejam sangat

1. Hanya untuk mendapatkan pulangan RM6000 untuk bahagian atas rumah kedai di Pekan Galas sitamak haloba ini diberitakan sanggup memberi notis 24 jam pindah kepada penyewa perempuan yang membayarnya RM70 seorang sebelum ini. Tak cukup dengan air juga dipotong bagi memastika penyewa sekarang meninggalkan premis tersebut.

2. Jika anda mewakili PAS yang diamanahkan untuk mencari bangunan untuk disewa bagi kegunaan PRK ini, pastikan anda membuat homework terlebih dahulu sebelum deal dengan penyewa tamak haloba macam ni.

3. Saya setuju bila seorang Pengarah Pilihanraya dari sebuah negeri mencadangkan, jika terlalu sukar untuk mendapatkan bangunan untuk disewa disebabkan sewa nya terlalu tinggi, beliau mencadangkan agar didirikan khemah berhampiran Sungai Gua Musang (kerana airnya jernih dan bersih) dan petugas selesa untuk mandi manda selepas selesai bertugas. Cuma dok fikir tandas je macam mana?

4. Adalah dijangkakan jumlah petugas dari luar akan melebihi pengundi sendiri di Galas dalam PRK kali ini.

10 October 2010

Kenapa mesti pilih 10.10.10?

1. Apa pasal terlalu ramai manusia termasuk orang Islam yang pilih tarikh hari ini 10.10.10 untuk buat majlis perkahwinan?

2. Apa yang istimewa sangat hari ini sehingga ada juga yang tumpang tui dalam sibuk orang buat majlis perkahwinan ada juga yang buat majlis bertunang, Doa Selamat, Tahlil dan Marhaban?

3. Tiadakah tarikh lain yang lebih baik dari tarikh ini khususnya untuk orang Islam, sehinggakan dalam satu Taman dan Kampung berebut-rebut untuk pilih hari untuk buat majlis kahwin hingga terpaksa pergi REWANG 3 - 4 tempat dalam waktu yang sama? Tidak kah itu menyeksa jiran namanya? Di Meru khabarnya YB Dr Rani kalau dijemput semua orang kampung terpaksa pergi 18 jemputan kenduri kahwin.

4. Harga barang kering dan basah meningkat begitu mendadak, semalam harga ayam yang pada minggu lepas berharga RM5.00 mencecah hampir RM7.00 sekilo. Kali ni kalau orang PAS buat kenduri khususnya di Kota Raja lagi parah, saya tengok harga kambing beku RM19.80 sekilo, kalau tak beli macamana pulak dengan kawan-kawan dari DHPP?

5. Apakah peristiwa ini akan berulang pada tarikh 11.11.11?

6. Oh tidak ........ PM 1Malaysia sukakan tarikh ni jadi kalau siapa buat majlis kahwin tarikh tu ... tak ramailah yang pergi sebab tarikh tersebut merupakan hari pembuangan undi PRU 13 ..... ye ke? .....wallahuaklam.

09 October 2010

Spekulasi belum terjawab sepenuhnya

1.  Sebaik tiba dari bercuti dari luar negara, Ku Li kata dia setuju jadi Pengarah PRK Galas

2. Beliau masih membiarkan spekulasi berterusan berhubung cadangan Umno supaya beliau menjadi calun bagi  PRK Galas pada 4 November ini.

Bagi PAS

1. Tidak kisah siapa yang Umno bakal pilih sebagai Pengarah dan calun PRK tersebut, kerana PAS bukan menentang individu tertentu tetapi melawan calun Umno dan Barisan Nasional.

2. PAS juga sudah menyenarai pendekkan calun yang akan bertanding pada PRK tersebut. Antaranya mungkin seorang Tok Batin Orang Asli.

3. Pengarah bagi peringkat Negeri dan Pusat untuk PRK tersebut juga telah siap.

4. PAS lebih bersiapa siaga bagi menghadapi PRK ini berbanding Umno yang masih berteka teki.

5. Jika ini permulaan bagi episod PRK ini Insa Allah PAS akan menang dengan majoriti tipis ... wallahuaklam

07 October 2010

Spekulasi

1. Umno heboh mencanangkan serta mengilai Tengku Razaleigh Hamzah untuk dijadikan calun pada PRK Galas.

2. Ku Li dijangka akan membuat pengumuman penting di KLIA sebaik setibanya di lapangan terbang sabtu ni. Berita ini menjadikan kepulangan beliau dinanti-nantikan. Orang menanti apakah yang akan dinyatakan oleh Razaleigh. Dua persoalan yang bermain di kepala umum ialah apakah beliau sedia menjadi Pengarah Pilihan Raya kecil Dun Galas atau menerima tawaran Umno menjadi calon.

3. Adakah Pas gentar untuk berdepan dengan Razaleigh?

4. Husam Musa sudah membayangkan Pas akan menurunkan Orang Asli untuk lawan Ku Li sekiranya ia menerima tawaran Umno untuk jadi calun. PAS wajar mencari seorang Tok Batin untuk diletakkan beradu kekuatan dengan Razaleigh.

5. Bayangkan macam mana kalau berlaku pertembungan antara Razaeigh dengan Tok Batin Orang Asli. Ia akan menjadi sejarah dan berita menggemparkan, dimana seorang anak raja berlawan dengan Orang Asli. 

6. Adakah formula terbaik bagaimana hendaklah mengelakkan kejadian ini dari berlaku kerana ia boleh mengaibkan banyak pihak. Tidak elok sangat kalau tiba-tiba Razaleigh yang merupakan seorang tokoh veteran calun Bakal Perdana Menteri berlawan dengan seorang Tok Batin Orang Asli.

7. Wajar sangatlah Ku Li menarik diri .... wallahuaklam

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini