05 October 2009

PRK N31 Bagan Pinang - Ahli PAS Membantu Mangsa Kemalangan 3/10/09

Kenderaan 1 (Mercerdes) & 2 (Proton Wira)

Kenderaan3, Sdr Nizam meninjau keadaan

Sdr Johari sedang mengeluarkan mangsa

Diatas adalah sebahagian gambar yang ingin kami kongsikan bersama semasa kami dalam perjalanan menuju ke PRK Bagan Pinang N31 pada sebelah petang hari penamaan calon Sabtu lalu.

Kami berempat bertolak sekitar jam 12:00 tengahari melalui Jalan Banting menuju ke Padang Siliau, Port Dickson dengan kenderaan Sdr Nizam. Turut serta Sdr Johari berserta anak lelakinya. Kesemua mereka dari PAS Cawangan Jalan Kebun, Selangor.

Dalam perjalanan, berlaku satu kemalangan jalanraya sekitar jam 3:00 petang yang melibatkan 3 kenderaan (Mercerdes, Wira & Iswara). Kami sempat membantu mangsa kemalangan kereta Iswara dimana penumpang bahagain belakang yang dimaklumkan tidur pada waktu kejadian mengalami kecederaan. Mangsa terdiri dari ayah keluarga tersebut yang dikuatiri patah bahu kiri dan kaki kiri manakala seorang lagi anak perempuan beliau yang duduk bersebelahan pecah kedua-kedua bibirnya.

Kami juga turut dibantu oleh pengguna jalanraya yang lain dalam memberikan bantuan kepada mangsa serta turut menjaga kesesakan lalu-lintas yang disebabkan oleh kemalangan tersebut.Pemandu (anak perempuan) dan penumpang hadapan (anak lelaki) termasuk seorang kanak-kanak lelaki tidak mengalami apa-apa kecederaan tapi masih trauma dan panik semasa bantuan diberikan.

Kami terus membawa kedua-dua mangsa ke Wad Kecemasan di Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut. Ahli keluarga mangsa yang berasal dari Lukut telah bersedia menunggu dan seterusnya menguncap ribuan terimakasih di atas bantuan kami.

Selesai sahaja urusan di hospital tersebut, kami teruskan perjalanan ke Padang Siliau untuk persiapan Sambutan 2 Tahun Slogan PAS FOR ALL yang dijadualkan pada sebelah malam. Kami sampai sekitar jam 4:00petang dan memaklumkan sebab kelewatan kami kepada Pengarah Program, Sdr Mohd Razif Maslan.

Posted by Syed

2 comments:

  1. Tindakan yg tuan-tuan ambil bagi membantu mangsa amat dipuji.Saya mengambil kesempatan menyucapkan syabas dan tahniah.

    ReplyDelete
  2. Masa diHospital PD, kami teserempak dgn Ismail Sabri& Azeez (Ketua Putra UMNO) duk kat ruang legar Wad Kecemasan siap dgn cameraman. Ingatkn mereka dh start kempen di hospital rupanya bru habis berlakon dilokasi berkenaan =>tajuk drama " Aku Dipukul Hantu".Kuat berlakon puak2 ni.. dok serik-serik buat fitnah!

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini