18 February 2010

Kami doakan Ustaz cepat sembuh.

Kg Bukit Naga, Shah Alam 18 Feb - PAS kawasan Kota Raja telah menganjurkan program solat hajat khas semalam bagi memohon kesembuhan keatas Ustaz Hambari, seorang aktivis PAS Kota Raja yang menghidap kanser usus dan baru-baru ini menjalani pembedahan di HUKM.

Ustaz Hambari, yang merupakan AJK Urusan Ulamak PAS Kota Raja, merupakan seorang aktivis PAS sepenuh masa dan telah banyak menyumbang kepada PAS Kawasan Kota Raja.

Sumbangan besar ialah beliau telah menginfakkan tanah bagi pembinaan Markaz PAS Kawasan yang ada sekarang.

Selain daripada itu, beliau banyak menyumbang di setiap program-program PAS Kawasan dan cawangan yang di adakan di Markaz tersebut.

Seringkali beliau akan menyediakan jamuan di rumah beliau bagi menjamu dan menyambut kehadiran pimpinan dari negeri atau pun Pusat apabila sesuatau program di adakan di Markaz PAS Kawasan yang terletak bersebelahan dengan rumahnya.

Program solat hajat tersebut telah di hadiri lebih dari 100 orang samada dari pimpinan kawasan dan juga cawangan-cawangan.

Sehingga berita ini di tulis, Ustaz Hambari telah pun di pindahkan dari wad ICU ke wad biasa di Hospital UKM Cheras. _Izha ... sumber;  http://kotaraja.pas.org.my/
 Selepas selesai Solat Hajat
 Hadirin menunggu susun atur untuk majlis tazkirah
YDP memberikan ucapan terimakasih di atas kehadiran semua
 YB Dr Siti Mariah memberikan ucapan
Sebahagian hadirin ketika majlis tazkirah

2 comments:

  1. Selaku penyelaras program, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK Kawasan termasuk YB, YDP, TYDP, NYDP, Setiausaha, Pen Setiausaha, Bendahari, Ketua Dewan Muslimat, Pemuda Kawasan, Ketua-Ketua Cawangan, Pejabat Parlimen, Sdr Akif SUK dan seluruh ahli PAS Kota Raja yang sudi hadir pada majlis ini.

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Hj Maskor, Ketua Caw Bkt Naga yang menyumbang makanan bersama-sama Ketua Kampung dan bekerja keras untuk menjayakan program ini.

    Razif

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini