01 September 2010

UMNO JUARA FITNAH

(Harakahdaily) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.
Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.“DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat. Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam. “Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno,” katanya. Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.
....Dah memang tu Kerja puak-puak UMNO. Mereka memang tidak boleh hidup tanpa Rasuah, Fitnah dan sebagainya. Segala perangai Keji tu memang lah perangai UMNO. 

2 comments:

  1. Semoga Allah S.W.T memberi kita kekuatan untuk menghadapi fitnah yg dirancang oleh ubn laknatullah ini. Mereka tidak akan berhenti malah mereka masih dan sedang melakukannya terus menerus lantaran hati-hati mereka telah Allah timpakan penyakit.

    setelah 53 tahun merdeka.. ubn masih lagi terus memperbodoh-bodohkan orang-orang melayu malah masih ramai lagi melayu yg sanggup untuk diperbodoh-bodohkan. marilah kita berazam untuk keluar dari kepongan pembodohan ubn laknatullah ini agar kita tidak menjadi sesat seperti mereka yg amat menyesatkan dan nescaya seterusnya kita akan terselamat dari azab neraka lantaran bersubahat dgn dosa2 fitnah2 yg mereka lakukan.

    Marilah kita berdoa ke hadrat Allah S.W.T semoga di bulan yg mulia ini kita diberikan kekuatan dan petunjuk dalam menghadapi fitnah2 ubn laknatullah ini dan semoga Allah akan balikkan segalah fitnah yg mereka lakukan keatas diri mereka sendiri supaya mereka sedar akan kesalahan dan dosa2 mereka.

    Semoga kita tidak sama2 terjebak dengan perangkap syaitan2 manusia ini dan tidak melakukan dosa2 yg sama seperti mereka yg telah lama sesat lagi menyesatkan...
    AMIN YA RABBAL ALAMIN..

    "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". Al-Hujurat; 6

    ReplyDelete
  2. nie otak baik punyai ni, mana ada lunyai

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini