20 April 2011

E-mel 1 Malaysia: Putrajaya kata sukarela, tapi KPI rakyat guna 100 peratus

Macam ni ke leader...Flip Flop.

KUALA LUMPUR, 20 April — Beberapa firma telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam bidaan projek e-mel 1 Malaysia November lalu dan mendemonstrasi persekitaran seratus peratus penyertaan - sekali gus bertentangan dengan kenyataan pentadbiran Najib bahawa penerimaan akaun itu bukan sesuatu yang wajib.
The Malaysian Insider difahamkan indeks petunjuk prestasi utama (KPI) bagi projek itu ialah 50 peratus bagi mereka yang mencapai usia 18 tahun dan ke atas pada 2012 dan ia akan meningkat sehingga seratus peratus menjelang 2015.
Firma yang memperoleh bidaan juga perlu menunjukkan bagaimana pihaknya boleh mencapai 50 peratus pemegang akaun e-mel menggunakan Perkhidmatan Nilai Tambah seperti pembayaran bil atas talian dan pencapaian rekod awam menjelang 2020, demikian menurut satu dokumen diperoleh The Malaysian Insider.
Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang semalam mengumumkan projek itu awal pagi ini menjelaskan bahawa akaun itu hanya akan dilaksanakan atas dasar sukarela.
“Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa E-mel 1 Malaysia adalah projek sektor swasta. Tiada wang awam akan terlibat dan keseluruhannya adalah sukarela,” tulis perdana menteri dalam mesej Twitter sekitar 12.31pagi tadi.
Penjelasan ringkas beliau muncul beberapa jam selepas kenyataan Pemandu, yang turut disebarkan menerusi Twitter untuk meredakan rasa tidak puas hati pelbagai pihak mengenai perkhidmatan terbaru ini.
Petang semalam, kerajaan menjelaskan bahawa ia tidak membiaya projek akaun e-mel 1 Malaysia bagi mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas, malah ia juga bukan sesuatu yang diwajibkan kepada rakyat negara ini.
“Alamat e-mel 1Msia bukan wajib bagi kesemua rakyat Malaysia. E-mel 1 Msia adalah inisiatif diterajui swasta, oleh Tricubes (Berhad), dengan pelaburan daripada syarikat dan bukannya kerajaan,” kata Pemandu menerusi mesej Twitter etp_roadmap.
Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengarah Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur, Perkhidmatan Bisnes NKEA berkata, akaun e-mel, sebahagian daripada penyelesaian digital RM50 juta bagi perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan akan membolehkan mereka yang berminat memiliki satu alamat yang boleh divalidasi bagi memastikan transaksi yang selamat dengan agensi-agensi kerajaan.
Penjelasan Pemandu juga menimbulkan persoalan mengenai aliran hasil Tricubes dan sama ada rakyat Malaysia akan merasakan perlu untuk menandatangani alamat e-mel 1 Malaysia.
Pembangkang dan ramai rakyat Malaysia memperlekehkan usaha itu atas alasan dana bagi tujuan itu seharusnya digunakan bagi perkara-perkara membantu mereka yang sangat memerlukan sokongan.
Perkhidmatan e-mel 1 Malaysia adalah sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi Najib untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.
Kedua-dua penjelasan itu bercanggah dengan kenyataan Tricubes kepada Bursa Malaysia pada 4 April lalu di mana syarikat teknologi maklumat itu memaklumkan bahawa ia telah dianugerahkan projek berkenaan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu).
“Lembaga Pengarah Tricubes ingin memaklumkan bahawa Syarikat (ini) pada 4 April 2011 telah menerima pelantikan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) menerusi surat bertarikh 29 Mac 2011 untuk melaksanakan Projek E-mel 1 Malaysia.
“Tricubes akan menyertai perjanjian tetap dengan kerajaan Malaysia untuk memuktamadkan terma-terma dan syarat-syarat pelantikan. Pengumuman ini bertarikh 4 April 2011,” katanya kepada Bursa Malaysia awal bulan ini.
Bagaimanapun kenyataan itu tidak menjelaskan butiran pembiayaan atau bayaran bagi projek tersebut.
Garis panduan dikeluarkan oleh Mampu dan ditunjukkan kepada The Malaysian Insider menunjukkan projek e-mel 1 Malaysia di bawah inisiatif e-kerajaan “adalah bagi rakyat (Malaysia) berusia 18 tahun ke atas, akan dibekalkan akaun e-mel rasmi yang unik dan ID.”
“Ia akan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan nilai tambah seperti pembayaran bil atas talian, carian rekod awam dan lain-lain,” katanya lagi.
Mampu dikatakan telah meminta supaya kesemua lima syarikat yang membida supaya menunjukkan model bisnes menyediakan akaun e-mel kepada 16 juta penduduk yang berusia 18 tahun dan ke atas, membabitkan transaksi atas talian yang jumlahlah mencecah beberapa trilion.
Malah Mampu juga mahu syarikat-syarikat terbabit memastikan penggunaan Perkhidmatan Nilai Tambah adalah 15 peratus bagi kesemua pengguna berdaftar pada 2012, 30 peratus tiga tahun kemudian dan 50 peratus menjelang 2020.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, Ketua Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar mengulangi bahawa “projek e-mel 1 Malaysia adalah inisiatif pembiayaan swasta dan oleh itu, ia digerakkan oleh sektor swasta.”
Katanya, projek itu akan menawarkan “perkhidmatan-perkhidmatan e-kerajaan yang berpusat seperti pemakluman atas talian dan penyata bil digital daripada agensi-agensi kerajaan.”
“Sementara buat masa sekarang, kami tidak dapat mendedahkan kesemua  butiran model bisnes kami bagi projek e-mel 1 Malaysia sekarang memandangkan syarikat ini disenaraikan di Bursa Malaysia, Tricubes telah menggariskan strategi-strategi utama untuk memastikan daya maju komersial termasuk pengiklanan dan transaksi e-perkhidmatan masa depan.
“Ujian persendirian sedang dilaksanakan sementara kami bersedia ke arah persediaan sistem (keseluruhannya),” kata Khairun.
Bagaimanapun kenyataan beliau tidak menyentuh soal status syarikat itu, yang berhadapan masalah pematuhan peraturan kewangan dan kemungkinan dibatalkan penyenaraian, yang menjadi perhatian Bursa Malaysia.

2 comments:

  1. Do you need a loan to pay off your bill or in need of financial help with a loan you can contact us now for a loan if you are serious in getting it surely we will help you out via Email {urgentloan22@gmail.com}

    ReplyDelete
  2. Do you need a loan to pay off your bill or in need of financial help with a loan you can contact us now for a loan if you are serious in getting it surely we will help you out via Email {urgentloan22@gmail.com}

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini