10 April 2011

Semakin ramai yang berpaling tadah dari Regim Taib Mahmud

1. Anda tentu telah melihat berita TV3 suku jam 8.00 malam tadi mengenai gelagat seorang pemberita wanita dari stesen penyiaran Media Prima 8TV yang bertanya soalan berkaitan jam tangan Omega pada sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Continental di sini, petang tadi.
 
2. Soalan bodoh dan keluar tajuk dalam sidang akhbar tersebut membuatkan seorang wartawan akhbar Sarawak memintas dan menegur pemberita  penyiaran berkenaan  tujuan diadakan sidang  media ini berkaitan isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan bukan cuba mengekploitasi mengenai isu video lucah tersebut yang tidak mendapat sambutan langsung dalam PRN kali ini.

3. Kejadian ini menunjukkan kepada umum dengan jelas dan nyata bahawa kini Sarawak yang memiliki banyak akhbar tempatan yang hanya berpangkalan di negeri itu dan kebanyakannya dikawal oleh regim Taib Mahmud tetapi dalam pilihanraya Negeri kali ini ada diantara akhbar dan wartawan  yang sudah mula  dengan berani berpaling tadah.

4. Biasanya bila akhbar mula berpaling tadah mereka sudah terbau dengan pantas bahawa Barisan Nasional akan tumbang dalam PRN ini dan bakal diganti oleh Kerajaan Pakatan rakyat.

5. Berita ini benar-benar mengecutkan Rejim Taib Mahmud lalu meminta Najib terbang terus dari Korea bagi mambantunya berkempen dalam PRN ini untuk terus menang.

6. Apalah yang mampu dilakukan oleh Najib pada saat terakhir ini kerana sejarah Sibu telah membuktikan walau pun dimalam hari mengundi beliau berkempen dan berjanji untuk menaburkan berbilion-bilion ringgit bagi memajukan Sibu rakyat sibu tetap menolaknya kerana mereka sudah muak dan jemu serta jelek dengan janji palsu Barisan Nasional dan pemimpinnya.

7. Jika ditakdirkan lebih ramai yang berpaling tadah pada PRN ini maka berakhirlah Regim Taib Mahmud di Serawak bumi Kenyalang yang dikasihi ini..... wallahuaklam.

......... last sekali jika anda jumpa awek cun wartawan 8TV  ini.... soalan apa  pula yang akan anda tanyakan padanya?


4 comments:

  1. Dia memang meminati cerita yang begitu gamaknya sampai tak ada cerita lain.

    ReplyDelete
  2. dia tanya sbb nak tgk DSAI jawab ape. bila dah jawab maka dekat TV dia org putar belitkan citer aje. jumpa minah ni mau sepak aje.

    ReplyDelete
  3. KALAU DIA BERTUGAS DGN TV8, SIAPA KAH EMPUNYA TV8 TU. TUAN2 FIKIRLAH SENDIRI, MESTI ADA AGENDA KENAPA SOALAN LAIN DRPD PRN SARAWAK KE10 DI AJUKAN. ADA MOTIF TERSEMBUNYI AGAK NYA. OLEH ITU, KALAU TAK JAWAB SOALAN DI BERIKAN PUN TAK APA KERNA TAK RELEVAN DGN PRN SARAWAK KE10.

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini