21 April 2011

Gaduh: Polis ambil keterangan 23 pelajar Seksyen 25 Shah Alam

April 20, 2011
SHAH ALAM, 20 April – Polis mengambil keterangan daripada 23 pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Seksyen 25 di sini hari ini selepas terbabit dalam satu pergaduhan. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob dipetik Bernama Online berkata, pergaduhan antara pelajar Tingkatan Empat dan Lima itu dapat dileraikan oleh guru sebelum pelajar terbabit dikumpulkan dalam bilik kaunseling sementara menunggu ketibaan polis.

Bagaimanapun pelajar terbabit dibenarkan pulang selepas polis mengambil keterangan daripada mereka di Balai Polis Seksyen 15 untuk menyiasat punca sebenar kejadian. Zahedi berkata demikian elepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor 2010 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. Katanya, polis akan berbincang dengan pengurusan sekolah berkenaan bagi mengadakan sesi kaunseling terhadap pelajar-pelajar itu.

2 comments:

  1. Do you need a loan to pay off your bill or in need of financial help with a loan you can contact us now for a loan if you are serious in getting it surely we will help you out via Email {urgentloan22@gmail.com}

    ReplyDelete
  2. Do you need a loan to pay off your bill or in need of financial help with a loan you can contact us now for a loan if you are serious in getting it surely we will help you out via Email {urgentloan22@gmail.com}

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini