12 April 2011

Najib jadi Khadam Taib Mahmud

Berikut adalah catatan dari pendengaran saya semasa didalam kereta petang tadi melalui stesyen Radio24 "93.9" rancangan Kerusi Panas. Tiada catatan dibuat pada ketika itu, sekadar apa yang saya ingat dan didengari juga oleh entah berapa puluh ribu atau ratusan ribu rakyat Malaysia yang mengikuti rancangan ini.

1. ATM (Abdul Taib Mahmud @ Automated Taller Machine) dingatkan oleh seorang pensyarah dari Universiti Malaysia Serawak, Unimas (tak payah lah tulis namanya) yang mengaku dirinya sebagai suara akan umbi rakyat Serawak bahawa tindakan ATM yang Mabok Kuasa lebih teruk dari orang yang Mabuk Botol.

2. Katanya lagi orang Mabuk Botol boleh berhenti tapi orang Mabuk Kuasa memang sukar. Mungkin mati sahaja yang akan menghentikan mereka dari terus berkuasa.

3. Pada ketika ini ATM disamakan dengan beberapa pemimpin dunia seperti Muamar Ghadafi yang mabuk kuasa dan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kuasa yang ada.

4. Walau pun Perdana Menteri DS Najib mengumumkan bahawa akan berlaku peralihan kuasa di Serawak namun apa yang dijanjikan oleh PM Najib hanya omongan dan janji kosong serta palsu oleh seorang Perdana Menteri menjelang PRN ke 10 ini. Buktinya ATM sendiri TIDAK pernah mengumumkan perletakan jawatannya seperti apa yang diumumkan oleh PM. Buktinya  disini . Jelas Najib dimalukan oleh ATM dalam isu ini.

5. DS Najib memahami kehendak akar Umbi rakyat Serawak yang mahukan perubahan dalam tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri. Ketika di Kuala Lumpur dan Korea lagi Najib telah melihat hari demi hari menjelang PRN ini pertambahan kerusi demi kerusi BN yang bertukar dari warna putih kepada kelabu, manakala dari kelabu kepada hitam pekat alamat kerajaan BN Serawak akan tumbang kepada Pakatan Pembangkang. Dalam keadaan yang terdesak ini pun Najib tidak berkuasa serta berani untuk meminta ATM meletakkan jawatannya kerana bukan rahsia lagi bahawa ATM 'menggertak' PM dan Kerajaan Pusat bahawa beliau akan 'belot' jika sekiranya terus dipaksa meletakkan jawatan sebagai KM. Sekali lagi PM dimalukan oleh ATM yang sengaja menunjukkan kekuasaannya.

6. Akhirnya dengan rasa malu yang teramat sangat bagi mempertahankan kredibilitinya sebagai Perdana Menteri, dan Serawak yang  yang mana penyokong BN sudah semakin ramai yang berpaling tadah meninggal Regim ATM, Najib terpaksa menjadi khadam ATM berkempen untuk nya kesana kemari meninggalkan jawatannya sebagai perdana Menteri di Putrajaya dan Rosmah di Kuala Lumpur. Kesian PM 1Malaysia.... bersambung

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini