29 May 2011

Najib umpama burung tiong

Saya postingkan email dari sahabat saya Sdr Nor Ikhsan dari kampung Jawa, Klang. Saya tak edit satu pun.

Salam 4all,
Semalam 28hb Mei, cukup hebat Najib berkata-kata macam Burung Tiong didepan 'budak2 sekolah' kat Putrajaya di Program HIMPUNAN SEJUTA BELIA

Nampak dalam TV macam ramai tapi taklah sampe sejuta.

Mungkin 20 hingga 30 ribu orang ada kot (malaysiakini kata 8k aje). Ape nak heran..melalui Sekolah dan Guru Besar (Pahang, Trengganu dan lain2 negeri offer kepada pelajar musim cuti sekolah ni berjalan-jalan (rombongan ke KL) bas,makan, duit semua ditanggung. Kalau tak nak memang bodo la..
 
Berbangga sangat dia, puji nak bagai nak rak kpd Menteri Belia Sabri Chik. sebab dapat buat himpunan gergasi...konon.

Kita semua faham, yang datang seluruh 1Malaysia tu...semuanya budak sekolah Ting 3 hingga 5.

Masa sekolah dulu kan macam tu....

Dalam speech cerita pasal politik..antara Kerajaan BN dan Pembangkang. (sebab telecast) dan yg menonton berjuta rakyat Malaysia biarpun di Himpunan tu ramai budak sekolah yang tak paham ape Najib katakan.(budak2 ni pun Blur)

Tapi, mesej sebenar yang nak disampaikan depan berjuta orang sebab telecast (siaran secara langsung) Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Dia cerita pasal penunjuk perasaan di Mesir, bagaimana rakyat yang seumpama Himpunan Sejuta terdiri dari belia boleh tumbangkan kerajaan.

Statement ini yang saya faham, kiranya Pembangkang menang PRU13 ini nanti dia akan buat begitu dan gunakan belia 1juta ini untuk memberontak....

Itu yang tersirat dalam minda dia....tapi...sudah jadi berlawanan...PR yang patut buat sebab BN yang memerintah...Tp. PR takkan buat macam tu melainkan terpaksa.

Yang saya tak tahan nak mendengarnya...Najib buat FITNAH...Pembangkang akan LELONG PUTRAJAYA

Saya sendiri tak pernah dengar PR berkata demikian...nak Tawan Putrajaya adelah,

Wow... dia cuba meraih simpati undi dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dengan statement tersebut.

Rakyat Malaysia umumnya akan tertanya-tanya....PR nak lelong Putrajaya. Bangsat betul PR ni rupanya.

Memang dia bijak gunakan cara JIJIK dan KOTOR agar Rakyat semua membenci PR.

Kesimpulannya: Tindakan PANTAS KADAR SEGERA mesti diambil oleh PR untuk menangkis semula statement Najib.

Saya amat pasti akan timbul ISU BESAR dalam perkara ini.

Adalah wajar bagi PR menangani ISU ini.

Yang pastinya PRU13 semakin hampir.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini