02 May 2011

Putrajaya kaji sistem 1Sekolah pupuk perpaduan

Usaha ini nampaknya "murni". Namun seperti biasa, kerajan UMporNO Barisan Nasional ini sentiasa ada udang disebalik mee, walaupun mee tersebut adalah mee segera. Akan adakah nanti kroni-kroni yang mendapat keuntungan dari dasar ini seperti projek email 1Malaysia? Baca dibawah.


KUALA LUMPUR, 2 Mei — Putrajaya sedang mengkaji syor menyeragamkan sistem persekolahan, bakal dikenali “1Sekolah” — yang akan mencetuskan semula debat mengenai keperluan sekolah vernacular —  sistem mirip Sekolah Wawasan diperkenalkan oleh pentadbiran Dr Mahathir untuk memupuk perpaduan. The Malaysian Insider difahamkan Makmal Pembangunan Belia di Kementerian Belia dan Sukan telah mengesyorkan penubuhan sistem sekolah standard dipanggil sebagai “1Sekolah” untuk menggalakkan perpaduan dan kepelbagaian.

Makmal itu juga telah meminta Kementerian Pelajaran agar merangka pelan penyeragaman pendidikan yang akan dibahagikan kepada empat fasa berbanding sistem sekolan rendah kebangsaan semasa yang selari dengan sistem sekolah rendah Cina dan Tamil. Sumber-sumber berkata fasa pertama akan menyelaraskan pertukaran program antara sekolah-sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan manakala fasa ketiga pula melibatkan pengenalan bahasa ketiga di kedua-dua jenis sekolah.

Kata sumber itu, program itu akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih dan kemudian dilaksanakan di kesemua peringkat sekolah. Pilihan bahasa ketiga bagaimanapun bergantung pada aspek demografi sesebuah sekolah. Fasa ketiga akan melibatkan penempatan semula sekolah manakala fasa terakhir pula ialah pelaksanaan sistem 1Sekolah.

Pentadbiran Dr Mahathir pernah mengesyorkan penubuhan Sekolah Wawasan yang meletakkan sekolah rendah kebangsaan, Cina dan Tamil di satu kawasan tetapi idea itu dibantah oleh golongan pendidik sekolah vernakular dan hanya beberapa sekolah didirikan kira-kira satu dekad lalu.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini