AWAS!!! jika ada berjiwa besar dan masih sayangkan Pakatan Rakyat bagi meneruskan kesinambungannya dalam memerintah negeri Selangor ini, anda harus bangkit mempertahankanya dengan cara yang paling terpuji.
Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menggesa anggota Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 yang disifatkannya "sudah hampir tiba".
Apakah anda tidak percaya bahawa Najib dan Umno Selangor akan melakukan apa saja pada kali ini bagi memastikan Selangor jatuh kembali ketangan mereka. Banyak peristiwa yang belaku sejak mula Pakatan Rakyat memerintah Selangor ada idea paling hodoh UBN cuba menjatuh kerajaan PR.
Anda perlu ingat jika kejatuhan Selangor yang merupakan tsunami politik yang tidak pernah dijangka oleh mana-mana pihak selepas lebih 50 tahun Umno memerintah .... berjaga-jagalah kerana jika terlepas kita mungkin terpaksa menunggu 100 tahun lagi untuk merampas kembali negeri ini.
Anda sebagai pemimpin, ahli, jentera parti, pendokong dan penyokong parti mesti bekerja keras dan ikhlas dalam melaksana tugas-tugas menggerakkan parti.
Anda tidak boleh kata sudah bersedia menghadapi PRU dalam keadaan anda tidak tahu apa yang patut dibuat sebagai jentera dan penggerak parti pada ketika ini. Anda mesti berlapang dada menerima tunjuk ajar dari orang sudah matang dan mahir serta teruji dalam perjuangan ini.
Adakah anda sudah bersedia menggalas tugas dan tanggung jawab parti bermula pada saat ini?
Selain itu Najib, yang juga Presiden Umno berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.
najib ni memang pm yang paling haram jadah di dunia
ReplyDelete