21 April 2012

Candid Karnival Rakyat Kota Raja

YB bersama AJK Penganjur menunggu ketibaan MB

AJK Penganjur
AJK Penganjur muslimat



Pn Faekah tutut hadir






Tetamu yg hadir















Selama empat tahun memerintah Selangor, dengan tema Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan Kerajaan Pakatan Rakyat telah melaksanakan hampir semua janji dalam Manifesto Pilihan raya Umum (PRU) 2008. 

Sebuah kerajaan yang baik pula ialah kerajaan yang berjaya mengutip cukai dengan efisien dan menggunakan cukai tersebut untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk meningkatkan tahap ekonomi negeri agar pembangunan dapat dilakukan.

Begitulah yang ditekankan Pakatan Rakyat apabila menerajui negeri Selangor pada 2008, demikian tegas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar).

Memandangkan Selangor adalah nadi pembangunan dan pemacu utama ekonomi Negara atau lebih tepat lagi penyumbang 23% kepada KDNKnegara, katanya, maka rakyat Selangor berhak mendapat bahagian yang besar dari kemajuan negeri dan Negara.

Bukan itu sahaja, jelas Khalid, tahun 2010 Selangor turut mencatat jumlah pelaburan yang tertinggi dalam negara selepas Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak 22.56 peratus.

Malah, tambahnya dalam tempoh empat tahun memerintah Kerajaan Selangor telah menerima jumlah pelaburan melebihi RM36 billion dansepanjang tempoh itu juga kerajaan berjaya membuka sebanyak 95,013 peluang pekerjaan.

"Kerajaan Pakatan Rakyat telah melakar pembangunan negeri melalui program yang memberi kesan langsung kepada kebajikan rakyat di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sepanjang melaksanakan program MES sehingga 2011 katanya, kerajaan Selangor telah membelanjakan hampir RM600 juta yang mana program Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu Pertama antaranya program yang menelan berlanja yang besar kerana melibatkan hampir seluruhrakyat negeri ini iaitu kira-kira RM477 juta. 

Sehubungan itu katanya, Program MES telah dilebarkan menerusi program-program Hasil Negeri Untuk Rakyat kerana menyedari bahawa sekian lamanya hasil negeri terkaya ini dikutip namun pengagihannya tidak menitikberatkan kebajikan rakyat marhaen.

Program MES antaranya,  Jom shopping bagi warga emas, pembiayaan pendidikan kepada warga kerja Selangor yang mahu melanjutkan pelajaran, Tuisyen Rakyat, Skim Perumahan Pekerja Ladang, Bantuan pengurusan bangunan, lif dan pusat komuniti dan Bonus Selangorku- Jom Shopping anak YAWAS yang berusia empat tahun (lahir 2008).

Katanya, selama 50 tahun pentadbiran terdahulu tanpa adanya proses semak dan imbang yang berkesan, pastinya terlalu banyak kepincangan dan ketirisan yang berlaku.

"Ini terbukti apabila banyak lubang ketirisan berjaya dibendung. Hutang lapuk syarikat kroni yang mencecah hampir RM400 juta dan berusia sedekad lamanya telah berjaya dikesan dan dikutip. 

"Sejumlah wang yang mengikut kelaziman pemerintah terdahulu akan masuk ke dalam poket pemimpin, kini berjaya disalurkan semula kepada rakyat melalui Geran Selangorku. Satu dana besar berupa bonus kepada rakyat Selangor," katanya.

Katanya, terdapat 17 program yang telah dirancang dan sebahagian besarnya program tersebut menyentuh setiap segmen rakyat di Selangor; golongan pekerja, belia, wanita, warga emas, anak kecil, OKU, di bandar mahupun di desa. 

Katanya, bonus RM300 juta  merupakan julung-julung kali diterima rakyat negeri ini melalui program seperti Pengenalan Gaji Minima, Program Pembasmian Rasuah  & Penyelewengan, Pemerkasaan Wanita, Daripada Kebajikan Kepada Bekerja, Program Keusahawan Muda, Program Sokongan Pendidikan, Program Pejabat ke Rakyat  dan banyak lagi.

"Umpamanya program Pemerkasaan Wanita berjumlah RM30 juta bakal menyediakan prasarana dan peluang yang jauh lebih cerah kepada golongan wanita dan suri rumah," katanya.

Tambahnya, begitu juga dengan Program Daripada Pejabat Kepada Rakyat dengan peruntukan sejumlah RM20 juta di bawah Geran Selangorku, adalah satu projek penyediaan data digital geran-geran tanah di seluruh Selangor dengan tujuan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat bagi jangka panjang. 

"Rakyat tidak perlu lagi mengunjungi pejabat tanah untuk berurusan kerana semua urusan boleh dilakukan melalui teknologi internet. Secara langsung program ini dapat mengurangi kos yang ditanggung rakyat. Projek ini merupakan projek pertama yang pernah diadakan di Asia," katanya. 

Justeru itu, katanya, Pakatan Rakyat tidak menoleh ke belakang dengan menonjolkan perlakuan Umno BN sejak 50 tahun lalu, sebaliknya melaksanakan pentadbiran maju ke hadapan dengan melakukan perubahan dan reformasi pada setiap segmen pentadbiran, politik, ekonomi dan sosial.

Pakatan Rakyat yakin dengan semua program kebajikan di atas, rakyat Selangor akan terus memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri ini. 

"Konsep “Value For Money” yang diperkenalkan oleh pentadbiran PR kini benar-benar mendapat tempat di negeri termaju dan terkaya di Malaysia ini. Selangor adalah model terbaik jika Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat Malaysia untuk memerintah Putrajaya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini