Bersih 3.0 dan cara Unit Amal PAS yang diiktiraf oleh semua anggota dan penyokong PR sebagai yang Unit paling terlatih untuk menjaga keselamatan pemimpin dan Bersih 3.0 semalam walau pun dilihat sangat berjaya dan tetapi masih perlu memperbaiki bagi menangani provokasi jika benar ia dilakukan.
Bagi pihak yang melakukan provokasi (jika ada) memang telah berjaya melakukan tugasan mereka dengan cemerlang dengan mendapat 5 bintang.
Ini keadaannya ditempat paling hampir dengan Dataran Merdeka. Bagi penyokong PAS yang taat dengan arahan pimpinan, menjadi kewajipan bagi setiap ahli untuk tidak membantah setiap arahan yang diberi kerana niat sudah dipasang awal-awal bahawa " Kita bukannya ingin menawan Dataran Merdeka - tetapi cuba berada ditempat paling hampir dengan DM "
Bagi penyokong tulin PAS ialah, Target sudah tercapai dan dengan yang demikian dan kita STOP ditempat seperti yang tertera digambar. dengan yang demikian Polis tidak akan ada alasan untuk bertindak menembak dengan meriam air dan gas pemedih mata kepada ratusan ribu yang hadir semalam.
Sayangnya Unit Amal gagal mengenali serta mencegah bila (jika benar) beberapa orang yang memecah masuk laluan ke Dataran merdeka sehingga Polis bertindak kerana kawasan tersebut merupakan kawasan larangan (termasuk telah mendapat perintah mahkamah) sebelum Bersih 3.0 semalam.
Bermula malam tadi sehingga kehari ini tanpa putus FB dan Blog pro-PR mempertikai gambar-gambar ini dengan aksi luarbiasa, pakaiannya dan tindakannya. Antaranya baca tulisan greenboc.
Sibaju Merah membiarkan aksi terlampau sibaju hitam ini ..... why ?????????????
Sesuatu yang perlu dititik beratkan oleh si baju merah ..... jangan mudah percaya dengan tindakan luar biasa oleh sesorang ......
Kesimpulannya ... tulisan ini bukan menghentam si baju merah tetapi kerana banyak jasa dan tenaga telah dicurahkan kerana berada dibarisan hadapan ... anda semualah yang paling tegar dan paling bertanggung jawab dan amanah dalam menjalankan tugas .... cuma tidak salah untuk mempelajari Ilmu Menipu ... sebab orang PAS ni jenis orang baik-baik dan selalu anggap orang lain pun baik .
Wallahuaklam .... ini bukan tulisan YB ye.
Pihak Pemimpin PR jangan jadi bodoh. Peratusan Bekas Tentera yang berhenti atau berpencen (masih muda) adalah 75% menyokong pembangkang kecuali sebahagian besar pegawai tinggi mereka yang ibarat ular sawa kenyang yang terlalu taksub kepada UMNO. Hanya Bekas Tentera yang mampu mematahkan dan melawan balik setiap provokasi Budak Suruhan ini. Mengapa tidak menggunakan perkhidmatan dan kemahiran mereka? Hanya mereka (Bekas Tentera) yang mempunyai kemahiran yang tinggi untuk menangani keegoan Budak Suruhan ini. Selagi rakyat berlembut dan menikmati apa saja sepak dan terajang Budak Suruhan ini selagi itulah mereka merasakan mereka terlalu berkuasa dan mereka dilahirkan untuk berbuat sesuka hati terhadap insan lain yang lemah dan tidak tahu melawan.....Di dalam kehidupan ini kita tidak perlu terlalu takut seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi. Semua akan merasai mati, cuma ketentuan Allah adalah cepat dan lambat sahaja. Mati bermaruah adalah lebih baik dari hidup yang panjang tetapi penuh bergelumang dengan dosa dan noda.
ReplyDeleteAku setuju sangat dengan pandangan Anonymous 05:09AM. Mohon kerjasama mereka yang mahir untuk menangani situasi ni. Dengar cerita bekas pegawai tinggi polis dan tentera pun ada yang menyertai PAS baru-baru ni. Jangan hanya sekadar nak kan jawatan penting saja, tapi perkongsian dan curahan idea dalam mendepani taktik pihak musuh juga amat penting untuk diajar kepada barisan depan terutama Unit Amal. Kalau boleh wujudkan skuad Khas yang terdiri daripada bekas tentera & komando / polis & SB yang masih muda dan bertenaga untuk berada di barisan hadapan sekali, kemudian barulah barisan Unit Amal. Jangan dok sibuk nak tawan Putrajaya sahaja tanpa perancangan Contigency sbb musuh mungkin bertindak apa saja apabila terdesak.
ReplyDeleteAku amat bersetuju dgn pandangan dan pendapat AnonymousApr 29, 2012 05:09 AM dan saudara Nazaruddin si Hamba Allah,
ReplyDeleteRasanya sudah sampai waktu dan ketika kita mesti berbuat sesuatu bagi menangani masalah sebegini..KIta tak mahu bila ada sahaja perhimpunan maka ada saje yg cedera di belasah.
Bukan kita bermaksud hendak menentang atau berdepan dgn secara fisikal dgn pihak berkuasa tetapi satu cara atau makanisme harus dicari dalam membendung atau menangani insiden sebegini.
Jika pihak yg kita harapkan utk menjaga keselamatan kita tak dapat kita harapkan lagi malah mereka telah menjadi pagar yg memakan tanaman..maka seharusnya lah kita berusaha menjaga diri kita dan saudara kita.
Keganasan bukan penyelesai masalah tetapi mempertahankan diri dan maruah sememangnya dituntut agama...maka cari lah jalan terbaik antaranya...wallahualam...
Salam, Hamba bersetuju dgn pandangan di atas. Minta pimpinan Pas dan Unit Amal kiv Dan cari idea untok penambahbaikan unit ini.
ReplyDelete