Meriah dan bersemangat : itulah yang boleh digambarkan pada persidangan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kota Raja kali ke 10 pagi tadi.
Mood para pemimpina dan AJK serta para perwakilan tertumpu kepada persiapan gear 5 Jentera Pilihanraya PAS (JPrK) Kota Raja untuk menghadapi PRU 13.
Bersatu mempertahan Kota Raja |
Walau pun semalam DS Najib berkunjung ke Kota Raja bersama penyanyi Rock Awie kehadiran ramai budak-budak bukan pengundi memanglah sudah diduga dan kami juga telah menghantar ramai anak muda PAS yang akhirnya menjadi saksi penting betapa banyaknya duit rakyat dihabiskan bagi program parti Pembangkang di Selangor ini.
Setiap orang mnenerima RM50 + T-Shirt + Skaft + Makan + ber Rock dalam program tersebut bukan sesuatu yang dibanggakan, tapi itulah cara Umno Selangor pimpinan Noh Omar untuk menyedapkan hati Najib bahawa mereka sudah selesa untuk menakluki Selangor.
Jangan gelak : sokongan kepada Najib bertambah Ampuh |
Sebenarnya Umno Selangor tidak mempunyai data dan cula yang tepat sebagaimana PAS bagi menawan Selangor. Pembangkang selangor ini akan terus kekal menjadi pembangkang di Selangor selepas PRU 13 nanti.
Pemilihan tempat serta tapak perhimpunan bersama DS Najib semalam yang dinamakan sebagai Dataran Transformasi adalah satu kesilapan yang besar.
Ezam serta SD Johari sebagai master mind dalam program ini telah dilihat sebagai ditakdirkan bakal menempuh kekalahan dalam PRU akan datang.
Untuk maklumat Dataran Transformasi adalah bermula dengan Dataran Reformasi yang dimiliki oleh pembangkang pada tahun 1999. Tanah tersebut adalah kepunyaan SD Johari siKATAK yang melompat ke Umno.
Dataran Reformasi yuang kini bertukar menjadi transformasi akan kekal menjadi MILIK PEMBANGKANG dan Umno Selangor sudah ditunjukkan jalan keluar untuk terus menjadi pembangkang selepas PRU nanti.
No comments:
Post a Comment