30 April 2012

Respon kepada blogger "amenoworld" berkaitan konspirasi serangan Dataran Merdeka



Diatas merupakan rakaman penuh peristiwa di Dataran Merdeka yang berlangsungnya demonstrasi Duduk Dan Bantah. Kelihatan jelas sekitar minit 4:30 dimana Dato Seri Anwar Ibrahim memberi arahan kepada peserta untuk belok ke kanan iaitu kearah Jalan Tunku Abdul Rahman.Sementara itu Dato Seri Anwar Ibrahim juga meminta YB Azmin Ali turun berunding dengan pasukan Polis agar membenarkan peserta masuk ke Dataran Merdeka.

Amat memalukan apabila melihat pihak tidak bertanggungjawab terus memutar belit fakta memfitnah kononnya Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Azmin Ali memberi arahan kepada peserta untuk merempuh masuk kedalam kawasan Dataran Merdeka dan menjadi punca kekacauan. Dalam rakaman ini juga jelas ada suara peserta yang mengesahkan bahawa arahan kedua tokoh tersebut untuk berundur ke Jalan Tunku Abdul Rahman manakala suara Chegubard amat jelas memberi arahan yang sama menggunakan pembesar suara.


Rakaman dari angle yang berlainan sudah tentu memberi gambaran yang tidak sama dengan situasi sebenar yang berlaku, sesuatu yang perlu diambil kira sebelum membuat sebarang pertuduhan jika niat itu Bersih berdasar rakaman yang dibuat entah oleh sesiapa.

1 comment:

  1. Di harap dapatkan lagi bukti2nya,kerana yg mendengar begitu ramai org.minta mereka menyumbang rakaman video dan gambar2

    Ujudkan satu facebook,yg boleh mendapatkan sumbangan video dan gambar dengan cepat

    Usahkan di himpunan bersih,dunia blogging ini pun banyak yg menyamar.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini