Mengatakan Hudud yang ingin dilaksanakan diKelantan sebagai Hudud PAS menunjukkan ADUN ini seorang yang tidak cerdik serta bongkak dan bercakap sesuka hati tanpa membaca serta merujuk draf perlaksanan Hudud yang disediakan oleh kerajaan Kelantan.. Apa pun tahniah jugalah kepada beliau diatas inisiatif berani mencadangkan perlaksanaannya di Johor.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Ayub berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" -- yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.
No comments:
Post a Comment