Veteran Umno, yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, amalan 'cah keting' atau sabotaj perlu dihapuskan di kalangan pemimpin dan anggota Umno di semua peringkat di Negeri Kelantan.
"Pengalaman budaya 'cah keting' di dalam parti menjadi penghalang utama Umno mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Kelantan daripada Pas sejak 20 tahun lepas," katanya.
Budaya yang kekal segar bugar dikalangan pimpinan Umno hingga kini bakal meranapkan impian Umno Kelantan.
Rayuan demi rayuan oleh pimpinan tertinggi peringkat Negeri dan Pusat termasuk dari DS Najib bahawa ahli-ahli Umno di Kelantan diminta supaya jangan mensabotaj calon yang dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, jika mahu melihat Barisan Nasional (BN) merampas Kelantan daripada Pas menunjukkan betapa kucar kacirnya persiapan Umno Kelantan untuk menghadapi PRU13 sehingga membuatkan Najib masih memilih tarikh dan bulan yang disimpulkan tiada bulan yang selamat untuk UBN bagi menghadapi PRU kali ini.
Terkini..
ReplyDeleteCalon Ikhwan Muslimin Muhammad Mursi mendahului Ahmad Syafiq (bekas Perdana Menteri zaman regim Mubarak) dalam pilihanraya Presiden yang diadakan diMalaysia. Mursi memperolehi 197 undi dan syafiq mememperolehi 23 undi.
Setelah undi di 40 buah negara yang dikira, Mursi memperolehi 62.2% undi berbanding dengan 37.8% undi untuk syafiq.
Syafiq mendahului Mursi dikebanyakan negara Eropah. Sementara dinegara Arab dan Asia, undi memihak kepada Mursi.