Saya ingin mengambil kesempatan ini bersama-sama dengan YB Dr Siti Mariah Mahmud, YDP PAS Kawasan Kota Raja serta Setiausaha JPrK dan seluruh jawatankuasa JPrK Kota Raja mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengarah JPrD Sri Andalas Tuan Hj Mohd Termizi bin Ismail keatas program sempena Lawatan kerja JPrK bersama YB ke Markas Andalas semalam.
Saya ingin mengulangi apa yang YB katakan semalam bahawa kena setkan dalam minda semua pejuang PAS Kota Raja bahawa kita hendak menang dan mara menuju Putrajaya.
Ini penting supaya selepas minda ini di setkan dalam kepala dan pemikiran kita, selepas itu kita akn fokus untuk dalam keadaan apa sekali pun hatta menempuh apa juga cabaran dan kesusahan untuk merealisasi sasaran yang telah ditetapkan.
Selain itu Dr Mariah juga mengingatkan kita bahawa perjuangan ini memerlukan komitmen serta pengorbanan yang tidak berbelah bagi.
Dalam ucapannya YDP mengingatkan semua ansorullah supaya meningkatkan sokongan orang Melay kepada PAS kerana PAS adalah parti yang kuat dan tahan lasak dan selayaknyanya menggantikan Umno atau "PAS Ganti Umno"
Akhirnya sekali lagi saya menyeru supaya asas kekuatan seperti berikut ada dalam setiap JPrD dan JPrU bagi memastikan Kota Raja tetap menjadi Kota yang kukuh dan ampuh untuk mempertahankan kemenangan PAS serta tidak mampu diganggu gugat oleh Umno dan Barisan Nasional.
Orang kuat JPrK and JPrD |
Khusyuk mendengar taklimat dari Pengarah JPrD Tn Hj Termizi |
DHPP akan bekerja mati-matian untuk memastikan YB Dr Mariah menang besar dalam PRU akan datang - ucap Mr Ramu wakil DHPP |
Sementara itu ucapan wakil DHPP cukup menarik dimana mereka berkata bahawa masyarakat bukan Islam di negara ini terutama kaum Cina dan India selesa dengan PAS kerana perjuangan parti itu adalah parti untuk semua kaum, bukan berasaskan perkauman dan meletakkan agama sebagai aqidah perjuangan
Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kota Raja, En Ramu berkata ia tidak sama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang semakin ditolak oleh rakyat kerana perjuangan parti itu berbaur perkauman serta bersifat ‘rasis’.
“Kenapa orang bukan Islam kini boleh berada bersama di pentas PAS. Kita (bukan Islam) lebih selesa dengan PAS kerana perjuangan PAS berasaskan agama sebagai aqidah perjuangan.
“Umno perkauman dan mereka semakin hari semakin ditolak oleh rakyat. Perjuangan parti Umno berbaur perkauman dan ada sifat ‘rasis’ yang kita (rakyat) tidak setuju,” jelasnya beliau lagi.
Menurutnya, masyarakat bukan Islam di Kota Raja dan negara ini juga percaya hanya Islam yang dapat mempertahankan hak untuk semua kaum.
En Ramu menyarankan agar rakyat memilih pemimpin berwibawa serta parti yang tidak terlibat dengan amalan rasuah.
Katanya, pengamal rasuah dan penerima rasuah adalah berdosa disisi Tuhan dan akan dihumbang ke dalam api neraka kelak.
“Kita (bukan Islam) sangat percaya Islam dapat pertahankan hak untuk kaum. Kita nak undi pemimpin berwibawa. Pemimpin dan parti yang tidak rasuah.
“Kita nak bersama dengan orang yang baik. Sebab itu, orang Cina dan India sekarang tidak takut lagi kepada PAS sebagai parti Islam,” ujarnya.
Catatan : Pengarah JPrK Kota Raja
No comments:
Post a Comment