"Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.
"Saya tahu sebab masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri.
"Jawab la...nak lawan sangat," kata DSAI dalam nada mencabar.
DSAI berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.
Menurut DSAI, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.
DSAI membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.
DSAI turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama.
"Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah.
"Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," kata DSAI lagi.
No comments:
Post a Comment