16 April 2009

Kejutan dari YB Siti Zailah

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusoff (gambar bersama YB Dr Siti Mariah di Parlimen) mencipta sejarah Pas Kelantan apabila menjadi wanita pertama dicalonkan untuk bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Rantau Panjang pada pemilihan peringkat kawasan 18 April ini.

Siti Zailah, berkata, beliau telah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan itu selain jawatan naib ketua dan ahli jawatankuasa.Menurutnya, pencalonan yang diterima dari peringkat cawangan amat dihargainya kerana ia adalah suara dari akar umbi parti namun beliau masih belum membuat keputusan.

"Pencalonan paling banyak saya terima adalah untuk jawatan naib. Saya akan terima salah satu cadangan untuk bertanding Sabtu ini kerana tidak adil jika saya menolak harapan mereka," katanya.

Siti Zailah kini adalah Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat dan Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan. Bagi peringkat kawasan Rantau Panjang, beliau adalah ahli jawatankuasa yang dilantik.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Afandi Yusof dan calon Bebas, Isma Arifath Hassanuddin dengan memperoleh 19,344 undi.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini