19 June 2009

Bimbang dengan gelagat Pemuda

Merujuk kepada tajuk malaysiakini bahawa 'Pemuda bimbang dengan gelagat 10 MP PAS', sebagai ahli PAS biasa kami juga bimbang dengan gelagat Pemuda yang mengambil kesempatan diatas isu ini dengan mengeluarkan kenyataan yang TIDAK perlu. Anda nilailah sendiri, berdasarkan ucapan Ketua DPPP dalam muktamar yang baru lalu, dan tindakan mereka hari ini.

Terima kasih diatas kebimbangan yang TIDAK perlu tersebut. Pemuda yang merasa bimbang dengan gelagat 10 MP tersebut merupakan orang yang tidak berada didalam situasi dimana MP tersebut berada.

Saya perkenalkan Dr Mujahid (MP Parit Buntar) merupakan Mantan (mungkin akan dipilih semula) Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat yang menjaga hal ehwal penyokong PAS dari bukan ahli yang non muslim, kini dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS. Manakala Dr Zul (MP Kuala Selangor), Khalid Samad (MP Shah Alam), Dr Lo Lo (MP Titiwangsa) dan Dr Mariah (MP Kota Raja) merupakan wakil rakyat yang mendapat sokongan padu dari Cina dan India. Dengan saban hari cerita UG mendapat tempat utama dalam semua berita, maka kesemua mereka ini mendapat tekanan yang hebat dari dari ahli KPP selain ahli PAS sendiri di kawasan masing-masing yang inginkan kepastian dari pemimpin mereka tentang status masing-masing dalam UG.

Jangan lupa mereka inilah yang memberi sokongan kepada parti sehingga menang dalam PRU 12 lalu, bukan umno ..... mereka juga lah golongon yang memecahkan tembok 'Islamfobia' terhadap PAS ciptaan umno. Pada saya 10 MP ini bukan jenis MP yang lupa daratan. Mereka sudah tentu memikirkan sebarang imlikasi jika tersilap dari tindakan mereka.

Jangan lah selepas ini ramai sangat orang yang nak tunjuk hebat sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak perlu.

1 comment:

  1. Dr. Mariah,

    Assalamualaikum, saya setuju dgn pandangan YB, Umno hanya menakutkan bukan Islam utk mendekati Islam. Umno golongan penindas.
    Utk tidak mengeruhkan lagi suasana harap pimpinan semua peringkat jgn buat komen atau posting.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini