25 June 2009

TYDP Kota Raja dilantik AJK BPPNS

PAS Selangor mengumumkan saf kepimpinan Badan Perhubungan Negeri bagi sesi 2009/2011. Pengumuman dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali selepas mempengerusikan mesyuarat di sini Rabu lalu.

Pengumunan yang dibuat itu menyaksikan Ustaz Dr Osman Sabran dilantik semula sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor.

Manakala Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXC0) Negeri Selangor, Iskandar Abd Samad dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat masing-masing kekal selaku Timbalan Pesuruhjaya 2 dan 3.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman dilantik selaku Setiausaha dan Ahmad Yusof Ludin pula diamanah sebagai Bendahari yang baru. Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir pula pula dikekal sebagai Ketua Penerangan BPPN Selangor.

Manakala ahli yang dilantik pula menampilkan muka-muka baru seperti Timbalan Naib Canselor (TNC) Universiti Industri Selangor (UNISEL), Prof. Dr Zainal Abidin Kidam; Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Dato’ Zahar Hashim dan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Norhalim Sirome.

Turut menganggotai saf kepimpinan kali ini ialah AJK DPP Pusat, Ustaz Kamal Ashaari, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Dr Hajjah Halimah Ali; Ahli Majlis MBSA, Ustazah Mariam Abd Rashid dan Ustaz Ahmad Zaki Arshad.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini