14 June 2009

Kenyataan yg cukup serious & perlu diambil perhatian

Membaca tajuk utama m~star dalam lapuran hari ini benar-benar keterlaluan dan perlukan satu tindakan yang segera oleh pimpinan untuk menyelesaikannya. 'Rayuan' satu perkataan yang paling lembut oleh Dato Mustapha Ali dan di sokong oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS tidak didengari lagi oleh sebahagian ahli dan sebahagian pepimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

Pimpinan tertinggi dan para pemikir PAS perlu duduk semeja dalam kadar yang paling segera bagi membincangkan perkara ini (kerajaan perpaduan) dan mengeluarkan kenyataan resmi bagi membincang isu yang menyebabkan kemarahan, kerisauan, ketidaktentuan dan kecelaruan dikalangan ahli PAS, Kelab Penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat pada ketika ini

Lapuran m~star : Sementara itu, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan tidak menyertai kempen parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, 14 Julai ini.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihan raya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu..

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihan raya DUN Manik Urai kali ini," katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini