06 August 2009

Demontrasi ala umno

Utusan melapurkan Pemuda Umno sedia untuk ikut demontrasi esok dimasjid. Pemuda PAS Selangor dah keluar kenyataan awal tidak jadi penganjur demontrasi tersebut.

Maknanya Umno lah yang mendalangi demontrasi jika benar berlaku esok.

Kalau tuan puan puan nak rasa demontrasi cara umno, esok boleh ikut serta (kalau jadilah ye). Biasanya anggota keselamatan akan menjaga disekeliling mereka bagi menjamin keselamatan kesemua mereka. Mereka akan menyanyi pelbagai lagu dan tiada semburan air beracun dan gas pemedih mata.

Demontrasi ala umno tidak lebih dari berkumpul-kumpul dan bersembang-sembang, dapat air minuman dan mungkin dibekalkan makanan dan balik, tiada cabaran, manakala pimpinan mereka buat P.C dengan semua media arus perdana yang mereka punya tu.

Malamnya tengok TV dan esok tengok akhbar semua gambar-gambar demontrasi tersebut diambil dari shot yang dekat-dekat aje, biar orang nampak 10 orang hadir macam seribu.

Lepas tu TV pula ambil bahagian mengulas setiap malam tentang kejayaan demontrasi itu dan ini. Sampailah mereka sendiri jemu, kerana kita tak kisah pun.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini