15 August 2009

Sekitar Program LPN Kota Raja

Tahniah dan terima kasih kepada semua AJK Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja. Sebagai Ketua LPN Kota Raja saya amat beruntung kerana mempunyai AJK yang rajin dan komited dengan tugas masing-masing. Tugas saya bertambah mudah apabila semua AJK yang dilantik dapat menjalankan tagas masing-masing dengan sempurna.Sebagai Pengarah Program Sdr Imran Satiman telah berjaya menggalas tugas yang diamanahkan dengan jayanya. Begitu juga dengan Sdr Ahmad Nizam S/U LPN dan Sdr Syed Abd Malek Penolong S/U LPN yang banyak membantu.Saya juga bertuah kerana disamping kerja keras LPN Kota Raja, Dewan-Dewan yang lain iaitu Dewan Muslimat yang diketuai oleh Pn Rosnah binti Abd Wahab dan Dewan Pemuda yang diketui oleh Sdr Zainal juga membantu. Tidak lupa juga dengan Skuad Wanita Pakatan Kota Raja (ilham dari YB Dr Siti Mariah) juga rajin membantu termasuk ketua mereka Kak Chik dan rakan-rakan yang lain.Ketua Pemuda PAS Kota Raja Sdr Zainal bersama Al Helmi dan Syed sedang print nama peserta dalam sijil.
Ketua Muslimat Kota Raja dan AJK yang banyak membantu sebagai pemudah cara.

Mudah rasanya bila ramai yang datang membantu. Saya yang sibuk ni asyik tenggelam timbul ajelah nampaknya.

Layari blog Dr Siti Mariah di http://drsitimariah.blogspot.com/ untuk berita lanjut

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini