Bukan sahaja di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, malah Insa Allah selepas PRU 13 akan dituruti oleh beberapa negeri lagi, Umno memang selayaknya menjadi parti pembangkang yang tidak berwibawa dinegeri-negeri yang dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Dengan Putrajaya masih dikuasai oleh mereka, penipuan, manipulasi dan segala pembohongan dan lapuran ikut sedap mereka disaji hampir setiap hari oleh media arus perdana. Kalau sebelum ini Kedah dianggap negeri paling cool dikalangan negeri-negeri yang diperintah oleh PR kerana kebijaksanaan dan keadilan yang ditunjukkan oleh MB Dato Seri Azizan, hari ini Azizan terus dihentam semaunya oleh UBN tanpa ehsan walau pun dalam masa yang sama MB ini sedang bertungkus lumus serta bermati-matian membantu mangsa-mangsa banjir.
NGO Munirah Care dari Parlimen Kota Raja turut menghulur bantuan kepada mansa-mangsa banjir, sumbangan disampaikan oleh Tn hj Termizi Ismail, Pengerusi Munirah Care kepad Ketua Pemuda PAS Kedah, berita lanjut dan gambar boleh rujuk dalam Akhbar Harakah keluaran terkini.
Sudah menjadi amalan Umno dan BN memanipulasikan apa jua sumbangan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat (PR) supaya diberikan imej buruk dengan pelbagai dakwaan yang bersifat prejudis.
Naib Presiden PAS Mahfus Omar pula menyifatkan kepimpinan Umno dan BN yang turun padang adalah tidak telus jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah.
"Sebelum mereka sampai dari Kuala Lumpur ke Pendang, Kubang Pasu, Pokok Sena atau Padang Terap yang dilanda banjir besar, kita sudah pun meredah air banjir. Walaupun kita turun padang dini hari mereka tidak beri liputan yang adil.
"Media arus perdana yang mengamalkan diskriminasi sehingga menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Mereka mengambil kesempatan di atas kesusahan dan musibah yang menimpa rakyat untuk raih sokongan.
"Amalan tidak telus Umno BN inilah yang menyebabkan mereka akan tersungkur sekali lagi dalam pilihan raya yang akan datang apabila rakyat sedar politik murahan yang sedang diamalkan mereka tidak mampu untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap mereka," ujarnya lagi.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan Umno BN tidak bijak dalam menangani masalah membantu mangsa banjir yang terlibat di Kedah baru-baru ini.
Dalam pada itu katanya, pemimpin Umno BN hanya datang ke pusat penempatan banjir setelah mangsa dipindahkan dan berada dalam keadaan baik sedangkan kepimpinan kerajaan negeri meredah air banjir sehingga basah kuyup.
"Media Umno BN tak berani dedahkan perkara sebenar apa yang telah kerajaan negeri lakukan. Memang mereka tak berani beri publisiti kerana takut sekiranya rakyat tahu kerajaan negeri turun padang sebelum mereka dari pusat sampai, sebab itulah saya nyatakan Umno BN mengamalkan politik murahan yang tidak bermoral dalam menangani musibah yang menimpa rakyat. Mereka ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain bagi menjadikan ia sebagai kredit," tegasnya lagi.
"Amalan tidak telus Umno BN inilah yang menyebabkan mereka akan tersungkur sekali lagi dalam pilihan raya yang akan datang apabila rakyat sedar politik murahan yang sedang diamalkan mereka tidak mampu untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap mereka,"
ReplyDelete------------------------------------------------
Ye ke? Adakah kerajaan Pakatan Rakyat telus? Adakah PAS telus? ....