23 January 2012

Tragedi Jln Kebun : Tindakan gengsterisme mesti dihentikan

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam tindakan ganas ala gengster pihak tertentu mengganggu majlis ceramah Asal Bukan Umno (ABU) dan mencederakan salah seorang pesertanya, di sini kelmarin.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi, Bersih 2.0 berkata, insiden terbaru ini memperingatkan taktik ganas dan kotor yang digunakan untuk menggagalkan persidangan prokemerdekaan Timor Timur (kini Timor Leste) di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 1996.
"Tindakan gengsterisme mesti dihentikan. Ia menjadi tugas dan tanggungjawab polis untuk melindungi warganegara yang menggunakan hak berperlembagaan mereka untuk berhimpun dan bersuara," katanya.
Kenyataan Bersih 2.0 juga menegaskan, berdasarkan kenyataan Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah dan Ketua Polis Daerah Shah Alam Zahedi Ayob, yang masing-masing mengetepikan dakwaan kecederaan dan memandang ringan keseriusan insiden, telah menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedangkan bukti video menunjukkan majlis itu diserbu dan ada kecederaan ke atas salah seorang peserta.
"Penafian polis berhubung keseriusan tindakan ganas ke atas penganjur dan peserta seolah-olah merestui tindakan ganas yang berlaku," kata gabungan itu lagi.
Malah Bersih 2.0 juga berkata, kegagalan polis untuk bertindak segera dan proaktif akan mengundang pihak-pihak lain bertindak sedemikian pada masa akan datang.
"Bersih 2.0 menuntut Ketua Polis Negara menjalankan satu siasatan dengan segera dan menahan mereka yang bertindak ganas," katanya lagi.
Selain itu, Bersih 2.0 juga mahu kerajaan mengambil tindakan menghalang kejadian-kejadian yang sama, yang bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan

2 comments:

  1. Nak kena buat 1000 laporan polis baru nak bertindak ker? POLIS BODOH!

    ReplyDelete
  2. Ni dia 'panglima perang' yg serang majlis orang....
    http://www.facebook.com/muhamad.razali3

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini