30 August 2012

WW1 Utusan kalah lagi. .... lagi. ..dan lagi

Paper buat bungkus nasi lemak ni langsung tiada wibawa.

Kali ni kes mahkamah membabitkan YB Dato Seri Nizar lwn WW1 Umno/Utusan macam biasa keputusan mahkamah memang telah diduga. .... DS Nizar menang.

http://t.co/qhwn8xBM

29 August 2012

Carta Lagu Terbaik Minggu ini : JOM hayati "Janji di Capati"



Bila hudud dipersenda timbul Pesta 'Wet and Mad Wednesday'

Anda tengok dan tafsir sendiri : Menjelang Ulang Tahun Kemerdekaan ke 55 - Janji di Capati.

Malaysia oh tanah air ku.



Anda berdosa besar sekiranya. ...

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mempertahankan perangkaan indeks jenayah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara dengan menjelaskan tiada manipulasi dilakukan ke atas statistik tersebut.

Katanya beliau melakukan "satu dosa besar" sekiranya dilihat memanipulasi data berkenaan bagi menunjukkan kadar jenayah berada dalam kawalan.

Beliau seterusnya meminta supaya dakwaan tersebut dibuktikan untuk membolehkan beliau mengambil tindakan ke atas pihak bertanggungjawab.

Pengeluar Majalah "PLAYBOY" versi Malaysia disaman RM10 juta.

Ketika masyarakat di seluruh Malaysia mempertikaikan Akhbar milik Umno ini... Utusan Malaysia yang isi pemberitaan banyak bersifat rasis, penuh dengan berita seks yang tidak bermoral dan boleh dianggap sebagai Majalah 'PLAYBOY' versi Malaysia..

Selain itu kebelakangan ini pula kita asyik menerima berita bahawa Utusan sentiasa kalah dalam perbicaraan di mahkamah hampir setiap bulan kerana berita yang dikeluarkan merupakan berita palsu dan rekaan semata-mata serta mendapat sumber berita dari sumber yang amat diragui.

Utusan yang sudah terlalu miskin hanya mampu hidup atas biaya Umno untuk terus mengeluarkan belita palsunya setiap hari kerana jualannya merosot dari hari demi hari 

Sementara itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpu semalamSeorang wartawan Utusan Melayu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menulis artikel mengenai Pengerusi DAP Karpal Singh, empat tahun lalu tanpa sebarang niat jahat.

joint action group utusan malaysia memo politik baru ybJ 241008 02
Zulkifli Jalil, 40, yang kini memegang jawatan sebagai pengarang berita di syarikat Utusan Melayu (M) Bhd mengakui wujud ketidaktelitian dan salah faham di dalam artikel bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu'.

Pengarang berita itu, yang memberi keterangan berhubung saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Karpal Singh terhadap Utusan Melayu (M) Berhad, turut menyatakan bahawa ketika kejadian beliau tidak tahu bahawa wujud perbezaan antara perkataan menolak negara Islam dan menolak agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Zulkifli turut mengakui bahawa beliau tidak menghubungi Karpal Singh untuk mendapatkan penjelasan ketika menulis artikel tersebut dan penulisannya bergantung kepada pengalaman serta laporan berita lain mengenai Karpal Singh yang ada kalanya membidas perjuangan PAS untuk membentuk negara Islam.

utusan malaysia apologize to karpal singh notice 260808
Sepanjang memberi keterangan, beliau beberapa kali memohon maaf kepada Karpal Singh dan memberitahu hanya menyedari artikel itu tidak tepat selepas Utusan Melayu menyiarkan 'ralat' pada 26 Ogos 2008 untuk menarik balik dan membuat permohonan maaf.

Sementara itu, Karpal Singh, menerusi kenyataan saksinya berkata perkataan itu (bahawa beliau menolak Islam sebagai agama rasmi negara ini) adalah tidak benar dan beliau tidak pernah berkata demikian.

Beliau berkata Islam ialah agama rasmi Malaysia seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan bebas untuk mengamalkan agama-agama lain secara aman dan harmoni, dan beliau secara konsisten menyatakan pendirian itu dalam ucapan-ucapan beliau dan di Parlimen selama 26 tahun lepas.

"Disebabkan oleh artikel ini, orang ramai telah mula menganggap saya sebagai antiIslam dan seseorang yang sengaja mahu mewujudkan rasa benci di kalangan pelbagai bangsa di negara ini. Ini telah memberikan impak buruk yang serius terhadap maruah saya secara peribadi dan sebagai seorang profesional dan ahli politik," katanya.

Karpal Singh, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, memfailkan saman tersebut pada 19 September 2008 kerana mendakwa penerbit akhbar Utusan Malaysia menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung ucapannya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-15 pada Ogos 2008 bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu' pada 25 Ogos tahun yang sama.

28 August 2012

Mamak lidah bercabang

Ini jenis mamak lidah bercabang ... cakap putar belit. Senag-senang dia kata Hudud PAS. Dia dah baca ke draf Hudud yang disediakan tu?
Kalau jujur nak laksanakan Hudud tak payahlah nak cerita pasal Hudud PAS ke atau sebagainya.
Ini cakap putar alam, asyik cari alasan sahaja. Kalau benar nak buat Hudud buatlah, TGNA kata dia sokong 100% tanpa bahas.
Mana draf nya. Sampai sekarang dah lebih 50 tahun memerintah. Perlu masa sampai bila lagi?
Sementara itu Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.
"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita.

   
Beliau berkata kononnya hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.

Dengan ini kita mencabar agar Umno tolong drafkan undang-undang hudud menurut Islam yang sebenar jika hudud yang dibuat oleh PAS tidak betul..bentang dalam parlimen dan laksanakan sebab menjadi kewajipan mana-mana pemerintahan orang-orang Islam.

26 August 2012

Prof Suhaimi lumat dibelasah


Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari, kata seorang ahli akademik.

Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.

"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini.

Dr Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM), memberi amaran," Kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga. Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak."

Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru akan perlu datang bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri dengan cara yang terbaik.

Dr Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu di Kuala Lumpurr.

"Jika kita perlu membayar bil air kita sebanyak RM40 sebulan, apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bimbit) prabayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bagi bil air kita." .... seterusnya baca lebih 155 komen terhadap Prof tersebut disini

25 August 2012

Pak Lah tidak yakin dengan Najib


Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memimpin Barisan Nasional (BN) sewaktu gabungan tersebut mendapat keputusan terburuk dalam sejarah pada pilihan raya umum (PRU) 2008 memberikan amaran hari ini populariti parti pemerintah tersebut masih tidak menentu di bawah Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai polisi baik diperkenalkan.
Abdullah memberitahu pemberita di rumah terbuka Hari Rayanya bahawa beliau mempunyai pengalaman sama sewaktu pentadbirannya yang tamat selepas BN yang beliau pimpin kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dalam PRU 2008.
Beliau memuji reformasi dan transformasi yang dilakukan Najib dan berharap pengundi akan berpuas hati dengannya akan tetapi memberikan amaran bahawa ia tidak semestinya akan diterjemah kepada undi kepada BN.
“Dengan Najib dan semua polisi yang telah beliau umumkan, ia adalah sangat baik dan kita berharap rakyat dapat menerimanya,” kata beliau yang popular dengan panggilan “Pak Lah”.
“Akan tetapi, kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran pengundi.
“Saya dah lalui semua itu sebelum ini.”

24 August 2012

Ekslusif : Gambar kahwin Ust Don Daniyal

Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat gambar sekitar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna yang telah berlangsung kelmarin. Terima kasih kepada Artmosphere Photography yang merupakan jurugambar rasmi untuk majlis ini, pembaca kini dapat melihat kemanisan kedua-dua pengantin baru ini.

Ustaz Don dan Husna nampak sama cantik dan sama padan di hari bahagia mereka ini. Semoga kebahagiaan ini akan menjadi milik mereka selama-lamanya. Lagi 15 keping gambar sekitar majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Moga cepat dapat anak yer Ustaz

Gambar isteri Ust Don : Husna Zahry Rafie
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz don

23 August 2012

Mahathir : Dendam kesumat yang tidak berpenghujung


Serangan terbaru ini adalah rentetan tekanan demi tekanan yang diterima Mahathir berikutan kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang diasak oleh Pakatan Rakyat pimpinan Anwar untuk mara ke Putrajaya. 
Anwar Ibrahim Club (AIC) amat tertarik dengan serangan terbaru Tun Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang disiarkan sebuah portal semalam, dengan menyebut Ketua Umum PKR itu dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mempunyai persamaan iaitu menabur banyak janji besar tetapi tidak dipenuhi.
Beliau juga menggesa supaya sokongan diberikan kepada BN kerana Anwar, kata Mahathir, menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan ditunaikan.
Umum mengetahui sejak lama , Mahathir mempunyai dendam peribadi yang tinggi terhadap Anwar  ekoran perbezaan polisi dalam urustadbir kerajaan semasa Ketua Pembangkang Malaysia itu menjadi orang nombor dua Malaysia dalam kabinet Mahathir yang akhirnya melakar sejarah hitam demokrasi negara pada 1998.
Serangan terbaru ini adalah rentetan tekanan demi tekanan yang diterima Mahathir berikutan kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang diasak oleh Pakatan Rakyat pimpinan Anwar  untuk mara ke Putrajaya.
Mahathir melihat situasi ini amat membahayakan kedudukan beliau sebagai ‘de facto’ kerajaan serta sekali lagi bakal menyebabkan perniagaan anak kesayangan beliau iaitu Datuk Mirzan menemui noktah buruk seperti dulu.
Lupakan Mahathir, Pakatan Rakyat terus mara ke Putrajaya
AIC melihat omongan Mahathir ini sebagai tidak bermaya dan keluar dari mulut seorang bekas Perdana Menteri yang akan dilupakan satu hari nanti. Mahathir sengaja menutup mata melihat pembangunan dan perkembangan baik ekonomi yang dilakukan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar.
Mahathir lupa kebanyakkan polisi kerajaan yang ingin segera diubah adalah disadur daripada idea Buku Jingga yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat apabila mentadbir Putrajaya nanti. Mahathir juga lupa pembangunan bukan sahaja melibatkan pembangunan stuktur bangunan tinggi semata-mata, tetapi asas ekonomi yang melibatkan kehidupan seharian rakyat terbanyak.
AIC yakin rakyat Malaysia tidak lagi memerlukan idea dan buah fikiran Mahathir yang jelas menjaga kepentingan diri dan kroni rapat dengan beliau. Malaysia tidak akan bankrap sekiranya memberikan pendidikan percuma kepada rakyat, hatta melaksanakan polisi penurunan harga kereta. AIC hairan bagaimana seorang diktator selama 22 tahun boleh berfikiran secetek ini apabila menyebut tentang polisi ekonomi.
Negara akan dan sedang menuju bankrap apabila ratusan juta dilaburkan kepada individu dan korporat secara tertutup dan tidak memulangkan hasil seperti skandal NFC melibatkan RM 250 serta skandal Bank Negara yang melibatkan RM 30 bilion wang rakyat yang diniagakan di pasaran mata wang.
Mahathir boleh terus berada dalam dilema yang beliau reka sendiri puluhan tahun lalu, rakyat Malaysia sudah bersedia untuk bersatu di bawah pimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri baru. Rakyat juga telah bertekad untuk menolak “syaitan” yang mereka kenal, dan memilih seorang pemimpin baru yang betul-betul menunjukkan semangat untuk membawa Malaysia keluar dari kemelut identiti dan keruntuhan ini.
AIC meyakini dalam segala aspek sekalipun, Mahathir terlalu jauh untuk menggapai apa yang telah Anwar berikan kepada rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya iaitu -Inspirasi. Di saat Mahathir termanggu manggu merasmikan perhimpunan ultra Melayu seperti Perkasa, Anwar dengan megah dan terhormat menjadi jemputan untuk merasmikan dan berpidato dalam perhimpunan ekonomi sedunia.
Inilah dilema Mahathir, semakin beliau menghasut rakyat untuk membenci Anwar, jalan perubahan semakin terbuka luas. Usahlah berpura-pura mengambil berat tentang negara, jika seorang bekas Perdana Menteri memgang kepentingan dalam industri otomobil dan petroleum negara. Usahlah berbicara tentang moral jika anak sendiri memgang modal besar dalam syarikat arak antarabangsa.
Rakyat boleh mula melupakan Mahathir, dan jadikan pedoman dan doa supaya bangsa Malaysia akan datang tidak lagi dipimpin oleh maha karut seperti ini.

Syaitan & Iblis


1. Dalam kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis. maka jika Dr Mahathir kata BN adalah syaitan, maka UMNO sebagai ketua , mestilah Iblis. 
2. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO yang kata. 
3. Oleh kerana ia datang dari Dr Mahathir, maka ianya mestilah suatu kebenaran. 
4. UMNO ialah parti Iblis.
5. Bukan saya yang kata - bekas wakil rakyat Umno/BN yang kata.
6. Tak percaya baca seterusnya kat sini
7. Lain kali jaga mulut : sebab pulut santan binasa - sebab mulut Umno Binasa.

22 August 2012

Che Det ajak undi Syaitan daripada Malaikat

Nyanyok. ..... semakin kerap dan banyak Dr M bercakap atau membuat komen maka umno dan BN akan berada dalam posisi yang tidak menguntungkannya.

Malah penulis berpendapat bahawa bertambah sulit buat UMNO/BN dengan komen-komen beliau.

Jika demikian marilah kita galakkan agar Dr M terus menerus bercakap dan berkomentar.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali” dalam Barisan Nasional (BN) dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu memberikan janji.

“BN telah mendengar suara rakyat dan mengubah banyak polisi dan undang-undang,” kata bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini.

“Rakyat hanya perlu mendesak BN bagi membawa perubahan yang mereka mahukan.

“Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal.”

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pilihan raya, tetapi serangan dari PR serta pendedahan skandal melibatkan pentadbirannya telah melambatkan cadangan beliau.

Pentadbiran Najib juga telah memperkenalkan beberapa polisi baru dan perubahan polisi dalam mematahkan serangan PR dana janji reformasi mereka jika mengambil alih kuasa.

Perdana Menteri juga telah menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah selepas berlaku pembelotan beberapa ahli parlimen menyokong PR.

Beliau juga berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan selain menghapuskan beberapa akta keselamatan awal tahun ini.

Tetapi PR telah berjaya membuat serangan dengan mendedahkan skandal melibatkan projek penternakan nasional serta kontrak melibatkan projek tambahan LRT.

Pembangkang juga berjanji menurunkan harga kereta  lebih rendah untuk rakyat Malaysia.

Dalam blognya hari ini, Dr Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.

“Dalam kempennya untuk menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan,” katanya.

“Beliau berjanji untuk menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya.

”Menurutnya lagi, pembangkang di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.

Beliau mengakui bahawa BN telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai rekod yang baik.

“Lima tahun sebagai tempoh percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan.

“Walaupun kita lihat beliau yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang mengkritiknya.

"Kuasa dalam bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpinnya,” kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahi

Pakatan terus mengasak ketika Umno syok beraya

Kepulangan ramai warga perantau ke kampung halaman untuk sambutan hari raya dimanfaatkan sepenuhnya oleh parti politik yang menggunakan peluang untuk menyebarkan mesej mereka.

Antaranya, kempen PKR untuk menurunkan harga kereta yang dilancarkan seminggu sebelum aidilfitri.

"Kita mahu ia menjadi buah mulut pada hari raya di kampung-kampung kelak," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang berkata kempen itu turut mensasarkan golongan pengundi di kampung-kampung.

Beliau berharap supaya sejumlah 50,000 pelekat kempen tersebut yang diedarkan kepada pengguna kenderaan di plaza tol utama sejak Rabu lalu akan dipampangkan di seluruh negara ketika warga perantau itu pulang ke kampung.

Pelekat itu tidak menggunakan sebarang logo parti tetapi hanya memaparkan simbol kereta berwarna kuning, anak panah menghala ke bawah, dan slogan

“Turunkan Harga Kereta”.

Berbeza dengan PKR, PAS yang akhir-akhir ini merekrut ramai golongan kreatif dan bekas penjawat awam menyertainya kelihatan lebih selesa mendekati pengundi secara konvensional.

Ketua Penerangan PAS  Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengedaran risalah keselamatan jalan raya dan juadah berbuka percuma kepada pengguna lebuh raya adalah sebahagian strateginya untuk mendekati pengundi.

"Kita menggalakkan mereka yang pulang ke kampung kali ini untuk turut sama pulang ke kampung pada hari mengundi kelak," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini

21 August 2012

Cemburu Umno kepada PAS & DAP menjadi-jadi

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno BN sangat takut dengan keakraban komponen parti dalam Pakatan Rakyat khususnya antara Pas dan DAP.

Menurutnya, selagi keakraban antara parti-parti ini kuat, selagi itu Umno BN takut untuk mengumumkan tarikh pilihan raya umum.

Ketua Umum PR melahirkan pendirian ini ketika ketiga-tiga anggota perikatan - PKR, DAP dan Pas berhadapan dengan serangan bertubi-tubi.

Sebab itu katanya, Umno BN sekarang ini sedang sedaya upaya cuba memecahbelahkan kedua-dua parti ini dengan memainkan pelbagai isu yang boleh menimbulkan pertentangan.

"Umno BN menanti perpecahan dalam Pakatan rakyat diantara DAP dengan Pas atau PKR baru mereka dapat menyusun semula strategi sepertimana lazimnya," kata beliau dipetik Harakahdaily, hari ini.

Anwar berkata, berbaga-bagai isu dicanangkan, namun tidak merosakan benteng antara DAP dan Pas.

"Itulah kekuatan kita yang terjalin atas sikap tanggungjawab terhadap kestabilan negara," katanya.

Tambah beliau, pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu untuk mengikut 'tarian' perkauman Umno-BN, sebaliknya melipat gandakan usaha mewujudkan suasana harmoni kalangan kaum.

"Jika kita tidak melatah, apa (jua) isu yang dibangkitkan Umno BN akan mati begitu sahaja.

"Biarkan Umno BN menari seorang dengan berbagai gaya, kita jangan ikut sebaliknya memerhati dengan serius mudah-mudahan mereka letih sendiri.

 "Pakatan Rakyat teruskan usaha mendekati rakyat di samping kemaskan jentera di semua peringkat, " tegasnya

Eidul Fitri bantu kempen PAS Kelantan

Kedatangan Aidilfitri pastinya dinanti-nantikan seluruh umat Islam; bagaimanapun bagi PAS Kelantan, manisnya mungkin berganda.

Ini kerana, sebagai parti pemerintah, mereka lebih berpeluang menganjurkan pelbagai program sambutan menjelang dan semasa Hari Raya, termasuk mendekati anak negeri yang berperantauan.Bagi pemerhati politik, keadaan ini amat menguntungkan, lebih-lebih lagi jika pilihan raya berlangsung tidak lama selepas hari raya Aidilfitri.

Dalam pilihan raya umum lalu, parti Islam itu berjaya bangkit daripada kemenangan tipis pada 2004 dengan meninggalkan BN hanya enam daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Sebuah lagi kerusi dimenangi sekutunya PKR.

Kejayaan itu dianggap pelbagai pihak ekoran kejayaan mereka mendekati golongan muda dan pengundi luar negeri Cik Siti Wan kembang itu.

"Setelah belajar daripada 2008, strategi ini mungkin digunakan kembali. Sebabnya, pengundi dalam negeri, di kampung-kampung dapat dicula dengan mudah. Siapa memang dan jumlah undinya sudah tahu.

"Tetapi ini tidak boleh dibuat terhadap pengundi yang baru pertama kali mengundi dan pengundi luar daripada Kelantan," kata penasihat eksekutif Ilham pusat tinjauan bebas Ilham Center Hisomuddin Bakar.

Hisomuddin berkata, golongan itu amat penting didekati kerana mewakili kira-kira 30 peratus daripada seluruh pengundi negeri itu.

Katanya, walaupun program sambutan perayaan hanya mampu menambahkan sokongan paling banyak sehingga 5 peratus, tetapi ia penting bagi PAS untuk mengekalkan sokongan sedia ada, sekitar 70 peratus daripada pengundi luar.

Bakal "Perdana Menteri Malaysia" sah bertanding

BUTTERWORTH - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Beliau yang juga Ketua Umum PRR membuat pengesahan tersebut ketika ditanya mengenai calon PKR yang akan dikemukakan oleh parti itu pada pilihanraya umum nanti.

"Tiada sebarang pengesahan siapa akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undang Negeri (Dun) mana, kecuali saya yang sah akan bertanding diPermatang Pauh," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, di PusatKhidmat PKR Guar Perahu di sini hari ini.

Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkang kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding padapilihan raya kecil untuk kerusi tersebut.

Pada pilihan raya kecil itu, Anwar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Arif Shah Omar Shah daripada Umno dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) dengan majoriti 15,671 undi.

20 August 2012

Mana semua orang pergi

Subuh tadi penulis berada di Masjid Sg Rubana, Kota Setia, Perak.

Masjid lengang - jemaah adalah dalam 10 orang.

Imam tak muncul - terpaksalah bilal jamak semua tugas.

Eh mana pergi jutaan umat islam yang pulang kekampung hingga jalan jem dua tiga hari ni?

18 August 2012

Kami akan halang jadi Negara Islam

Mintak tolong sangat si Donald Lim pergi belajar dengan Ng Swee Lim dalam bab-bab Hudud dan Negara Islam di Malaysia ni ... setakat berguru dengan Choy Soi Lek ini lah jadinya.


Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini.

Politik + Hari Raya + Duit Raya + Pilihanraya

Hari Raya Aidilfitri adalah hari perayaan umat Islam seluruh dunia bermula 1 Syawal menurut kalender Islam selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. 
Aidilfitri adalah perayaan terbesar di Malaysia dan Politik + kita dapat lihat sendiri betapa sambutannya begitu meriah apatah lagi ia turut diraikan oleh pelbagai lapisan kaum dan agama di Malaysia sejak dahulu lagi. Kunjung mengunjung, bermaaf-maafan antara satu sama lain dan bersedekah seperti menjadi ritual pada hari mulia ini.
Kotaraya yang lengang kerana penghuninya pulang ke kampung akan kembali sibuk semula seminggu kemudiannya sebab pesta rumah terbuka pula akan bermula di kota ini sehinggalah kadang-kadang terlajak melepasi bulan Syawal. Ini sudah jadi budaya kita.
Anehnya amalan yang digalakkan Islam ketika menjalani ibadah puasa dan berhari raya bertentangan pula dengan kerja-kerja politik di Malaysia. 
Ramadan yang tenang dan menuntut umatnya lebih bersabar dirosakkan dengan agenda fitnah, adu domba serta bermacam-macam bentuk perkara keji lagi. Pada bulan Ramadanlah Rasulullah SAW dan sahabat mengharungi Perang Badar melawan kezaliman tetapi pemerintah di Malaysia telah menahan seorang rakyat Malaysia  (baca: Rafizi Ramli) yang salahnya (salahkah?) membongkar beserta bukti kes penyelewengan bekas seorang menteri wanita dan perniagaan keluarga menteri tersebut. 
Pembohongan berita dan kenyataan berat sebelah masih berleluasa di dalam media arus perdana. Isu air di Selangor terus dimainkan oleh Kerajaan Pusat untuk memburukkan imej kerajaan negeri Selangor selain berita sebelah pihak mengenai Talam Corp dan hutang Unisel yang semuanya seperti menampakkan salah di tangan musuh politik pemerintah. 
Penekanan Islam terhadap berlaku adil dan memberikan keutamaan kepada rakyat ditendang ke dalam bakul sampah demi mempertahankan sebuah kuasa.
Paling teruk lagi rakyat dididik dengan pemahaman politik gula-gula yang cukup menghina fikrah dan maruah apabila bonus, BR1M, hamper dan ang pow dijadikan senjata untuk meraih sokongan kepada mereka. Pemberian itu sedikit sahaja tetapi perlu dipublisitikan untuk kepentingan politik. 
Didikan politik mual ini diterapkan untuk membentuk pemikiran rakyat bahawa rakyat mestilah dalam keadaan “perlu ditolong” dan pertolongan mestilah dalam bentuk hadiah dan sedekah walhal yang digunakan adalah duit rakyat. Inilah "Ajaran Sesat" yang paling menghina dan merendahkan martaban insaniah. 
Rakyat tidak perlu tahu bahawa sebenarnya wang itu puncanya adalah dari hasil kekayaan negara serta dari cukai yang kita bayar sendiri yang memang wajib diagihkan semula oleh mana-mana kerajaan yang memerintah kerana tugas pemerintah adalah menguruskan kekayaan negara dengan baik dan memulangkannya semula kepada rakyat. 
Pemerintah terus mengajar rakyat konsep “Tuan dan Hamba” iaitu kerajaan itu tuan yang wajib ditaati supaya hamba (rakyat) akan terus dapat menikmati labanya. Teruslah rakyat percaya yang peranan ahli politik ini adalah menjaga longkang, sampah dan jalan selain menziarahi kenduri kahwin atau pun membuat rumah terbuka pada hari raya nanti. 
Rakyat yang sudah dididik ajaran sesat ini akan terus menagih "ang pow" selamanya dan bukanlah memikirkan wawasan serta masa hadapan Malaysia yang cemerlang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Umno konsistan menyerang PR dengan 3 isu

Umno konsistan menyerang Pakatan Rakyat dengan 3 isu ini setiap kali menjelang pilihnaraya :-

Serangan tersebut ialah,

1. PAS - Isu Hudud
2. DAP - Peristiwa 13 Mei 1969
3. PKR - Tuduhan tidak bermoral kepada DSAI

Satu dan dua sangat berkait rapat untuk memecahkan undi Melayu, manakala tiga dah tak laku dah - mangsanya tetap individu yang sama

1. Karpal Sigh
2. Lim Kit Siang
3. Bakal Perdana Menteri Malaysia

Penembak upahan terbaru Umno kali ini:-

1. Ust Nasa
2. Ah San
3.  ???

Jom kita bersatu BERSIH dan patahkan serangan mereka

Salam Eidul Fitri Maaf Zahir Batin

17 August 2012

Perlaksanaan Hudud : syarat baru Che Det

Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

“Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.

“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.

“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.

Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.... Sinar Harian

Baca lagi : http://drsitimariah.blogspot.com/2012/08/respon-saya-kpd-komen-di-fmt-ill-not.html

15 August 2012

Habuan simulut jahat

Lumayan - katakan DAP kafir harbi - anda terima ....
baca link : http://blog.limkitsiang.com/2012/08/15/siapa-kafir-harbi/

ha ha ha : nah ini habuan untuk kau kerana mengatakan berdosa besar sokong DAP
sebab DAP Kafir Harbi .... MCA dan Gerakan ??????????
Sementara itu cerita orang dalam gambar dibawah ni hebat juga dalam sehari dua ni ... PAS Pusat kata tengah pantau .... OK sama-sama kita pantau ..


14 August 2012

Kawan baru Najib

Biar gambar yang bercerita

DS Najib & Rosmah tunaikan Umrah

DS Najib mengerjakan umrah bersama isteri dan Dato Jamil Khir dengan dikawal ketat oleh pasukan keselaman berunifom dan berpakaian preman


13 August 2012

Datuk Dr Haron Din menjawab " Fatwa Utusan"

Tidak wujud istilah penggunaan ‘kafir harbi’ selagimana tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar, tegas Datuk Dr Haron Din

Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS ketika dihubungi TVSelangor berkata, polemik itu perlu hentikan segera kerana ia ditakuti boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara.

Ujar beliau definisi kafir harbi itu merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh umat Islam.Beliau juga mengingati agar mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan kenyataan dan melabelkan sesuatu golongan itu agar berhati-hati serta berdasarkan hujah yang kukuh dalam menyampaikan pandangan.

“Kafir harbi ini merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh orang Islam, saya menegaskan istilah kafir harbi ini hanya timbul dengan sendirinya apabila wujud sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar.

“Dalam konteks ini negara ini masih belum lagi memenuhi ciri-ciri sebuah negara Islam, justeru penggunaan istilah kafir harbi dan sebagainya tidak wujud,” katanya

Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik.

Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.

Sebelum ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.

12 August 2012

Ust One G dalam forum bersama non muslim


Sekarang bertempat di markaz PAS Kota Raja Ust Wan Ji bersama YB Dr Siti Mariah, KUU Ust Jefrey, cg Jaafar dll.

Memahamkan Islam kpd non muslim menjadi tanggung jawab semua orang Islam dibumi Allah ini.






Utusan : Akhbar berbaur hasutan dan anti nasional

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menuntut Datuk Seri Najib Razak menjelaskan tindakannya membiarkan Utusan menjalan kempen "haram sokong DAP" selama empat hari berturut-turut.

"Najib wajib memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia sama ada beliau telah meluluskan atau mengesahkan kempen berbisa Utusan yang berbaur hasutan dan antinasional 'haram sokong DAP'," soalnya.

Lim juga mempersoalkan sama ada Najib berani memisahkan diri daripada kempen itu, yang didakwa memperkecil-kecilkan agama Islam dengan menjadikannya sebagai "umpan politik".

11 August 2012

Umno guna "Pelampau Agama"

NONE
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno kini memulakan kempen pelampau agama melalui laporan Utusan Malaysiayang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.


Laporan berkenaan yang memetik pandangan seorang guru pondok antara lainnya menyatakan bahawa DAP  "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."


Namun, Anwar memberitahu satu sidang media hari ini, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud.

"Najib kata selagi jadi PM beliau tak akan laksanakan hukum hudud," katanya sambil menambah, Datuk Seri Mahathir Mohamad juga pernah menulis surat kepada menteri besar Kelantan bagi menyatakan penolakan kepada pelaksanaan hukum hudud.

"Kalau ini pandangan mereka, kenapa DAP saja disebut tak boleh disokong sedangkan kenyataan Umno dan MCA masuk kategori sama," katanya lagi.

09 August 2012

Dari 5% ke 20%

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan kerajaan tidak perlu mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengkaji pemberian royalti minyak, sebaliknya Putrajaya perlu memberikan royalti secara tunai kepada negeri-negeri terlibat berdasarkan peruntukan dalam Akta Petroleum 1974.
Anwar Ibrahim: PR akan agihkan 20 peratus royalti petroleum kepada negeri-negeri berkenaan. — Foto fail
Jelas Anwar, berdasarkan akta berkenaan cukup jelas kerajaan tidak boleh menafikan hak rakyat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak berhubung royalti minyak dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas beliau diharapkan untuk tidak berlengah dan berdalih, sebaliknya menyegerakan pemberian royalti tersebut.
“Pusat juga tidak berhak untuk campurtangan ... langkah PM campurtangan itu tak kena,” kata Ketua Umum PKR itu lagi.
“Pendirian PR jelas, seperti mana Buku Jingga, kita akan agihkan 20 peratus royalti petroleum kepada negeri-negeri berkenaan.”
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, pula menegaskan tindakan Najib mengumumkan membentuk jawatankuasa berkenaan juga bukanlah satu cara yang ikhlas.
“Ini bukanlah cara yang ikhlas,” tegas Husam kepada pemberita. “Mereka beri enam bulan tempoh kajian dan 80 hari untuk kabinet menentukan keputusan.
“Kalau PR kuasai Putrajaya, tempoh bayaran itu boleh dibuat lebih cepat.”
Putrajaya awal Ogos lalu membayangkan untuk memberikan pembayaran secara “adil” untuk royalti minyak bagi negeri-negeri seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu, dalam pertikaian berhubung perkara itu yang berkemungkinan akan dijadikan sebagai isu utama dalam kempen untuk pilihan raya akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam tempoh enam bulan sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan persekutuan.
Malah, Husam turut berpendapat Putrajaya juga tidak seharusnya melengah-lengahkan isu pembayaran royalti tersebut yang menurutnya berdasarkan Akta Petroleum.
Petronas perlu membayarnya dalam bentuk tunai sebanyak dua kali setahun.
“Kami berharap rakyat Kelantan boleh terima PR ...  jawatakuasa yang dipilih perlu meletakkan dua objektif — pertama, kaji negeri pantai timur yang layak terima royalti, dan kedua kajian tentang kaedah pembayaran royalti berkenaan.
“Bagaimanapun, saya rasa objektif kedua itu tidak perlu, akta itu sudah menyatakan ia perlu dibayuar secara tunai,” tambahnya.

07 August 2012

Ready for GE next month

Convinced that the general election will be held this year between next month and November, Pakatan Rakyat today said the coalition was prepared  to face Barisan Nasional's scare tactics during campaigning.

"UMNO-Barisan Nasional will use Merdeka day to restore their image. We are confident that the general election will be held sometime in September or the latest in November. We are prepared with all our plans," said PAS secretary-general Mustafa Ali during a joint press conference with other PR leaders.

Mustafa said PR's secretariat had met earlier today to discuss the polls.

DAP's Youth leader Anthony Loke meanwhile said BN would rehash its "old script" to demonise his party in order to spook Malay voters.

"By doing that, they hope Malay voters would not vote for PAS and PKR," he said.

Loke said UMNO's partner MCA would at the same time continue to vilify PAS among Chinese voters through its campaign of misinformation about hudud.

"To counter such lies, we in Pakatan have formulated a strategy. We hope the people will focus on our agenda for the good of all citizens," he added.

06 August 2012

Mereka gelar saya "menteri lembu"

Bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Makamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjelaskan secara terperinci penghinaan yang dialaminya apabila digelar "menteri lembu" oleh ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Tiada sesiapapun yang patut digelar sedemikian, kata bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu kepada Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera.

Shahrizat memberi keterangan hari ini berhubung saman fitnah RM100 juta yang difailkannya pada 19 Januari lalu.

"Saya rasa saya dizalimkan, dianiaya dan diaibkan dengan tohmahan dan fitnah yang tak berasas," kata Shahrizat.

Katanya lagi, tiada sesiapa yang patut diaibkan sedemikian rupa dan kenyataan itu melampau batas "gurauan politik".

Nyata sekali Zuraida menyedari bahawa gelaran "lembu" itu merupakan kenyataan yang menghina dan bermaksud bodoh dalam percakapan bahasa Melayu, kata Shahrizat.

Shahrizat menjelaskan bahawa kata-kata berkenaan bermaksud untuk memalukannya dan mencemarkan reputasinya sebagai seorang wanita dan melampaui batas, walau dalam arena politik.

Zuraida didakwa mengeluarkan kata-kata demikian semasa persidangan perwakilan PKR pada tahun lalu, kata Shahrizat dalam saman yang difailkan ke atas MP tersebut dan juga pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kerana mengaitkannya dengan isu National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.

Rafizi dan Zuraida masing-masing telah mengemukakan saman balas ke atas bekas menteri terbabit ....malaysiakini

Shahrizat: Saya tidak tahu mengenai projek NFC...

Bekas menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil mengatakan beliau tidak perasan suaminya membida untuk mendapatkan projek untuk menguruskan penternakan lembu negara melalui Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan tidak membantu keluarganya untuk mendapatkan projek tersebut.
“Saya boleh mengesahkan bahawa anak-anak atau suami saya tidak meminta bantuan dalam (mendapat) projek,” Shahrizat memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini ketika memberi keterangan dalam kes saman fitnah beliau terhadap Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin dari PKR dalam skandal NFC.
Shahrizat menambah bahawa keluarganya “lebih mengetahui” daripada mengharapkan bantuan beliau.
“Saya tidak pernah terlibat dalam meluluskan atau menguruskan syarikat,” katanya.
Shahrizat adalah menteri ketika projek tersebut diberikan kepada keluarganya pada tahun 2006. Beliau meletakkan jawatan awal April lalu selepas pertuduhan terhadap keluarganya.

01 August 2012

40 orang NGO yang NGOK

Sekumpulan NGO yang berhimpun di Shah Alam bagi membantah kononnya YB Kota Raja, YB Shah Alam dan ADUN Selat Klang kononnya membuat ucapan politik di masjid dan surau hari ini bolehlah dianggap NGO yang NGOK.

Amat malang bagi NGO Melayu Islam ini kerana menunjukkan kepada umum tentang kejahilan mereka dan hanya menjadi pak turut dan lembu suruhan Umno sahaja.

Minta semua belajar al Syiasah Syariah dulu dengan Ust Fathul Bari.

Bukti mana bukti .... ada video???

Sekumpulan aktivis NGO hari ini berhimpun di Shah Alam bagi menuntut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghalang ucapan politik dibuat di masjid dan surau di negeri itu.

Dalam memorandumnya mereka mendakwa, tindakan itu dilakukan oleh wakil rakyat PAS, iaitu anggota parlimen Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) serta exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali.

"Gelaran Yang Berhormat bukan tiket untuk mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu di surau dan masji," memorandum itu dipetik.

Kumpulan 40 orang itu menegaskan, hanya pihak yang mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor boleh memberikan ucapan di tempat ibadat itu.

Aktivis terlibat daripada Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) serta NGO pro-Melayu PERKASA dan Jalur Tiga (Jati) Selangor.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini