30 September 2012

Kehebatan air mani gajah buat seorang isteri

SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia  dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri.

Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya.

Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun.

Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.

4 comments:

  1. Nak tanya sikit ? Apa blog ni tak ada isu lain ke yang nak diutarakan. Kalau macam ni punya pemikiran blog ahli parlimen, tak payah berangan lah nak laksana agenda Islam yang jauh lebih besar. Lain kali kalau nak tulis apa-apa pun kat blog, carilah isu yang lebih membina minda masyarakat. Kalau isu macam ni, biar blog picisan buat sudah la.

    ReplyDelete
  2. Anon.10:07,
    Klu isu poltik jer jemulah hoi. Biar ada mcm2 topik kan best.

    ReplyDelete
  3. Itulah akibatnya kalau memperjuangkan assabiyah Melayu.

    ReplyDelete
  4. Anony.10:07,
    Salam, Apa tak bolih ke YB hebahkan perkara macam ni. sekurang2nya dapat juga 1 pengetahuan sebagai iktibar pada semua. setuju dgn anony. 11:00

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini