31 March 2013

7 Negeri dan Putrajaya milik Pakatan


Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mengekalkan empat negeri yang ditadbirnya sekarang ini dan merampas tiga negeri lain daripada Barisan Nasional (BN) termasuk Johor.

Beliau berkata,PR juga mampu meraih majoriti mudah dengan menawan tujuh negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, selain mengekalkan kuasa di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, PR akan menawan semula Perak selain merampas Perlis, Negeri Sembilan dan Johor.

"Kita yakin akan menang di tujuh atau lapan negeri pada pilihan raya kali ini.

"Selain itu, kita bakal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dan menawan Putrajaya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

1 comment:

  1. SIAN PD DAIM ZAINUDIN YG DLM KETAKUTAN SALAH TADBIR AKAN DIBONGKAR TELAH MERAMALKAN BN AKAN MENANG. PERAMAL TERSOHOR INI TERPAKSA MENANGGUNG MALU SELEPAS PRU 13 NANTI. APA TIDAKNYA. RAMALAN PERAK AKAN KEKAL DI BAWAH BN TELAH MENJADI BAHAN KETAWA RAKYAT.

    PRU 13 : RAKYAT VS BN

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini