05 March 2013

Insiden di Lahad Datu tidak jejas pru13

Insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina di Sabah tidak merencat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) negara ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata persiapan bagi pilihan raya umum setakat ini berjalan lancar dan pihaknya meletak sepenuh keyakinan kepada pihak berkuasa keselamatan bagi menyelesaikan perkara itu.  

"Bagi SPR, persiapan menghadapi PRU-13 berjalan lancar tanpa mengira apa-apa senario. Itu urusan keselamatan negara yang sedang ditangani dengan serius oleh pasukan keselamatan kita.

Kita yakin ini akan selesai dan insya-Allah, PRU-13 akan berjalan seperti kita rancangkan," katanya dalam satu temu bual denganBernama semalam.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini