08 March 2013

Konspirasi

Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak  bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi.

Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

2 comments:

  1. Dalam keadaan PRU 13 hampir tiba, kita perlu berhati hati dengan pengakuan tetiba ini, di takuti ini ada lah satu perangkap, ada NIAT di sebalik nya.. Waspada lah dengan musuh dalam selimut..Allah Hu Robbi. Kita tidak pasti siapa di belakang mereka ini.. kekadang ini taktik propaganda dan konspirasi. Satu persatu terbongkar..tapi Dato Sri Najib masih lagi tidak puas hati tidak membubarkan parlimen. Mereka sangat LICIK dan penuh MUSLIHAT. WASPADA DAN HATI HATI...

    ReplyDelete
  2. Masihkah kita semua ingat sandiwara Yeop Pasior di Perak tak lama dulu sehingga sedikit sebanyak menjadikan DS Nizar seolah dipermainkan? Kepada pemimpin dan pendokong PR, berwaspadalah dengan tipu helah dan strategi pihak lawan kita yang disokong oleh pakar strategi Israel dalam menentang arus kebangkitan rakyat dan kebangkitan Islam pastinya. Percayalah bahawa UMNO-BN tidak lah terlalu takut dan bimbang kepada kekuatan PKR dan DAP berbanding ketakutan dan kebimbangan mereka kepada PAS kerana hanya PAS sahaja yang membawa agenda Islam. Sebab itu lah saban waktu mereka berusaha melemahkan PR (baca sebenarnya melemahkan PAS) dengan cuba memecahbelahkan PR. Kenapa UMNO-BN hanya beria-ia mengajak PAS bersatu? Kenapa tidak diajak PKR? Kenapa tidak diajak DAP? Jawapan mudahnya kerana mereka sebenarnya ingin melemahkan pengaruh dan kekuatan PAS yang kini disokong kuat oleh PKR dan DAP. Mereka tidak mahu Islam kuat. Mereka tidak mahu Islam berkuasa.

    Justeru, berhati-hatilah sekelian pemimpin dan pendokong PR dengan segala bentuk ancaman dan dugaan terutamanya menjelang PRU13 yang semakin hampir ini. Berhati-hatilah dalam menerima tetamu dan istiqamah dalam menentang musuh.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini