30 November 2009

Alamak : Busuk nya UMNO

Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

MP Kota Raja bahas Kem. Kemajuan Luar Bandar

MP PAS Kota Raja – YB Dr Siti Mariah bt Mahmud

26 November 2009

Perjuangan ini Menuntut PENGORBANAN


Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh kepimpinan PAS, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, ahli-ahli dan pendokong PAS dan Pakatan Rakyat, serta seluruh rakyat pencinta keadilan dan kesejahteraan di bumi Malaysia.

Bersama Pertahankan Pakatan Rakyat. Perjuangan ini Menuntut PENGORBANAN.

Selami maksud yang tersirat di sebalik Ibadah Qurban, semoga tetaqwaan kita bertambah dan lebih dekat dengan Nya.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas daripada

YB Dr Siti Mariah binti Mahmud
Ahli Parlimen Kota Raja

En Azmi bin Jusoh
Pegawai Khas Ahli Parlimen

En Mohd Razif bin Maslan
Pegawai Sekretariat

En Syed Abdul Malek bin Syed Mustafa
Pegawai Sekretariat

En Azman bin Mohd Mah Husin
Pegawai Sekretariat

Tuan Hj Nordin bin Ismail
Pegawai Sekretariat

Sediakan duit, sebarkan fitnah

Ayuh siapa yang banyak duit, serta mudah mendapatkan duit, marilah berlumba-lumba mengeluarkan berita PALSU & FITNAH dan sebarkan melalui akhbar, T V dan sebagainya.

Surat khabar anda, TV anda, website dan blog anda akan jadi terkenal. Anda bukan saja terkenal sebagai pemfitnah, tetapi anda juga adalah diantara orang yang tidak takut kepada tindakan undang-undang manusia tetapi anda juga akan diiktiraf sebagai orang yang berani lawan Tuhan.

Anda memanglah seorang yang hebat kerana anda memiliki segala-gala sifat ini dan tak ramai pula bagi orang yang takut lawan Tuhan untuk melakukannya.

Orang seberani anda juga harus bersedia, jika anda bekerja dengan syarikat akhbar atau TV is OK.

AWAS, jika anda disaman oleh orang yang anda fitnah, nilai saman nya kini bernilai jutaan ringgit.

NST diheret ke mahkamah selepas akhbar itu menyiarkan rencana pada 2 Mac 2002, mendakwa Anwar kononnya menyorokkan RM3 billion di akaun-akaun bank luar negara.

Manakala Mahkamah Tinggi telah memerintahkan New Straits Times Press (NSTP) membayar RM100,000 kepada Anwar Ibrahim kerana memfintah mantan timabalan perdana menteri itu.

NSTP juga diarah membayar RM20,000 bagi menampung kos mahkamah dan tambahan faedah 8 peratus selagi pampasan itu tidak dibayar.

Itu pun dah kira nasib baik, tuan tahu berapa saman asal DSAI kepada NST, ianya berjumlah RM100 juta, wow!!!!!

Terbaru Datuk Husam Musa juga akan menyaman Mingguan Malaysia kerana menyiarkan berita yang beliau anggap fitnah dengan menyatakan beliau akan letak jawatan.

Bagusnya dah ramai pemimpin pembangkang yang mendapat manafaat dari tindakan menyaman ini dan mereka mendapat wang banyak.

Bagi TV3 suku, NST dan Utusan mereka tak kisah samanlah mereka kerana mereka akan tetap mengeluarkan berita fitnah lagi selepas ini kerana orang yang menerbitkan berita ini serta wartawan nya akan naik pangkat kerana keberanian dan kehebatan mereka melonjakkan jualan akhbar mereka.

Tapi bagi orang seperti RPK susahlah BANYAK .............

25 November 2009

Jangan layan propaganda UBN ~ Nizar

Bukit Lanchong, Parlimen Kota Raja 24 Nov: Ahli PAS perlu memperkuatkan PAS serta Pakatan Rakyat dan bukan melayan propaganda UMNO/BN dengan persoalan kenapa PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO yang nampak keIslamannya tetapi boleh bersama DAP yang nampak seperti menentang Islam, ujar YB Dato Seri Nizar Jamalludin, Menteri Besar Perak yang sah.

Berucap di ceramah anjuran PAS Cawangan Bukit Lanchong di sini malam tadi, beliau menyatakan bahawa UMNOlah yang telah banyak mengkhianati Islam selama 52 tahun memerintah, dan di Perak, ujar beliau lagi, bangsa lain terlalu memandang serong terhadap agama Islam dan kaum Melayu kerana UMNO/BN telah menerapkan semangat perkauman selama memerintah negeri tersebut.

Selepas PRU 12 yang lalu apabila Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Perak, barulah kaum lain terutama bangsa Cina dan India mula melihat perkara sebenar dan mula mengakui tidak lagi takut terhadap Islam, ujar beliau lagi.

Ketika PR menerajui kerajaan Perak, UMNO/BN sentiasa menyerang untuk menumbangkan kerajaan yang sah kerana majoriti yang ada hanya 3 sahaja.


Serangan terus menerus di lakukan seperti sabotaj yang di lakukan oleh pegawai kerajaan terutamanya setiausaha kerajaan negeri, mencari salahlaku rasuah ADUN PR sehinggalah menawarkan jutaan ringgit untuk melompat parti.

Beliau mengajak para hadirin semua memikirkan bagaimana ADUN DAP yang bukan Islam itu tetap teguh pendirian walaupun di tawarkan sehingga RM 20 juta jika melompat parti.


Oleh itu, bagi beliau, tiada alasan untuk PAS mengkhianati amanah yang di berikan oleh semua kaum bagi menerajui negeri Perak bersama DAP dan PKR yang sehingga kini semakin teguh walaupun banyak cabaran yang di tempuh.


Bercakap mengenai peristiwa persidangan Dewan Negeri yang lepas, beliau menegaskan bahawa Adun Pakatan Rakyat telah di zalimi oleh BN dengan menjadi kan Polis sebagai kuda tunggangan mereka.


Polis telah menghalang ADUN PR dari pada memasuki Dewan persidangan bermula di luar sehingga kepintu Dewan. Ketika melalui tempat letak kereta untuk ke Lobi lif 2, ADUN PR telah di serang oleh anggota Polis yang tujuannya hanya satu iaitu hendak merampas jubah speaker yang di pakai oleh YB Speaker Sah Sivakumar.


Dan ketika di pintu masuk dewan, kekejaman itu berterusan apabila alat kemaluan YB Nga Kor Ming telah di rentap oleh seorang anggota Polis yang bernama Khairul.


Walau pun ketua Polis Perak ada membuat kenyataan bahawa Polis tidak mengkasari ADUN Pakatan Rakyat tetapi gambar YB Speaker Sah Sivakumar sedang di cekik oleh anggota Polis telah di siarkan oleh salah satu akhbar Cina Edisi Petang. Sila klik di sini untuk melihat kekejaman tersebut.


Oleh itu, dengan pengkhianatan yang dibuat oleh UMNO/BN selama ini, beliau mengingatkan semua bahawa sekarang ini adalah masanya untuk memperkuatkan PAS dan PR dan jangan mempersoalkan tentang kenapa PAS boleh berbuat baik dgn DAP tetapi tidak dengan UMNO.

Ceramah tersebut turut menampilkan YB Dr Siti Mariah Mahmud, ahli Parlimen Kota Raja, Sdr Norhalim Sirome, TYDP Kota Raja dan Cikgu Ahmad Idzam Ahmad,Pengerusi Anak Perak di Perantauan. _Izha

24 November 2009

Siapa pulak nak letak jawatan ni?

Utusan Meloya melapurkan ...... Pas Selangor tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana pemimpin sayap parti itu seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Beliau berkata, Pas Selangor berada dalam keadaan kukuh dari peringkat bawahan sehingga peringkat kepimpinan tanpa sebarang masalah termasuk hal berkaitan pengurusan serta aktiviti yang dirancang.

"Kita tidak ada masalah, malah saya boleh katakan Pas sekarang berada dalam keadaan yang sangat kukuh berbanding sebelum ini. Semua aktiviti kita berjalan seperti biasa tanpa satupun yang tertangguh mahupun ditangguhkan,” katanya.

Candit sekitar ceramah anjuran LPD Kota Raja

YB Dr Siti Mariah sedang menyampaikan ceramah, dibelakang beliau ialah YDP dan Ketua LPD Kota Raja.
Berita berkaitan ucapan YB Dr Zul : Suasana politik keseluruhannya adalah hasil gelaga...

Kiri kekanan : Azman Mohd Mah Husin, Sekretariat Parlimen Kota Raja, Tn Hj Hakim Kari Setiausaha PAS Kawasan Kota Raja ( Nak infak kan diri untuk parti, banyak kerja nak dibuat nih : contact +603-0192630592), Tentera Merah, Ir. Imran Satiman (Timb. DPPKR, AJK LPNKR nak jadi Pemuda ber UNIT AMAL contact : +603-0123872046)

Tahniah LPD Kota Raja pimpinan Tn Mutalib dengan dibantu oleh Tn Syed Abd Malek, Tn Ekhsan, Tn Majid dan semua yang menjayakan program diatas.

Program Penerangan berikutnya ialah pada 5-12-2009 di Taman Setia Klang.

NOTA : Jangan lupa dapatkan kupon Infak RM10 untuk Majlis Makan Malam bersama Tuan Guru Dato Presiden PAS pada 6-12-2009 di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Klang .... Hubungi Cawangan masing-masing.

Malaysia tak minat mencegah rasuah

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa), 19 November 2009

- MP PAS Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Luar Negeri) di Dewan Rakyat pada 19 November 2009.

23 November 2009

Utusan Meloya serang TGNA/PAS : Harakah buat apa?



Bermula semalam dengan berita PALSU Utusan Meloya menyatakan Datuk Husam Musa akan letak jawatan, hari ini mereka terus menyerang TGNA untuk semua pemberitaannya.

Mereka menyerang nampaknya.

Berbeza dengan Harakah yang dilihat seakan telah hilang taringnya kebelakangan ini. Ramai pembaca mula mengeluh kerana Harakah tak beri modal dan bola tanggung untuk menghentam dan menyerang UBN bagi memulakan hujjah walau pun di kedai kopi.

"Mujur ada bloggers pro pembangkang" komen seorang rakan.

Berita berkaitan yang ditulis Utusan Meloya hari ini.

Nik Aziz tidak akan terima
KOTA BHARU 22 Nov. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menerima peletakan jawatan Datuk Husam Musa sekiranya Exco kanan kerajaan negeri itu benar-benar berhasrat mahu berbuat demikian.

ALOR SETAR 22 Nov. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membincangkan hasrat Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang dikatakan mahu melepaskan kesemua jawatannya di dalam parti dan kerajaan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kunjungannya ke Kelantan Khamis ini.

KOTA BHARU 22 Nov. - Kemelut yang melanda Pas Kelantan bukan sahaja memberi kesan kepada parti itu tetapi rakyat negeri ini turut menerima tempias akibat pentadbiran yang semakin kucar-kacir.

TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

SEGAMAT 22 Nov. – Pas dibelenggu amalan ‘pilih kasih’ apabila hanya individu yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin atasan diberi keistimewaan untuk menerajui jawatan penting.

Ni berita Harakah hari ini:-

Jangan gantung kes Perak secara tidak bertali
Harakahdaily

IPOH, 23 Nov: PAS Perak mendesak supaya kes semakan keputusan SPR yang difailkan oleh Speaker Dun Perak, V Sivakumar yang digantung tidak bertali dan masih belum dibicarakan mestilah diputuskan segera.

Ganti Speaker: Dr Abdul Isa bukan sembrono
BASHIR ISHAK dan MOHD SHUBIHI MUHAMAD ZAIN

ALOR SETAR, 23 Nov - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baru-baru ini dikejutkan dengan teguran daripada dua orang Adun Pembangkang yang mempersoalkan kewajaran Speaker DUN, Datuk Dr Abdul Isa Ismail membenarkan Yahya Abdullah (PAS-Jeneri) menggantikan tempatnya sementara beliau keluar menunaikan solat Asar.

Tragedi Bukit Antarabangsa: Ubah status rahsia untuk kepentingan ramai
Harakahdaily

SHAH ALAM, 23 Nov: Kerajaan negeri Selangor terpaksa menarik balik cadangannya membuka membuka laporan tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa kerana ia telah diklasifikasikan rahsia oleh Jamaah Menterii, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mahkamah tolak permohonan tangguh pilihan raya di Kota Siputeh
Harakahdaily

PUTRAJAYA, 23 Nov: Mahkamah Tinggi mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh, Kedah.


22 November 2009

Dr Pornthip mengadu diekori

Bedah siasat kedua keatas mayat Setiausaha Politik Exco Selangor yang maut dibawah pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bermula jam 1 tengahari tadi.

Bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh, dan bermula sejurus selepas pakar patologis terbabit mengambil imbasan X-Ray dan CT keatas tinggalan mendiang.

Bedah siasat kali ini dikelolakan oleh ketua patologis di Hospital Sungai Buloh Dr shahidan Mr Noor dan dibantu oleh Dr K Saravanan.

Kerajaan negeri Selangor diwakili oleh pakar patologis antarabangsa Dr Pornthip Rojanasunand manakala SPRM diwakili oleh Prof. Dr Peter Vanezis dari United Kingdom.

Patologis dari pembedahan pertama Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar turut menyertai bedah saisat ini.

Mayat Teoh Beng Hock disemadikan di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih, dan selamat digali semula tengahari semalam untuk dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Bercakap kepada wartawan awal pagi tadi, peguam keluarga mangsa, Gobind Singh Deo mengumumkan pihak keluarga mahu bedah siasat dilakukan dengan lebih teliti, dan demikian itu bedah siasat hari ini dijangka mengambil masa 3 hingga 5 jam.

"Perbincangan bermula sekitar jam 10 pagi hingga 11 pagi. Sekitar jam 11 pagi pihak hospital memulakan prosedur mengambil imbasan x-ray dan CT. Kami jangka bedah siasat bermula sekitar jam 12 tengahari," kata Gobind di Kafeteria Hospital Sungai Buloh.

“Kita mahu keadaaan mereka tidak ditekan dengan satu had masa jadi kita beritahu masa bukan satu isu selagi mereka sedia bekerjasama supaya bedah siasat ini dijalankan secara rapi untuk tentukan semua aspek yang ditimbulkan dapat diselesaikan dalam bedah siasat ini,” katanya.

Pihak keluarga mangsa memohon mahkamah supaya mayat Teoh Beng Hock digali semula dan dibedah siasat bagi merungkai misteri kematian mendiang.

Permohonan ini dibuat dengan penemuan terbaru Dr Pornthip Rojanasunand yang mendakwa ada 80 peratus kemungkinan mangsa dibunuh.

Penemuan ini diumumkan berdasarkan kepada kecederaan yang ditemui sekitar leher, dubur dan tengkorak mendiang.

“Kehadiran Dr Porntip untuk melihat bedah siasat yang akan tertumpu pada isu yang dibangkitkan pada inkues terdahulu. pada hari ini bedah siasat dijalankan oleh Dr Shahidan, kalau ada tempat atau pekara yang beliau ingin penjelasan beliau boleh minta penjelasan dan penelitian mendalam dibahagian tersebut untuk dapat keputusan pasti,”katanya.

Dr Pornthip mengadu diekori beberapa kenderaan sejak dua hari lalu sehingga ke hotel penginapannya dan Nirvana Memorial Park semalam.

"Semalam beliau mengadu diekori. Polis bertindak pantas dan kami hargai kerjasama ini. Sesiapa yang mengekorinya sila tampil, beritahu dari mana dan mahu apa dari Pronthip. Jangan jadi pengecut," kata Gobind.

Gobind Singh Deo menggesa individu-individu misteri yang mengekori Dr Pornthip supaya tampil ke hadapan.

SPRM, Selamat Hari Raya Qurban

Untungnya menjadi lembu korban BN (klik sini). Takde sapa nak pi suruh siasat samada terdapat elemen rasuah ataupun tidak, berbanding dengan 46 ekor lembu korban PR Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang terpaksa menjalani ujian DNA bagi menentukan tahap rasuahnya.

Musim hujan ni cuaca pun sejuk, jadi GERAK pun malas nak keluar rumah/pejabat atau nak buat kecoh-kecoh, maka roh lembu-lembu korban BN ni akan aman tenteram selepas dikorbankan kelak.Kalau kesemua 46 ekor lembu PR bernilai kira-kira RM110,000, maka tentulah jumlah kesemua 427 ekor lembu BN adalah RM1,021,087.00.Itu belum campuq dengan harga 3 ekoq unta lagi tu.Baiknya hati Najib sekali korban cecah juta-juta beb!

21 November 2009

Lagi Pandangan pergi haji dengan wang hadiah

oleh : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

SOALAN

Apa pandangan ustaz berkenaan seseorang pergi haji dengan wang hadiah orang lain, saya rasa ustaz faham isu ini berkait dengan kenyataan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang membatalkan hasrat menunaikan haji pada tahun ini (2009) akibat pertikaian dan tuduhan rasuah. Tapi beliau masih bersedia menerima tajaan dari mana-mana pihak tahun hadapan.

JAWAPAN

Hukum asal bagi menunaikan haji dengan wang hadiah adalah HARUS tanpa sebarang khilaf. Walaupun seseorang digalakkan untuk menggunakan wang sendiri bagi menunaikan haji bagi memperolehi maksud haji yang menagih pengorbanan tenaga dari tubuh badan, minda dan wang.

Namun demikian, adalah tidak salah sama sekali sesiapa yang mampu untuk menghadiahkan sebahgain dari kurniaan kekayaannya bagi menaja sesiapa sahaja khsuusnya bagi mereka yang belum menunaikan haji untuk melunaskan rukun Islam yang kelima itu. Demikian juga diharuskan untuk menaja mana-mana alim ulama atau sesiapa juga bagi tujuan yang sama.Lebih digalakkan jika sekiranay yang taja BELUM PERNAH menunaikan Haji.

Namun begitu, hukum asal akan berubah mengikut keadaan dan situasi. Persoalan niat adalah persoalan yang sukar dijadikan sandaran dalam hal ini kerana ia adalah urusan hati yang tersembunyi, diketahui secara tepat hanya oleh Allah swt.

Justeru, jika ada mana-mana ilmuan yang menjawab dalam persoalan ini bahawa semuanya bergantung kepada niat. Sudah tentu begitu di sisi Allah, namun pandang sisi manusia juga perlukan penjelasan yang lebih mendalam sebagai satu panduan.

Menyatakan hukum dengan menyandarkan ia kepada niat semata-mata tidak akan menyelesaikan kekeliruan, malah dibimbangi akan disilap fahami oleh orang awam sehingga menyalahgunakan hujjah tersebut dalam tindakan yang terangan bersalahan dengan displin Islam, seperti berdua-duaan (berdating) di tempat sunyi kemudian mendakwa niat mereka baik dan sebagainya.

APA RASUAH ?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, perlu difahami erti rasuah menurut istilah yang diterima pakai oleh perundangan Islam adalah :-

ما يُعطى لإبطال حق أو لإحقاق باطل

Ertinya : Apa-apa yang diberikan untuk membatalkan sesuatu yang benar dan membenar yang batil (melayakkan yang batil) ( Syarh as-Sunnah, Al-Baghawi, 10/88)

Namun demikian, takrif Rasuah menurut perundangan di Malaysia pula adalah lebih pelbagai dan boleh dibaca dari tulisan saya yang lalu di SINI .

JADI APA PANDUAN HUKUM DALAM HAL INI?

Bagi memahami perubahan hukum dalam hal ini, beberapa dalil dan situasi terpilih berikut boleh dijadikan rujukan.

  • 1) Hadiah buat seseorang berpangkat

من استعملناه على عمل فرزقناه رِزْقًا، فما أخذ بَعْدُ فهو غلولُ

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

  • 2) Sebuah Hadis :

استعمل النبي صلى الله عليه وسلم رجلاً من الأزد يُقال له ابن اللتبية على الصدقة، فلما قدم قال: هذا لكم وهذا أهدي لي، قال: فهلا جلس في بيت أبيه أو بيت أمه، فينظر أيُهدى له أم لا.... ثم قال: "اللهم هل بلغت ثلاثًا"

Ertinya : Nabi bersabda kepada seorang gabenornya bernama Ibn Lutbiah yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :

"Ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda

" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)

"Ya Tuhanku, adakah telah aku sampaikan (kepada umatku akan hal ini) sebanyak tiga kali..(Al-Bukhari, no 2597 & Muslim no 1832)

3) Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin.

Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:

"Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh," Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al Muwattha':1450].

4) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :

"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].

BAGAIMANA KES MENTERI BESAR KELANTAN?

Bagi kes yang melihatkan Menteri Besar Kelantan, seorang tokoh agama yang dihormati lagi dikasihi oleh kebanyakan rakyat Kelantan dan usahawannya. Jika dilihat dari sudut rasuah menurut istilah Syariah, kemungkinan besar tajaan ini tidak berkait dengan ciri utama rasuah menurut Islam.

Berkaitan isu WANG KHIANAT pada pandangan Islam pula, ia juga mungkin TIDAK JATUH kepada beliau, jika benar-benar semua hadiah yang diberikan itu tidak bersangkut paut dengan jawatannya tetapi hanya kerana dirinya adalah seorang ulama.

PENGECUALIAN sebegini memang wujud dari teks-teks fatwa silam sebagaimana berikut

يجوز لولاة الأمور والعُمَّال قبول الهدية ممن كان يهدي إليهم قبل توليتهم مناصبهم، كهدية من قريب أو صديق بشرط أن لا تزيد قيمة هذه الهدية عما كان يُهْدى إليهم قبل تولي مناصبهم ولا تكون لها أيَّة علاقة بأعمالهم.

Ertinya : Harus hukumnya bagi seseorang pemerintah dan pegawai (pentadbir) menerima hadiah dari pemberian hadiah itu bermula semenjak sebelum ia memegang jawatannya, seperti hadiah hubungan kerabat atau rakan, namun ia dengan syarat NILAI HADIAH YANG DIBERI (SELEPAS NAIK JAWATAN) ADALAH SAMA dengan sebelum naik jawatan, serta MESTILAH HADIAH TERSEBUT TIDAK MEMPUNYAI ikatan dan kaitan sama sekali dengan jawatannya ( kuasanya) [1]

Imam AN-Nawawi pula menegaskan :-

وقد بين صلى الله عليه وسلم في نفس الحديث السبب في تحريم الهدية عليه وأنها بسبب الولاية، بخلاف الهدية لغير العامل، فإنها مستحبة،

Ertinya : Nabi s.a.w telah menjelaskan dalam hadis yang sama (di atas) bahawa sebab pengharaman terima hadiah sebegitu adalah disebabkan oleh JAWATANNYA, berbeza dengan hadiah yang diberikan kepada bukan pegawai yang mana ianya adalah digalakkan. ( Syarah Sohih Muslim, 6/462 )

WALAUPUN BEGITU

Kesimpulannya, dalam kes Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nikmat, saya dan ramai lagi yakin bahawa ia tiada unsur rasuah mahupun wang khianat. Ini kerana saya yakin, walaupun beliau tidak memegang jawatan Menteri Besar dan duduk di rumah sahaja sekalipun, masih ramai yang berlumba-lumba untuk memberikannya hadiah tajaan Haji dan lain-lain disebabkan kelebihaan ilmu dan amalan yang terzahir pada diri beliau dan bukan pada JAWATANNYA, sehinggakan seliparnya juga dicuri kerana ‘berkat'. [2]

Namun demikian, kita tidak boleh memandang hanya kepada mereka yang bersangka baik sahaja. Apa yang perlu diteliti kini, semua menyedari bahawa beliau bukan semata-mata seorang tokoh agama, namun juga adalah tokoh politik dan ketua eksekutif pentadbiran bagi sebuah negeri.

Justeru, atas dasar tersebut, menurut penilaian sederhana saya, adalah LEBIH WAJAR untuk beliau menolak sebarang tawaran hadiah haji sedemikian selagi mana beliau masih memegang jawatan Menteri Besar. Pandangan saya ini berdasarkan banyak aspek dan sandaran, sebahagiannya adalah seperti berikut :-

1) Mengelak tohmah dan sangka buruk yang memudaratkan.

Sekiranya kita menyusuri perbahasan hukum-hukum Fiqh di dalam kitab-kitab utama yang silam, akan didapati bagaimana beberapa amalan yang HARUS pada hukum asalnya menjadi HARAM atau ditegah akibat daaripada wujudnya unsur ‘tohmah' dan ‘kebolehan membawa sangkaan buruk' . Cukuplah kita ambil satu contoh dalam bab ini :

Imam Al-Kasani ketika membicarakan persoalan adab seorang qadhi (adab al-Qadha) menghurai :

ومنها : أن لا يقبل الهدية من أحدهما ، إلا إذا كان لا يلحقه به تهمة .

Ertinya : Sebahagian darinya (adab seorang qadhi) : Adalah tidak menerima hadiah dari salah seorang darinya (dua pihak yang sedang dibicarakan) kecuali jika ia tidak membawa kepada sebarang tohmahan (tuduhan buruk). (Bada'i As-Sona'ie, 7/10)

Walaupun teks di atas bukan dalam konteks menteri besar atau pemerintah, namun maqasidnya jelas, ia berkait dengan mereka yang memegang kuasa. PEMEGANG KUASA MESTILAH DIYAKINI DAN DILIHAT BERSIH OLEH ORANG-ORANG YANG BERGANTUNG DI BAWAHNYA, jika dia seorang hakim atau qadhi seperti dalam teks di atas, dia mestilah diyakini TIDAK BERAT SEBELAH oleh kedua-dua pihak di dalam mahkamahnya.

Jika dia pemerintah, hal yang sama juga terpakai, IAITU DIA MESTI DIYAKINI BERSIH DAN MAMPU MEMBERIKAN KEADILAN KEPADA RAKYAT BERDASARKAN KELAYAKAN DAN BUKAN ATAS PENGARUH-PENGARUH SAMPINGAN SEPERTI KERABAT, HADIAH YANG DIBERI DAN SEBAGAINYA.

Justeru, dalam hal Menteri besar Kelantan, umumnya mungkin yakin dengan peribadi beliau dalam menjaga keadilan. Namun perlu diingat bahawa di bawah bidang kuasa seorang Menteri Besar, terdapat pelbagai pegawai, pelbagai jenis kuasa untuk menentu dan memutuskan keputusan khsuusnya melibatkan penganugerahan jawatan dan kontrak. Sebahagian besarnya memerlukan kepada nasihat dan rundingan pegawai-pegawai ini terlebih dahulu sebelum dilulus oleh Menteri Besar. Maka sejauh mana pula, orang ramai boleh yakin kepada pegawai-pegawai ini sebegaimana keyakinan mereka kepada Menteri Besarnya.?

Saya kira, ramai orang di bawah beliau tidak mampu menyamai krebiliti, ketahanan sehebat beliau dan keyakinan ramai kepada pegawainya juga tidak seperti keyakinan kepada Menteri Besar Kelantan.

Tatakala itu, orang ramai akan menggandaikan si pemberi hadiah akan dikenali oleh para pegawai beliau, yang sebahagiannya turut mempunyai kuasa tertentu, KEADAAN INI TIDAK DINAFIKAN AKAN MEMBAWA TOHMAHAN DAN SANGKA BURUK RAMAI.

Ia boleh membawa sangkaan ramai, BAHAWA PEMBERI HADIAH TAJAAN HAJI INI MENDAPAT LEBIH KEISTIMEWAAN BERBANDING YANG TIDAK MEMBERI HADIAH, Paling kurang, ia menjadikan syarikatnya LEBIH DIKENANG DAN DIINGATI OLEH PARA PEGAWAI. Hasilnya, mungkin lebih mudah untuk memperolehi tawaran kontrak tertentu.

Saya tidak menuduh, saya cuma menyedarkan bahawa ruang sangkaan dan tohmahan itu sangat boleh untuk terbuka. Atas asas itu, saya berpandangan AMAT WAJARLAH Menteri Besar Kelantan untuk MEMBATALKAN MENUNAIKAN HAJI TAHUN INI DENGAN BERBEKALKAN WANG DAN PAKEJ TAJAAN. Namun beliau tentunya MASIH boleh pergi dengan wangnya sendiri tanpa perlu membatalkan terus.

Selain itu, saya juga berpandangan tajaan haji atau umrah di tahun-tahun akan mendatang juga wajar ditolak. Berikanlah sumbangan itu kepada alim ulama lain yang tidak berjawatan rasmi atau pembuat keputusan yang melibatkan wang dan kontrak, yang tidak mendatangkan tohmah dan fitnah dan sangka buruk. KECUALI jika ia dilakukan secara tertutup, ia terpulang kepada semua yang terlibat untuk menjaga displin hukum.

Nabi s.a.w bukan sahaja melarang umatnya bersangka buruk, namun kita juga diajar oleh baginda nabi s.a.w untuk CUBA SEDAYA UPAYA MENGELAKKAN diri dari membuak ruang yang boleh menyebabkan diri kita disangka buruk. Itulah konsep sad az-Zara'i. (penutupan pintu-pintu yang boleh membawa kepada haram oleh diri dan kepada diri).

2) Menolak kemudaratan adalah didahulukan berbanding mendapatkan kebaikan

Ia jelas dari kaedah Fiqh yang cukup terkenal. Benar, menunaikan haji membawa kebaikan kepada penderma dan yang menerima, namun jika ia sehingga menyebabkan nama baik kerajaan pimpinannya rosak akibat dari itu. Wajarlah ia dijauhi. Tidak kiralah mudarat itu akibat sangka buruk, fitnah atau dusta, namun ia tetapi membawa mudarat yang jelas. Lihatlah sekeliling dan media yang sedang mencipta sesuatu buruk dan mudarat dalam isu ini.

3) Maslahat umum didahulukan ke atas maslahat individu (atau yang lebih kecil)

Benar, menerima tajaan hadiah haji itu adalah sebuah kebajikan dan pahala buat dipenderma, pahala dan ganjaran juga bagi yang menerima. Namun jika ia jelas boleh membawa mudarat seperti tuduhan rasuah yang sehingga boleh memudaratkan kemaslahatan yang lebih ramai, bukankah ia lebih baik dijauhi. Si pemberi masih boleh menderma kepada ilmuan lain bagi mendapatkan pahala yang diinginya.

AKHIRNYA

Kesimpulan jawapan saya kepada persoalan yang dikemukakan, SAYA AMAT BERSETUJU untuk Menteri Besar Kelantan menolak tajaan hadiah bagi mengerjakan Haji pada tahun ini, namun beliau masih boleh pergi dengan wangnya sendiri tanpa perlu membatalkan terus.

Saya juga merasakan, TIDAK WAJAR untuk beliau menerima sebarang tajaan haji di tahun-tahun hadapan selagi beliau masih memegang jawatan Menteri Besar atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.

Sekdar itulah pendapat saya secara ringkasnya, ia bukan penentuan hukum, ia hanyalah sebuah pandangan dan nasihat yang boleh diterima atau ditolak oleh sesiapa sahaja. Perlu disedari juga, pandangan dan jawapan kepada soalan di atas bukan sahaja terpakai kepada Menteri Besar Kelantan ketika ini, namun bagi semua penjawat awam, swasta dan ahli politik dari mana-mana jua parti politik.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

19 November 2009

Program semasa PAS



Mengenang Peristiwa Mamali : 19 Nov 1985

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'.

Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China.

Peristiwa berlaku di Kampung Memali yang terletak di mukim Siong, Baling, Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah menoreh getah dan bersawah padi.

Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya pada tahun 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali.

Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga seorang perempuan tua yang bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya.

Walaubagaimanapun, tayangan video berkenaan dikatakan telah disunting oleh pihak berkuasa untuk menampakkan kumpulan yang diserang sebagai pengganas.

Video berkenaan turut menayangkan pengakuan daripada bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya, Ismail Mahmud dan orang kanannya, Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka ketika itu masih berada di dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mereka membuat pengakuan salah serta mendedahkan beberapa perancangan kumpulan mereka. Mereka turut menyatakan kesal di atas penglibatan mereka di dalam kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan menyeru rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka.

Bagaimanapun selepas dibebaskan, ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ceramah ke seluruh Malaysia di atas pentas PAS, mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah dipaksa membuat pengakuan berkenaan.

Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.

Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.

Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali,mukim Siong, Baling, Kedah.

Lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian menyambung pengajiannya di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Beliau kerap berceramah di RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya.

Pada tahun 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. Beliau memperoleh 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.

18 November 2009

Barisan Nasional & "Kepimpinan Kuku Besi"

Dr. Wee Ka Siong Ketua Pemuda MCAkesal atas pelucutan jawatannya dalam Majlis Presiden MCA hari ini dan mengibaratkannya seperti lagu popular Indonesia “Madu dan Racun”.

"Setiap kali diadakan mesyuarat pasti ada orang disingkir, saya tak tahulah. Ini dah jadi macam lagu Indonesia... racun di tangan kananmu, madu di tangan kirimu, aku tak tahu yang mana engkau akan beri padaku,” katanya.

Ketua Wanita yang menangis teresak-esak dalam TV tadi, Datin Paduka Chew Mei Fun turut dilucutkan daripada majlis itu Kedua-dua Wee dan Chew adalah penyokong Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan antara 16 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) parti yang mengaturkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 28 Nov. bertujuan mendapat sokongan mengadakan pemilihan semula parti.

"Saya menganggap ini satu perkara yang tidak pernah berlaku dalam sejarah MCA dan ini menggambarkan dictatorship (kepimpinan kuku besi) presiden yang hanya berminat untuk memilih orang yang mempunyai pandangan sama,” kata Wee.

Berita mana satu yang betul?

2 jam yang lalu Kickdefella kata

Berakhir Sebuah Episod

Kejap tadi

Berita Palsu Sedang Tersebar… klik sini

Posted by: pinkturtle2 on November 18, 2009

Mana satu yang sahih ni.

Jumpa Hassan Ali, dia boleh tolong.

Tak ada Tauliah dari JAIS.

Cubalah jumpa dan mintak tolong Dato Hassan Ali, Exco Agama dan Timbalan Pengerusi MAIS tu.

Masa road show awal bulan lalu ketika ditanya beliau kata kalau tak dapat tauliah atau ada masaalah nak dapatkan tauliah jumpa dia, Insa Allah dia akan tolong. Habis apa ditunggu lagi, jumpalah dia. Ramai yang dengar DHA cakap perkara ini, adalah dalam lingkungan 300 orang perwakilan dari Kota Raja, Shah Alam, Klang dan Kapar. Ini soal kecik aje.

Khalid Samad kan jenis orang professioanal. Apa ada masaalah. Malam tu pun dah salam-salam, kira dah settle lah tu.

En Jamil, jangan segan-segan jumpa saja dia .... lepas jumpa dia kalau tak dapa,t lu fikirlah sendiri apa nak buat. Tandatangan ramai-ramai tu yang elok nya tunjuk kan aje kat DHA masa jumpa dia. Adalah kerja yang dia kena buat lepas tu. Pengarah JAIS kan report kat dia. Tau lah dia settlekan HAL KECIK AJE NI.

Berita berkaitan :



Kira-kira 500 ahli kariah di Shah Alam membantah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang tidak memberikan tauliah mengajar agama kepada ahli parlimen kawasan tersebut Khalid Samad.

Bantahan tersebut disuarakan melalui kempen kutipan tandatangan yang digerakkan seorang pegawai khas Khalid sejak seminggu lalu.

Mohd Jamil Abd Rahim, yang juga ahli kariah di Bukit Subang dekat Shah Alam berkata, tandatangan tersebut dijangka diserahkan kepada Jais dalam masa terdekat bersama satu memorandum bantahan.

"Sekarang kita tidak serahkan lagi sebab masih ada (tandatangan) yang masih belum dikutip," katanya hari ini.

Beliau, dengan beberapa anak kariah yang mewakili lebih 20 masjid dan surau di kawasan parlimen itu, dijadual mengadakan sidang akhbar di Shah Alam petang ini bagi mendesak Jais mengeluarkan tauliah kepada Khalid.

"Sebagai orang yang dipimpin, kami juga mahu memberikan pandangan. Kami turun dan lihat sendiri. Kami tanya ahli-ahli agama.

"Cara Khalid mengajar agama itu mudah difahami. Apabila mengajar ibadat, misalnya, beliau memberikan contoh-contoh yang senang,"jelas Mohd Jamil.

"Kita bukan hendak bermusuh dengan pihak Jais. Tetapi persoalannya kenapa tidak diberikan tauliah kepada Khalid? Adakah beliau betul-betul tidak layak?

"Berikanlah hitam putih, jangan beri bermacam-macam alasan seperti tapisan keselamatan."

Hassan Ali : 52 tahun Umno perintah 1 Tahfiz saja di Selangor

Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Melayu, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mendakwa UMNO hanya menubuhkan sebuah Tahfiz sepanjang 52 tahun pemerintahannya.

“Sepanjang 52 tahun pemerintahannya itu, UMNO hanya membina sebuah Tahfiz di Jugra dengan mempunyai 50 pelajar sahaja.

“Bayangkan selama 52 tahun hanya satu Tahfiz manakala pelajarnya pula seramai 50 orang sahaja,” katanya.

Doa kan kejayaan 465,853 calun SPM

Sejumlah 465,853 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai hari ini, dengan 23,864 petugas disediakan untuk mengendalikan peperiksaan itu sehingga 16 Dis ini.

Daripada jumlah itu, calon kementerian adalah seramai 406,420 orang, calon persendirian (32,561), calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera (7,071), Sekolah Agama Negeri 8,765 manakala Sekolah Agama Rakyat dan sekolah swasta 11,036 orang.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan SPM di Putrajaya, berikutan musim tengkujuh kini, semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pengetua sekolah di minta mengikut garis panduan Operasi Payung semasa peperiksaan SPM berlangsung.

Sekolah-sekolah yang berisiko tinggi menghadapi banjir perlu menyediakan bilik peperiksaan alternatif yang lebih selamat termasuk mengenal pasti calon yang mungkin diancam banjir bagi memudahkan sebarang bentuk bantuan seperti tempat tinggal, makanan dan keperluan asas dapat disalur atau disediakan dengan segera.

17 November 2009

Laman Web Pejabat Kerajaan Negeri Selangor bertaraf 5 bintang

Hanya tujuh laman web atau 0.65 peratus daripada 1,192 portal dan laman web kendalian kementerian serta agensi kerajaan yang disenaraikan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) memperoleh penilaian lima bintang, kata ketua setiausaha negara.

Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata maklumat daripada laporan 'Penilaian Laman Web dan Portal Kerajaan Malaysia 2009' itu ternyata amat mengecewakan kerana ia jelas menggambarkan angka laman web yang mendapat kualiti tinggi adalah sangat kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan.

"Semua ketua jabatan perlu melakukan sesuatu bagi memulihkan imej mereka dan mendapatkan semula keyakinan rakyat.

"Saya harap hasil laporan MDEC ini diambil serius oleh mereka yang berkenaan dan saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa arahan memandangkan mereka ini bukannya golongan tidak cerdik, jadi sepatutnya mereka faham sendiri tentang tanggungjawab mereka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar 'Perubahan 1Pengurusan Perkhidmatan Kerajaan Dalam Talian: Amalan Utama Untuk Berubah" di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata laman web yang mendapat pengiktirafan lima bintang itu ialah laman web kendalian Kementerian Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pejabat Kerajaan Negeri Selangor dan portal myGovernment.

"Hasil laporan itu juga sebenarnya satu cabaran kepada mereka jika tujuh laman web ini boleh mendapat penilaian lima bintang, jadi kenapa selebihnya tidak boleh mendapatkan pengiktirafan sama," katanya.

Mohd Sidek berharap agar kementerian dan agensi yang belum mencapai tahap membanggakan diminta untuk mencari jalan bagi menambah baik kandungan laman web kendalian mereka.

Beliau berkata antara kriteria diambilkira oleh MDEC untuk mendapat pengiktirafan itu ialah keupayaan laman web itu diakses oleh pengguna, menyediakan capaian dalam dwibahasa untuk memudahkan pengguna berurusan dan selalu dikemaskini.

"Usaha penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan yang berfokuskan pelanggan bukan saja perlu bermatlamatkan yang terbaik saja, tapi perlu manfaatkan teknologi serta dilaksanakan secara inovatif.

"Transformasi dalam perkhidmatan awam perlu dilaksanakan seberapa segera dan teratur memandangkan sektor awam adalah sektor kritikal dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan boleh mencapai sasaran ditetapkan,” katanya. BERNAMA

16 November 2009

Macam wakil UMNO

Tindakan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya SPR Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar untuk membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi supaya Dewan Undangan Negeri Kota Siputih dikosongkan memperlihatkan tindakannya seperti budak suruhan UMNO.

Yang peliknya dia yang sibuk buat statement, manakala ADUN Umno yang hilang kerusi tu tak cerita pun nak buat rayuan. Dalam TV tadi dia kata dia OK, lagi pun dia bukannya nak jadi ADUN tersebut, buktinya dah 2 kali beliau tak datang ketika Dewan Bersidang tanpa memaklumkan kepada speaker.

Dengan kemenangan yang berpihak kepada UBN dalam PRU yang lalu, pertempuran kali ini dikira agak seimbang kerana calon UBN hanya menang >400 undi majoriti sahaja mengalahkan calun PAS/PR.

Walau bagaimana pun semua kena bersabar dulu bagi melihat perkembangan selanjutnya drama ini.

DS Nizar pernah dapat jawatan MB besar Perak tak sampai sehari sebelum kehilangan kuasa kerana ada tangan-tangan ghaib.

SABAR dan kita tunggu episod seterusnya berhubung nasihat Peguam Negara kepada SPR dan tindakan yang bakal mereka ambil selepas ini.

Moga-moga apa juga keputusannya akan berpihak kepada kita.

15 November 2009

Noh Omar yang sombong & takbur


Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor menempelak gaji RM1 yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sebagai nilai sebenar DSAI.

Nak bagi tahu kat Noh Omar, jangan sombong dan takbur sangat bila membuat kenyataan tentang nilai gaji yang diterima oleh DSAI. Semua maklum bahawa berapa pun jumlah gaji yang diberi kepada DSAI pasti pembangkang Selangor akan pertikaikan. Jadi jumlah itu memadailah untuk insan hebat tidak bernafsukan harta dunia ini.

Nak ingatkan satu lagi jangan lupa orang yang bernilai RM1 ini lah diantara pemimpin selain pimpinan tertinggi PAS dan DAP yang telah mengepalai tsunami kebangkitan rakyat menolak Umno/BN dalam PRU 12 yang lalu sehingga UBN Selangor jatuh tersungkur berserta 4 negeri yang lain.

Berita berkaitan :

1. Jangan Usik Selangor Atau Kami Serang Habis-habisan (biaqpila)
2. Anwar isytihar perang pertahan S'gor (malaysiakini)

14 November 2009

Takziah

Seluruh kepimpinan PAS Kota Raja termasuk YB Dr Siti Mariah dan YDP Cikgu Jaafar Shamsuddin mengucapkan Takziah kepada Sdr Azman Mah Hussin, Pegawai Sekretariat Parlimen Kota Raja telah kehilangan insan tersayang iaitu nenek beliau yang telah kembali kerahmatullah jam 8.45 mlm semalam.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan hari ini.

Kira-kira jam 12 malam tadi YB Dr Siti Mariah dan hampir semua saf kepimpinan Kota Raja telah meluangkan masa menziarahi rumah jenazah dan bersama-sama mensedekahkan bacaan tahlil dan doa yang dipimpin oleh YDP sendiri.

12 November 2009

Harakahdaily.net yang memeningkan

oleh : Limau Kasturi

Kepala pening dan berdengung memikirkan halatuju harakah

Apa pasal harakahdaily siar cerita 'terbaik dari blog' tulisan che det Ahli Sunnah Wal Jamaah

Siap persoalkan lagi motif tangkapan Dr Asri oleh JAIS dan pelbagai lagi.

Nak bagi tahu harakah jangan nak jadi lurus bendul sangat, Perdana Menteri Najib dan bekas PM ni menyibuk nak ulas hal penangkapan Dr Asri tu serta mempersoalkannya hanya semata-mata kerana benda tu berlaku di Negeri Selangor, negeri Pakatan Rakyat.

Kalau benda tu berlaku kat Pahang ke, Negeri Sembilan ke, Melaka ke habuk apah pun mereka takkan cakap, akan senyap begitu aje lah.

Cuba ingat balik zaman orang tangkap penceramah tanpa tauliah ni baru sekarang ke? Kan ke che det pelopornya. Sekarang apa dia tulis dalam blog nya, Harakah pulak jadi penyambung nya. Aduh sakitnya hati.

Dah lupa ke kisah Che Det hina janggut Nabi dan ulamak-ulamak dizaman pemerintahannya?

Fikirlah sendiri harakah oii.

10 November 2009

Lapuran The Star & Agenda Daily : Youth Chief Ahmad Sayuti Quits Posts In PAS ....TIPU

KENYATAAN MEDIA KETUA DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM, BERHUBUNG PERLETAKAN JAWATAN
1. Saya merujuk kepada dua laporan media pagi ini;
2. Pertamanya ingin saya tegaskan pihak Barisan Nasional sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan apa jua tindakan demi merosakkan kestabilan Pakatan Rakyat (PR), khususnya di Selangor. Perkara ini amat dirasai dengan kesungguhan UMNO khusunya menimbulkan pelbagai masalah terutamanya di Parlimen Shah Alam yang menjadi ibu negeri Selangor.
3. UMNO cuba menggangu-gugat pentadbiran parti dan kerajaan dengan pelbagai usaha bermula dengan isu hiburan, pengekatan penjualan arak yang diluluskan secara bersama oleh barisan Ahli Majlis MBSA, isu perarakan kepala lembu, isu penghinaan dan ancaman terhadap wakil rakyat, permit khutbah dan lain-lain.
4. Selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam (DPPSA), saya memandang semua perkara yang dilakukan ini adalah untuk merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, seterusnya menunjukkam sikap sebenar mereka yang masih berada dalam keadaan penafian (state of denial) terhadap kebencian rakyat yang bertambah terhadap Barisan Nisoanal pada masa ini.
5. Laporan media yang saya rujuk hari ini menunjukkan satu lagi memanipulasi berita yang dikuasai oleh Barisan Nasional yang jelas cuba memberikan gambaran palsu terhadap apa yang berlaku, antaranya;
5.1. Perlepasan semua jawatan saya di peringkat Pemuda PAS Pusat dan Pemuda PAS Selangor adalah disebabkan tekanan yang diterima berhubung rakaman ucapan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali yang sedang dikaji oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat.
Saya ingin tegaskan kenyataan tersebut adalah fitnah dan berniat buruk. Ingin saya nyatakan hingga kini tiada apa pertanyaan atau sebarang tekanan diterima berhubung rakaman. Saya yakin Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat masih dalam siasatan berkenaan rakaman tersebut, dan akan menghubungi saya jika memerlukan maklumat lanjut berkenaan rakaman yang dimaksudkan.
5.2. Kekesalan terhadap tindakan melakukan rakaman dan penggunaan media untuk melaporkannya.
Ingin saya nyatakan rakaman dan serahan bahan tersebut kepada pimpinan PAS dibuat dengan penuh tanggungjawab dan beramanah untuk melihat PAS lebih berjaya di dalam gabungan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor, tanpa sesekali timbul isu kesal. Ingin saya tegaskan tidak langsung wujudnya elemen penyebaran maklumat tersebut kepada mana-mana media, melainkan ianya hanyalah untuk perhatian pimpinan tertinggi PAS Pusat sahaja.
6. Sebagai Ketua DPPSA, saya menyokong penuh keputusan Mesyuarat Khas PAS Pusat pada 28 Oktober 2009 lalu untuk menyerahkan isu berkaitan PAS Selangor dan tindakan Pesuruhjayanya kepada keputusan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat. Saya berharap siasatan dilakukan dengan segera dan terperinci terhadap semua bahan bukti yang telah dikemukakan oleh mana-mana pihak kepada Jawatankuasa Tatatertib, dan tindakan tegas hendaklah dikenakan kepada mana-mana individu yang terlibat di dalam menimbulkan polemik tersebut.
7. Saya ingin menegaskan perletakan jawatan saya di peringkat negeri dan pusat sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Selangor, Ketua Lajnah Politik Pemuda PAS Selangor, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor dan Setiauasaha Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat langsung tiada kena mengena dengan apa jua krisis dalaman parti yang sedang ditangani sekarang.
8. Seperti ketegasan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan, keperluan utama perletakan jawatan saya hanyalah kerana tawaran pengajian di luar negara yang diterima oleh isteri saya dan saya turut mengambil keputusan untuk turut mendapatkan tawaran pengajian di negara yang sama selama menemani beliau.
9. Jawatan saya sebagai Ketua Pemuda DPPSA pula akan dipangku oleh Timbalan saya selama ketiadaan saya di dalam negara.
10. Saya berharap kenyataan ini akan memberikan gambaran sebenar terhadap DPPSA dan PAS Kawasan Shah Alam (PKSA) yang menggesa setiap Ahli Parti mendukung penuh keputusan Muktamar PAS baru-baru ini untuk berusaha memperkukuhkan parti dan kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat dan menghindarkan segala bentuk polemik yang boleh merosakkan pencapaian tersebut.
11. Saya juga menggesa agar pihak media bersikap amanah dan beretika di dalam melaporkan apa jua berita, tanpa terperangkap di dalam permainan politik Barisan Nasional.
Sekian. Terima Kasih.
Ahmad Sayuti Bin Bashiron
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
10 November 2009 / 22 ZulQaedah 1430H

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini