25 November 2009

Jangan layan propaganda UBN ~ Nizar

Bukit Lanchong, Parlimen Kota Raja 24 Nov: Ahli PAS perlu memperkuatkan PAS serta Pakatan Rakyat dan bukan melayan propaganda UMNO/BN dengan persoalan kenapa PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO yang nampak keIslamannya tetapi boleh bersama DAP yang nampak seperti menentang Islam, ujar YB Dato Seri Nizar Jamalludin, Menteri Besar Perak yang sah.

Berucap di ceramah anjuran PAS Cawangan Bukit Lanchong di sini malam tadi, beliau menyatakan bahawa UMNOlah yang telah banyak mengkhianati Islam selama 52 tahun memerintah, dan di Perak, ujar beliau lagi, bangsa lain terlalu memandang serong terhadap agama Islam dan kaum Melayu kerana UMNO/BN telah menerapkan semangat perkauman selama memerintah negeri tersebut.

Selepas PRU 12 yang lalu apabila Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Perak, barulah kaum lain terutama bangsa Cina dan India mula melihat perkara sebenar dan mula mengakui tidak lagi takut terhadap Islam, ujar beliau lagi.

Ketika PR menerajui kerajaan Perak, UMNO/BN sentiasa menyerang untuk menumbangkan kerajaan yang sah kerana majoriti yang ada hanya 3 sahaja.


Serangan terus menerus di lakukan seperti sabotaj yang di lakukan oleh pegawai kerajaan terutamanya setiausaha kerajaan negeri, mencari salahlaku rasuah ADUN PR sehinggalah menawarkan jutaan ringgit untuk melompat parti.

Beliau mengajak para hadirin semua memikirkan bagaimana ADUN DAP yang bukan Islam itu tetap teguh pendirian walaupun di tawarkan sehingga RM 20 juta jika melompat parti.


Oleh itu, bagi beliau, tiada alasan untuk PAS mengkhianati amanah yang di berikan oleh semua kaum bagi menerajui negeri Perak bersama DAP dan PKR yang sehingga kini semakin teguh walaupun banyak cabaran yang di tempuh.


Bercakap mengenai peristiwa persidangan Dewan Negeri yang lepas, beliau menegaskan bahawa Adun Pakatan Rakyat telah di zalimi oleh BN dengan menjadi kan Polis sebagai kuda tunggangan mereka.


Polis telah menghalang ADUN PR dari pada memasuki Dewan persidangan bermula di luar sehingga kepintu Dewan. Ketika melalui tempat letak kereta untuk ke Lobi lif 2, ADUN PR telah di serang oleh anggota Polis yang tujuannya hanya satu iaitu hendak merampas jubah speaker yang di pakai oleh YB Speaker Sah Sivakumar.


Dan ketika di pintu masuk dewan, kekejaman itu berterusan apabila alat kemaluan YB Nga Kor Ming telah di rentap oleh seorang anggota Polis yang bernama Khairul.


Walau pun ketua Polis Perak ada membuat kenyataan bahawa Polis tidak mengkasari ADUN Pakatan Rakyat tetapi gambar YB Speaker Sah Sivakumar sedang di cekik oleh anggota Polis telah di siarkan oleh salah satu akhbar Cina Edisi Petang. Sila klik di sini untuk melihat kekejaman tersebut.


Oleh itu, dengan pengkhianatan yang dibuat oleh UMNO/BN selama ini, beliau mengingatkan semua bahawa sekarang ini adalah masanya untuk memperkuatkan PAS dan PR dan jangan mempersoalkan tentang kenapa PAS boleh berbuat baik dgn DAP tetapi tidak dengan UMNO.

Ceramah tersebut turut menampilkan YB Dr Siti Mariah Mahmud, ahli Parlimen Kota Raja, Sdr Norhalim Sirome, TYDP Kota Raja dan Cikgu Ahmad Idzam Ahmad,Pengerusi Anak Perak di Perantauan. _Izha

1 comment:

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini