Sejumlah 465,853 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai hari ini, dengan 23,864 petugas disediakan untuk mengendalikan peperiksaan itu sehingga 16 Dis ini.
Daripada jumlah itu, calon kementerian adalah seramai 406,420 orang, calon persendirian (32,561), calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera (7,071), Sekolah Agama Negeri 8,765 manakala Sekolah Agama Rakyat dan sekolah swasta 11,036 orang.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan SPM di Putrajaya, berikutan musim tengkujuh kini, semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pengetua sekolah di minta mengikut garis panduan Operasi Payung semasa peperiksaan SPM berlangsung.
Sekolah-sekolah yang berisiko tinggi menghadapi banjir perlu menyediakan bilik peperiksaan alternatif yang lebih selamat termasuk mengenal pasti calon yang mungkin diancam banjir bagi memudahkan sebarang bentuk bantuan seperti tempat tinggal, makanan dan keperluan asas dapat disalur atau disediakan dengan segera.
No comments:
Post a Comment