16 March 2010

Ku Li Negarawan Tulin Membetulkan Fakta

YB Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah (Gua Musang) yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen yang berani berdiri dipersada politik tanah air bagi memperbetulkan fakta yang diselewengkan oleh YAB Perdana Menteri khususnya dalam perkara pembayaran royalti petroleum keatas negeri Kelantan dan negeri-negeri lain. Alasan murahan yang dijaja keserata negara ialah isu 3 batu nautika yang jelas bertentangan dengan Petroleum Development Act (PDA) 1974.

Hari ini YB Salahuddin [ Kubang kerian ] mengemukakan usul 18 (1) mengenai isu Royalti untuk dibahaskan. Teks penuh usul adalah seperti berikut:

10 Mac 2010 / 24 Rabiul’ Awal 1431

Kepada ;
YB Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia
Yang DiPertua Dewan Rakyat,
Parlimen Malaysia,
Kuala Lumpur.
YB Tan Sri,
 
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18 (1) BAGI MEMBINCANGKAN PERKARA TERTENTU, BERKEPENTINGAN RAMAI DAN PERLU DISEGERAKAN

Saya Haji Salahuddin Bin Haji Ayub (Kubang Kerian) mohon mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini hendaklah ditangguhkan bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan hak negeri Kelantan dan negeri-negeri lain  dalam Malaysia untuk mendapatkan royalti petroleum yang dinafikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Tuan Yang DiPertua,

Sewajarnya Dewan Yang Mulia ini merakamkan penghargaan yang setingginya kepada YB Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah (Gua Musang) yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen yang berani berdiri dipersada politik tanah air bagi memperbetulkan fakta yang diselewengkan oleh YAB Perdana Menteri  khususnya dalam perkara pembayaran royalti petroleum keatas negeri Kelantan dan negeri-negeri lain. Alasan murahan yang dijaja keserata negara ialah isu 3 batu nautika yang jelas bertentangan dengan Petroleum Development Act (PDA) 1974.

Menjadi tanggungjawab saya mewakili rakyat negara ini untuk membawa usul ini kerana terlalu banyak fakta yang diselewengkan mahupun disembunyikan termasuk penemuan beberapa telaga minyak dikawasan bertindih sempadan Kelantan dan Terengganu iaitu sekitar (Commercial Arrangment Area PM313).

YB Mulia Gua Musang paling berautoriti untuk memperjelaskan PDA. PDA dan kesemua 13 perjanjian dengan Negeri-negeri dan 13 Geran Penyerahan Hak menggunakan istilah “bayaran tunai” dan demikian juga istilah-istilah yang digunakan dalam PDA adalah “di daratan (On-Shore)” dan “luar pantai (Off-Shore)” untuk maksud petroluem yang dihasilkan samada di daratan atau di luar pantai. Yang penting sekali adalah tiada dinyatakan sama sekali di dalam PDA, 13 Perjanjian dengan negeri-negeri  mahupun Hak tentang sekatan setiap Negeri untuk menerima bayaran tunai dari Pertonas bagi pengeluaran petroleum di luar pantainya berdasarkan kepada jarak dari pantainya sebagaimana hujah murahan YAB Perdana Menteri.

Cuba perhatikan bagi Sabah dan Sarawak (telaga minyaknya semua di luar pantai) sebelum berkuatkuasanya PDA 1974 asas perundangan bayaran royaltinya dibuat oleh undang-undang yang digubal oleh kolonial Inggeris. Setelah wujud PDA dan pembentukan Petronas, Sabah dan Sarawak dibayar royalti petroleum sejak Oktober 1974 berasaskan PDA, 2 Perjanjian dan 2 Geran Penyerah Hak. Kedua-dua negeri tersebut berada dalam kedudukan yang sama dengan Kelantan,Terengganu dan 9 negeri yang lain dalam Malaysia.

Saya mohon sekali lagi agar Dewan Yang Mulia ini diberikan ruang untuk membincangkan perkara sepenting ini. Tentunya Estoppel mengikat integriti Petronas sebagai syarikat minyak multi-nasional setanding Exxon dan Shell. Satu penghormatan kepada Pertonas yang telah menandatanagani perjanjian dengan Kelantan dan 12 Negeri-negeri yang lain. Petronas jangan menodai perjanjian ini hanya kerana angkara dendam kesumat Barisan Nasional yang tak kunjung padam.

Saya yang mencadangkan,

Yang benar

SALAHUDDIN AYUB

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini