10 March 2010

Mari kita berdebat

BARU sekejap tadi saya dengar ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menawarkan untuk berdebat dengan Zulkefli Nordin berhubung isu kalimah Allah menerusi berita Astro Awani. Kata Khalid wakil rakyat berkenaan tidak payah buat report polis mengenainya berhubung kalimah Allah tetapi elok berdebat.

Beliau bersedia berdebat bila-bila masa dan di mana-mana saja. Saya pun rasa elok kalau ada mana-mana NGO atau individu menguruskan agenda ini. Kalau wakil rakyat Kulim - Bandar Baru yang tampil di tv dengan berbagai jenis dan warna kopiah dan terbaru songkok itu sanggup rasanya baik juga diadakan. (Songkok itu mungkin pesaka sesama beliau dalam pemuda Umno dulu).

Kata Khalid kalau wakil rakyat itu ada hujah tidak perlu takut. Bila berhujah barulah dapat diketahui apakah persoalan itu kerana fakta, ilmu atau emosi.

Molek benar rasanya untuk menyelesaikan isu ini wakil rakyat berkenaan sambut pelawan Khalid itu. Dan kalau tidak ada pihak nak jadi penganjur saya rasa Siasah bersedia untuk menganjurkan debat berkenaan. Sebelum ini pun Siasah dah cuba mendapat persetujuan kedua pihak untuk anjurkan debat.

Khalid sudah memberi jawaban kesediaannya, tetapi wakil rakyat Kedah itu tidak pernah jawab telefon bila dihubungi wakil Siasah. Kalau dia memang pejuang Islam tulen dan iklhas dalam menegakkan kalimah Allah sambutlah pelawaan Khalid itu seberapa segera yang boleh. Kalau jumlah penonton memberangsakan mungkin boleh juga dijual tikit untuk perbelanjaan atau saguhati buat wakil rakyat berkenaan.

msomelayu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini