29 March 2010

"Modal Besar"

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mempunyai ‘modal besar’ untuk mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor, antaranya prestasi Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang baik.

Pengarah Strategik PKR dan juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, prestasi Kerajaan Selangor membanggakan jika dibandingkan pentadbiran 50 tahun Barisan Nasional Selangor.

Menurutnya, pilihan raya pertama di Selangor merupakan ujian getir kerajaan PR Selangor kerana ia mampu menjadi batu pengukur sejauh mana kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan PR.

“Kita bukan sahaja mempunyai ‘modal’ yang besar untuk dipertaruhkan tetapi banyak isu yang melibatkan BN yang akan digunakan dalam kempen kali ini.

“PR tidak kisah siapa yang bertanding di pihak lawan, kerana kami yakin akan dapat mempertahankan kerusi tersebut,” katanya

2 comments:

  1. salam,
    jgn confident sgt nti membawa rebah.


    yg benar
    ahmad jais idris

    ReplyDelete
  2. Ana setuju dengan Ahmad Jais, buktikan dgn gerak kerja bukan cakap

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini