30 July 2010

Akal sengkek

Ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu Mat Kopiah yang punya akal sengkek berkata Pendaftar Pertubuhan perlu membatalkan pendaftaran DAP kerana didakwa "cauvinis, rasis, ala-komunis, anti-Melayu dan anti-Islam" dalam isu diskaun bumiputera bagi pemilikan hartanah melebihi RM500,000.00 di Selangor.

Mantan PM dan Presiden UmNo Tun Mahathir pun kata UmNo "rasis" dan "busuk sampai keusus".... Hang dulu pun masa dalam PAS dan PKR pusing keliling kata UmNo "Anti Islam"

Ni yang aku tak bekenan, awat hang tak cadangkan UmNo lah yang patut diharamkan dulu.

28 July 2010

Anwar dikagumi

KOTA BHARU, 28 Julai: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang yang tegas mempertahankan prinsip perjuangan.

Katanya, ketegasan itu sama seperti pernah ditunjukkan Nabi Muhammad saw semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pembesar Quraisy.

“Kerana ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah maka Nabi saw sanggup meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Baginda tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pembesar Quraisy.

“Anwar seorang yang mendokong prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ketua Pembangkang tersebut dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar hari ini menyebut kerjasama Umno dan PAS tidak akan menjadi realiti meski pun tanpa kehadiran Menteri Besar Kelantan.

Anwar dipetik sebagai berkata, Umno merasakan sekiranya mereka boleh tawan Nik Aziz, mereka boleh tawan PAS.

Mursyidul Am itu merakam ucapan tahniah sepenuh hati kepada Anwar di atas ketegasan beliau dalam perjuangan.

Menurutnya ketegasan itu merupakan sifat istiqomah yang ada pada pemimpin memperjuangkan kebenaran dan hak hakiki.

“Istiqomah bukanlah suatu nilai kedegilan, tetapi suatu kebenaran yang dituntut oleh agama.

"Prinsip mempertahankan kebenaran secara istiqomah sudah pasti akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

27 July 2010

Fasik jika kutuk melampau Mufti Harussani

“Dari segi syarak, barang siapa menggelar seseorang dengan panggilan yang tidak disukai oleh individu terbabit, maka mereka termasuk dalam kalangan golongan fasik dan mendapat dosa,”

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sebuah laman blog yang bertindak keterlaluan mengecam beliau dengan kata-kata kesat seperti ‘Haramsani’ dan ‘Haramjadah’.

“Segala-galanya terserah kepada individu terbabit kerana say:a sedikitpun tidak ‘tercedera’ dengan gelaran sedemikian.

:“Dalam al-Quran telah termaktub bahawa memaki, menghina dan mengeji adalah perbuatan yang mendatangkan dosa. Oleh itu, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap penulis blog berkenaan, biarlah mereka diadili oleh Allah SWT,” katanya

25 July 2010

Kajian terbaru "Makmal Pemuda BN"

Sebagai penggerak dan jentera parti jangan remehkan setiap kajian yang dilakukan oleh sesiapa yang berminat dan bekemampuan untuk melakukannya. Mungkin ketepatan hasil kajian tidak mencapai seratus persen, tetapi kadangkala ia boleh melebihi angka 70% tepat.

Bagi orang yang bersifat nagetif dan tidak bergerak bersama parti dalam membentuk sebuah pasukan yang dipanggil jentera parti mereka selalunya meremehkan hasil kajian-kajian seperti ini dengan memberikan pelbagai alasan ketidaktepatan analisa yang dibuat berdasar persepsi mereka. dan golongan respondan yang terbabit. Si pemalas akan menolak mana-mana keputusan yang tidak menyebelahinya.

Jika UBN menggunakan kajian ini untuk meneutralize kan pengundi muda yang non-partisan ini dipihak kita juga mesti melakukan sesuatu yang boleh menarik minat mereka.

Terdapat pimpinan pemuda yang terlalu hebat yang tak mahu turun pangkat, atau menukar cara untuk mendampingi pemuda-pemuda ini. Mereka  begitu angkuh bahawa mereka yang terbaik yang mesti dijadikan idola oleh masyarakat muda ini.

Secara reality, saya tidak nampak pemuda yang extream, lasak dan agak liar dapat ditarik menyertai gerombolan  kita walau pun untuk jangka masa yang tertentu, tetapi Pemuda UmNo mampu melakukannya. Kita tewas dalam bab ini dan kita menyarankan satu transformasi mesti dilakukan oleh pemuda supaya tidak terus gagal bersaing memikat pengundi muda ini.

Seramai tujuh juta pengundi muda akan menjadi faktor penentu dalam keputusan kemenangan calon BN atau parti pembangkang pada Pilihanraya umum akan datang.

Bagaimanapun, kajian terbaru oleh Makmal Pemuda BN telah memberi wawasan tentang pemikiran golongan pengundi muda dengan kebanyakan mereka mengambil pendirian 'non-partisan' (tidak memihak) berhubung politik negara.

Berikutan majoriti golongan belia bukan penyokong mana-mana parti, kajian itu mendapati tiga daripada lima pengundi muda atau 62 peratus daripada mereka masih 'duduk atas pagar' mengenai parti pilihan mereka.

Hasil kajian ke atas kira-kira 1,000 responden dari seluruh negara itu serta cadangan dasar telah disampaikan oleh Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas.

Kajian itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik khas selama dua bulan mulai Mac lalu itu adalah bagi membantu parti pemerintah menggubal dasar bersesuaian dengan keperluan generasi muda di negara ini.

Hasil laporan itu akan diumumkan kepada awam pada satu mesyuarat bersama Perdana Menteri dijadual pada 20 Ogos ini.

Kebimbangan utama yang disuarakan oleh responden adalah berkaitan dengan pekerjaan, pendidikan, peningkatan kos hidup dan pengangkutan awam.

"Golongan belia ini akan mengundi mana-mana calon yang mereka fikir adalah lebih baik pada pilihan raya umum akan datang," menurut hasil kajian itu.

Hasil kajian itu adalah serangkai dengan arah aliran politik semasa yang ditonjolkan oleh pelbagai pemerhati dan penganalisis politik termasuk pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

"Pengundi muda kini lebih berpandangan terbuka dan membina dan mereka tidak menilai sesuatu isu berdasarkan ideologi politik. Sokongan mereka mudah berubah atau bertindak kepada situasi pada bila-bila masa," kata Abu Hassan.


Menurutnya generasi muda tidak lagi berpegang kepada kata-kata atau janji ahli politik tetapi sebaliknya menilai bagaimana parti-parti berkenaan menangani pelbagai isu.

Bagi Khaw Veon Szu, pengarah Institut Pembangunan Sosioekonomi dan Penyelidikan (SEDAR), iaitu kumpulan pemikir Parti Gerakan, pula, beliau percaya kebanyakan belia di negara ini masih cenderung kepada pembangkang, walaupun perangkaan 60 peratus pengundi belia 'atas pagar' seperti dilaporkan oleh Makmal Pemuda BN.
"Saya percaya pengundi muda 'atas pagar' sebenarnya pada kadar 30 peratus dan saya tidak kata ia akan mencecah sehingga 60 peratus," katanya.

"Pengundi sentiasa berubah secara bulanan tetapi ia hanya sekadar mana tahap perubahan itu.

"Konsensus secara umum bagi golongan muda dan ligat itu pada amnya mereka memihak pembangkang," katanya.

Khaw berkata pembangkang mempunyai sedikit 'simpanan tetap' dalam masyarakat Cina dan ini dijelaskan mengapa mereka begitu gigih mendaftar pengundi baru dan muda kerana mereka menganggap golongan itu adalah tambahan kepada 'simpanan tetap' mereka.

Bagi memenangi hati pengundi muda, katanya, BN tidak mempunyai masa tetapi sebaliknya perlu mempunyai rancangan drastik bagi mengejar usaha pembangkang mendaftar pengundi baru.

Salah satu sektor yang boleh membawa impak segera dan berkesan yang boleh meninggalkan kesan mendalam dalam minda dan hati pengundi muda adalah rombakan dasar pendidikan.

Bagaimanapun, sebilangan pemerhati politik dan ahli parti berpendapat bahawa apa yang BN perlu sekarang ialah penyelesaian kepada masalah yang dibangkitkan oleh golongan ini dan bukan satu lagi kajian untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh belia.

"Anda tidak perlu menjalankan satu kaian untuk mengetahuinya. Sebagai seorang pemuda, saya boleh beritahu apa yang golongan pemuda inginkan - pekerjaan, keselamatan, kualiti hidup yang lebih baik dan urus tabir yang cekap," kata seorang pemimpin pemuda dari sebuah parti komponen BN.

Bagaimanapun, sebarang bentuk kajian adalah penting dan dapat membantu BN merangka strategi bagi membantu golongan itu di peringkat bawahan.

Usaha kajian seperti itu adalah langkah tepat seperti dilakukan oleh Pemuda MIC di mana lebih ramai pemimpin muda diberi tanggungjawab di peringkat cawangan dan bahagian.

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, berkata pada 21 Ogos ini, sebanyak 50 cawangan pemuda baru dengan pemimpin baru akan dibentuk selain mendaftar ahli baru sebagai pengundi jika mereka mencapai umur 21 tahun.

"Sebelum ini, kita terpaksa menunggu sehingga seseorang itu melepaskan jawatan atau meninggal dunia. Tetapi kini, kita melakukan rimbakan dan maklum balasnya adalah baik.

"Kami kini mempunyai pengerusi cawangan berusia antara 20an dan 30an," katanya.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Anthony Loke Siew Fook menjelaskan kecenderungan pengundi muda kepada parti pembangkang sebahagian besarnya disebabkan faktor 'tolakan' dari BN dan bukan faktor 'tarikan' oleh pembangkang.


"Perebutan mendapatkan sokongan pengundi muda masih terbuka luas. Pengundi muda akan memilih calon yang dapat membuktikan kelebihan yang ada pada diri mereka," katanya.

Oleh itu Loke, berkata pembangkang menumpukan kepada dua pendekatan iaitu pendafataran pengundi baru secara agresif dan memaklumkan kepada golongan itu bahawa mereka boleh membuat keputusan dengan apa yang mereka fikirkan penting.

Pensyarah Sains Politik, Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI) Dr Ong Kian Ming berkata Pemuda BN tidak mempunyai rancangan bersepadu untuk membabitkan golongan pemuda serta gagal mempertengahkan dasar untuk mereka.

"Misalnya, isu biasiswa. Kita tidak lihat sebarang usaha bersepadu untuk menyelesaikan isu itu sehingga pengumuman oleh Perdana Menteri," katanya.

Pada 10 Julai lalu, Najib mengumumkan bahawa semua pelajar yang memperoleh keputusan 9A+ dan ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan atau luar negara.

Ong berkata golongan muda nampaknya lebih cenderung kepada pembangkang tetapi parti pembangkang tidak boleh mengambil mudah berikutan keputusan pilihan raya umum lepas menunjukkan sedikit peningkatjkan sokongan golongan muda kepada BN.

Pada pilihanraya umum 1999 dan 2004, corak pengundian golongan muda menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN tetapi pada 2008, terdapat sedikit peningkatan sokongan kepada BN khususnya dari generasi selepas reformasi berusia antara 21 dan 30 tahun, katanya.

Bagaimanapun, masih ada banyak cabaran bagi pihak pembangkang dan pemerintah tetapi kedua-dua pihak itu telah menampilkan beberapa pemimpin muda yang berjaya mendekatkan diri dengan golongan belia di negara ini.

Parliament Should Discuss FDI Slide

Politicians from both sides of divide should sit back and take note of the of gloomy economic signs. Both sides should cease all unwarranted, wasteful and senseless political bickering and focus their attention on what they were elected to do - govern the govern and come out with policy responses to address the current economic malaise.


Probably they BN parliamentarian would not even understand what is FDI all about. Don't bother what the hell FDI would give impact to the country. As long as they got money packed in FD overseas.

Selangor exco (YB Shuhaimi) tells Khir Toyo to ‘shut up’

PUTRAJAYA, July 24 – Selangor executive councillor Shuhaimi Shafiei warned Datuk Seri Dr Khir Toyo today to “shut up” and quit attacking the state over illegal sand mining because he did nothing in eight years as mentri besar. Dr Khir had recently claimed that the Kuala Langat sand mine was illegal and harmful to the Paya Indah Wetlands.

However, an environmental expert engaged by Selangor sand mining subsidiary Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) disputed such claims, citing a lack of evidence. “For eight years, Khir Toyo was mentri besar, what did he do? I tell him – you shut up,” Shuhaimi told reporters today.

Tu dia..The Empire Strikes Back..Hidup YB Shuhaimi

Perak mufti Tan Sri Harussani Zakaria said jerseys with devils, crosses or skulls promoted the wrong values for Muslims but that did not mean they should be banned. He added that Muslims had no reason to wear and glorify symbols that promoted wrong values.


(The Star) - There is no “religious ban” on Manchester United jerseys despite statements by several prominent Islamic scholars urging Muslims not to don the Premier League club’s shirts because the emblem features a devil.
Perak mufti Tan Sri Harussani Zakaria said jerseys with devils, crosses or skulls promoted the wrong values for Muslims but that did not mean they should be banned.
“A fatwa on the matter is not necessary as it is clearly wrong for Muslims to wear shirts with devils and other unIslamic symbols because it is against the teachings of Islam,” he said yesterday. Apart from Manchester United, which is also known as The Red Devils, other football teams whose crests carry images deemed unIslamic like the cross are Brazil, Portu­gal, Serbia, Barcelona and Norway. “In Islam, Satan is our enemy ... but I believe Satan is also an enemy of the non-Muslims.
Another JERSEY we should not wear..




24 July 2010

Dapat Isteri dan durian

Keme ke Kuala Kangsor ari ni sehari suntok untuk menemankan Iqbal nikah disana.

Kira OK lah Iqbal dapat bini keme dapan doroan aje le yob.
Sampei romah pukui 9.20 malam, maaf lah ye kengkawan semua, banyak program mis dan tak dapat joint termasuk di Andalas, sorry tuan syed.

23 July 2010

Himpunan KATAK pimpinan SESUMPAH untuk Selamatkan Selangor

Selepas mengangkat sumpah sebagai senator pada 3 Mei lalu, bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor  yang lebih mesra dikalangan kawan-kawan sebagai Senator Sesumpah  kini dilihat diberikan tanggungjawab lebih besar di barisan depan dalam kempen menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Dengan kelebihan sebagai bekas 'ayam tambatan' Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang dilihat masih mempunyai pengaruh dalam sayap Pemuda PKR - dan kemahiran pidatonya, Ezam dilihat lebih berkemampuan mengasak pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut sumber-sumber, walaupun tidak diberi sebarang jawatan rasmi sebelum ini, sebaliknya hanya mengisi pentas ceramah BN dalam sebelas pilihan raya kecil sebelum ini, sesumpah ini memainkan peranan yang besar dalam usaha menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sebelum ini.

Sehubungan itu, difahamkan, sesumpah kini diberikan kepercayaan oleh kepimpinan Umno pusat untuk dilantik sebagai senator, seterusnya diberikan lebih banyak tugas di Selangor - antara negeri terkaya di Malaysia.

Tambahan lagi, usaha BN 'menyerang' negeri itu melalui perlbagai cara dan isu - termasuklah isu pembinaan ladang babi di Sepang, pengawalan jualan arak, hubungan PAS-DAP dan isu gambar intim exco Elizabeth Wong - sepanjang dua tahun ini belum mendatangkan hasil yang memberangsangkan.

Dalam masa yang sama 'persaingan' antara dua teraju Umno negeri - timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo - dilihat membantutkan lagi usaha tersebut.

Justeru, kemasukan sesumpah dilihat sebagai penyelamat dan bakal menjadi 'pasukan ketiga' di antara kedua-dua pemimpin berpengaruh dalam Umno Selangor itu.

Difahamkan sesumpah dibawa masuk ke pentadbiran perhubungan Umno negeri pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Noh melalui penubuhan badan baru, dinamakan Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) baru-baru ini.
 
Kesemua program 'Selamatkan Selangor' dirancang dan dilaksanakan melalui sekretariat ini, di mana  sesumpah difahamkan diberikan peranan besar dalam merancang strategi ke arah usaha itu.

Walaupun masih belum jelas jawatan sebenarnya, tetapi sesumpah Ezam dilihat mempunyai pengaruh besar dalam sekretariat itu dengan menghimpunkan bala tentera pimpinannya yang terdiri dari specis katak-katak untuk memanggil hujan bagi menenggelamkan kerajaan PR Selangor.

Ini dibuktikan dengan penyertaan beberapa gandingan lamanya dalam PKR, iaitu Exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam, Zahid Mat Arip - kedua-duanya bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) - dalam kempen itu.

Difahamkan juga sepanjang 19 siri ceramah kecil - dengan sasaran 500 orang - beberapa bekas ahli parlimen Pakatan yang melompat parti seperti Datuk Seri Zahrain Mohammed Hashim(Bayan Baru) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) akan terlibat.

Bagaimanapun difahamkan Dr Mohd Khir tidak terlibat berceramah dalam program fasa pertama ini - tindakan yang memarakkan lagi desas-desus masalah 'persaingannya' dengan Noh.

Bagaimanapun, beberapa pemimpun muda PKR terus menafikan kemampuan Ezam sebagai 'bos' lama mereka.

"Kita lihat bagaimana hasilnya di Selangor. Beliau (sesumpah Ezam) tiada kewibawaan di mata awam sama sekali, politiknya old school (gaya lama)," kata ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad sambil menggesa Ezam bertanding di dalam pilihan raya bagi membuktikan kemampuan sebenarnya.

Malah, Nik Nazmi - yang mengaku pernah menjadi aktivis Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK), NGO yang ditubuhkan Ezam - berpendapat Najib merupakan pelindung sebenar bagi sesumpah  Ezam.

"Sesumpah Ezam perlukan seseorang untuk lindunginya. Macam jin cari tuan. Kita kenal dia cukup lama.

"Kalau dia berani, biarkan dia bertanding (dalam pilihan raya)," katanya kepada Malaysiakini.

21 July 2010

Sumpahan Pasir

Kerana Pasir mengakibatkan persaingan di kalangan pemimpin Umno Selangor dalam mengutarakan isu ini dilihat semakin ketara, terutama di antara kem penyokong Datuk Seri Khir Toyo dan Datuk Noh Omar.

Kedua Persaingan di kalangan pemimpin umeno Selangor dalam mengutarakan isu pasir kini dilihat semakin ketara, terutama di antara kem penyokong Datuk Seri Khir Toyo dan Datuk Noh Omar.

Kedua-duanya dilihat menunjukkan kehebatan masing-masing dengan Khir Toyo (KT) mendapat sokongan blogger pro-umeno yang sememangnya membenci Noh Omar (NO) yang pernah menuduh para bloggers ini sebagai 'musang berbulu ayam' sehingga kan mereka menubuhkan kelab blogger musang berbulu ayam.

Nampaknya isu pasir ini telah menunjukkan kepada rakyat dan masyarakat bahawa umeno Selangor sudah tiada masa depan lagi dan keadaan semakin kelihatan parah dengan setiap pemimpin mereka menggunakan peluang dan kesempatan yang ada untuk untuk mempopularkan diri dan pengikut disamping membelasah kem yang satu lagi. 

Sesuai dengan lagu Pasir Roboh dendangan Tan Sri Dato SM Salim dan Kah Pah umeno Selangor juga bakal roboh kerana sumpahan pasir ini.

20 July 2010

Punca PAS hilang ghairah

Ada orang kata "Mufti Harusani menjadi punca PAS hilang ghairah" untuk bincang soal perpaduan dengan UmNo. Betul ke?

Tambah lah lagi bila dia kata nak jadi orang tengah perbincangan antara TGNA dengan TPM, siapa percaya kepada Mufti Harusani yang lebih UmNo dari UmNo untuk jadi perantara?

"Tak perlu, jika saya nak jumpa TPM kami akan berjumpa 4 mata sahaja" kata TGNA yang membuatkan Mufti Harusani ternganga dan melopong.

Tindakan lembab JKR mengundang kemarahan rakyat


KLANG - Isu permukaan jalan di Jalan Kebun melalui Johan Setia menghala ke Banting menimbulkan pertanyaan kepada penduduk setempat berikutan keadaannya yang tidak selamat kepada pengguna disini.

Ahli Dewan Undangan Neferi (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie berkata, perkara itu telah beberapa kali dibangkitkan hingga ke peringkat Kerajaan Negeri namun reaksi yang diterima daripada pihak berkenan agak mengecewakan.

Menurutnya, keadaan jalan di situ agak berisiko dan telah banyak kali berlaku kemalangan membabitkan penunggang motosikal yang menggunakan laluan itu.

"Terdapat tujuh kawasan yang berbahaya dan dua daripadanya perlu dibaiki secepat mungkin".

"Masalah ini jika tidak diberi perhatian dikhuatiri akan menyebabkan risiko kemalangan yang lebih serius terutama kepada penunggang motosikal yang terdedah dengan keadaan jalan rosal di situ," katanya.

Menurutnya, jalan berkenaan hanya boleh digunakan kenderaan lapan tan namun keadaan kini bertukar sebaliknya kerana ia merupakan laluan pintas untuk ke Banting terutama kenderaan berat seperti treler.

Shuhaimi berkata, keadaan yang berlaku sejak dua tahun lalu itu menimbulkan pertanyaan kepada beliau dan penduduk setempat kerana kos pembinaannya tidak setimpal dengan apa yang berlaku hari ini.

"Saya meminta pihak berkenaan membuka mata dengan apa yang berlaku, ia melibatkan nyawa pengguna."

"Saya tidak mahu menghuraikan cerita di sebalik pembinaan jalan ini kerana ia akan menyebabkan beberapa pihak 'panas' kerana terdapat unsur yang boleh dipertikaikan," katanya.

Perjumpaan melibatkan ADUN, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan jabatan yang terlibat adalah untuk menerangkan secara jelas situasi sebenar keadaan jalan disitu.

Ahli Majlis, Azmizam Zaman Huri berkata, pihaknya menerima hampir sepuluh aduan setiap hari tentang keadaan jalan disitu namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia bukan bidang kuasa majlis.

Menurutnya, masalah disitu merupakan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perkara itu telah beberapa kali dibawa ke Mesyuarat Aduan sebelum ini.

"Terdapat kemalangan maut di jalan berkenaan dan ia sesuatu yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkaitan."

"Keadaan tanah juga semakin mendap menyebabkan struktur jalan disitu kini di tahap membimbangkan," katanya.

Azmizam berkata, pihak JKR dan Jabatan Parit Dan Saliran (JPS) juga sedia maklum tentang perkara itu dan beliau berharap pihak berkenaan bertindak demi keselamatan pengguna.

Menurutnya, keadaan tanah yang semakin mendap juga perlu diberi perhatian kerana ia menyebabkan struktur permukaan jalan menjadi bertambah rosak.

19 July 2010

Najib: Umno open to unity talks with PAS

Bernama) - Umno is open to having discussions with PAS on Malay unity but such talks must be held without any preconditions, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said yesterday. “We (Umno) are always open but they (PAS leaders) must not impose preconditions and insult Umno in their speeches. If we want to talk, we must not condemn each other,” the Umno president told reporters after attending a luncheon with Sabah Chinese community leaders in Kota Kinabalu, Sabah.

Najib was asked to comment on a statement by Perak Mufti Tan Sri Harussani Zakaria yesterday that some Umno and PAS leaders have approached him recently to seek his opinion on how best to unite the Muslims.
Harussani had gone on to explain that he was not a politician and could not make a decision in the matter. Najib said Umno have maintained its stand on the proposed talks but it appeared that PAS had other considerations and wanted to include the issue of oil royalty claimed by Kelantan in the discussions.“It is up to PAS to determine its stand. We do not want to keep repeating the matter,” he said. 

 Ehh. ari tu Najib bilang UMNO kuat tak perlu pun PAS..


Sorry, no more talks with UM-NOmore.
Tak nak Najib...

Pakatan trumps BN in registering new voters

PUTRAJAYA, July 18 — Pakatan Rakyat (PR) continues to lead in the voter registration drive, signing up twice the number of voters compared to Barisan Nasional (BN) in the first six month of 2010.The DAP also lead in signing up more voters compared to other political parties, registering 32.5 per cent of the new 169,838 voters registered between January and June this year.  Umno followed closely behind, registering 32.3 per cent of the new voters while PAS, 22.7 per cent in the same duration.According to the Election Commission’s (EC) records obtained by The Malaysian Insider, PR was also surprisingly ahead of BN in registering voters in Johor, which is seen as an Umno stronghold. In the Malay peninsula, PR has signed up a total of 107,050 new voters in the first six months of the year while the four major BN component parties had only registered 59,351 voters.

The MCA only registered 2,897 new voters followed by MIC with 1,109, Gerakan (471) and PPP (four). In Sabah and Sarawak, BN parties registered a total of 3,500 new voters. The EC’s statistics showed that out of 107,050 new PR voters, half of them were registered by DAP through the party-appointed assistant registrars. PAS and PKR registered 38,631 and 13,098 new voters respectively. The statistics also showed that registration of new voters in Sarawak remained low despite speculation that the state election would be called soon. According to previous reports, out of the 4.4 million unregistered voters, 33.7 per cent are from Sarawak and 26 per cent are from Sabah. Umno is the major BN party in Sabah while PKR and DAP have been campaigning actively in Sarawak.

PR however, is ahead in new voters registration in Penang, Kelantan, Selangor, Kedah and Perak. The five states were won by PR in 2008 but Perak has been under BN’s control since early last year. In Kuala Lumpur, where PR won 10 out of 11 Parliamentary constituencies, the opposition federal coalition was also leading in registering new voters. Shockingly, the Umno stronghold of Johor saw PR beating the ruling coalition in signing up voters. Almost 60 per cent of the new voters registered by political parties were registered by PR parties. However in Terengganu, almost half of the new voters were registered by the BN’s assistant registrars.

16 July 2010

Anwar kata Najib ambil duit rakyat untuk bayar APCO

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan menaikkan harga barangan termasuk petrol seolah-olah Perdana Menteri sanggup mengambil wang rakyat untuk membayar bil APCO bagi memulihkan imej beliau.

"Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Anwar.

Beliau mengulas kenaikan pelbagai jenis barangan mulai hari ini berikutan penarikan balik subsidi untuk rakyat oleh kerajaan.

Anwar mengecam tindakan itu kerana walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, namun pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu.

Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam kenyataan bertulis yang dikeluarnya  hari ini.

Bagi beliau, tindakan ini dibuat kerana Datuk Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, katanya.

Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.

Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan.

Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Bagi Anwar, bekas Menteri Kewangan itu, sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional.

Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010.

Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, katanya, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

"Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera," tegas beliau.

"Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan.

Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga,tambah Anwar.

"Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat.

"Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat," katanya.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat.

Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

"Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata," katanya.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Sehubungan itu Anwar menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

1.       Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2.       Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3.       Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4.       Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara.

Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni, tegasnya.... sumber harakahdaily

Kerajaan Najib wajar mencontohi Selangor

Kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib wajar mencontohi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang membuka lembaran baru dalam sistem politik tanah air dengan melantik pembangkang sebagai Pengerusi PAC.  Ketua Pembangkang BN Selangor dan rakan-rakan ADUN BN tidak perlu berdolak dalik dalam isu ini dan harus menerima tawaran ini dengan hati terbuka.

Kebanyakan negara-negara maju didunia yang mengamalkan sistem demokrasi tulin telah mengamalkan sistem ini sejak sekian lama. Manakala di negara kita yang sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun baru mencipta sejarah baru bila mana Selangor mendahului negeri-negeri lain dan kerajaan Malaysia.

Usul yang dinanti-nantikan untuk melantik melantik wakil rakyat pembangkang dari BN sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri, dibentang di DUN Selangor semalam dengan  melantik Shamsudin Mohd Lias (BN-Sungai Burong) sebagai pengerusi baru PAC Selangor dianggap sebagai satu sejarah.

Inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri Selangor menunjukkan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia bahawa komitmennya dalam menegakkan prinsip-prinsip kecekapan, pertanggungjawaban dan ketelusan. Ia juga merupakan satu saat bersejarah apabila kerajaan negeri bersedia membuka jalan untuk semak dan imbang.

Dari peristiwa bersejarah ini diharap kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional pimpinan Najib diperingkat pusat dan negeri-negeri yang diperintah olehnya wajar mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kita berharap Najib akan mengambil inisiatif dengan melantik pula wakil-wakil rakyat yang terdiri daripada Pakatan Rakyat untuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC.

Sama-sama kita nantikan adakah UBN berani mencontohi kebaikan sistem yang dipelopori oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atau mereka akan berada ditakuk lama kerana terlalu banyak rahsia yang perlu disembunyikan dari pengetahuan umum berhubung salah takbir pengurusan yang mereka lakukan.

15 July 2010

5 in 1

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian. 

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.
Berikut adalah harga baru:
  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.

14 July 2010

Reunion PLKN, jangan pergi ... perangkap menanti anda

Jika anda bapa atau emak kepada anak-anak bujang anda yang dijemput untuk hadir ke majlis reunion PLKN anjuran Datuk Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, bagi tahulah kepada anak-anak anda supaya jangan pergi.

Untuk makluman Zahid sengaja mengadakan program ini untuk brainwash anak-anak muda ini tentang terhakisnya kuasa orang melayu dan minta mereka menyertai UmNo dan menyokong Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum nanti.

Inilah usaha UBN setelah gagal memikat anak-anak muda yang sama menyertai dan menyokong parti UmNo walau pun kononnya mereka ikut serta dalam program 1Malaysia.

Pandai anak-anak muda ni mereka menunjukkan seperti menyokong Najib untuk mendapatkan sesuatu tetapi menolak parti pimpinan Najib.... syabas.

Tok Guru sedia jumpa TPM

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai "apa juga perkara".

Ketika ditemui pemberita hari ini, Menteri Besar Kelantan itu berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah.

"Yang moleknya tak payah orang (tengah). Kalau nak jumpa secara peribadi pun tak apa, boleh sangat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

“Beliau (Tan Sri Muhyiddin) boleh datang sendiri jumpa saya, saya tak kisah, tak perlu hantar orang tengah.

“Jangankan beliau datang nak jumpa saya kat sini, jika ke Kuala Lumpur pun saya boleh pergi,” katanya.

12 July 2010

Realiti .... cabaran untuk PAS menguasai 60 Parlimen

Sasaran yang ingin dicapai oleh PAS seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat merangkap MP Jerai, Mohd Firdaus Jaafar sangat baik tetapi untuk mencapainya tidak semudah menyebut A,B,C.

Jika ianya merupakan cabaran/tugasan bagi setiap ahli parti maka bermula dari kepimpinan yang paling tinggi di peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan  WAJIB untuk semua orang menggandakan usaha berkali-kali ganda dari apa yang ada sekarang.

Jika anda pimpinan Negeri, Kawasan dan Cawangan anda balik dan check Jabatan/Jentera Pilihanaraya masing-masing. Master Plan nya dah siap ke belum? Jika ada tengok pula pelaksanaan sudah sampai tahap mana?  Ada  banyak benda yang kena check disana sini termasuk komitmen AJK disemua peringkat.

Menurut Dato Abdul Halim Abd Rahman, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat dalam sessi taklimat kepada Jawatankuasa Unit Pendaftaran Pemilih (UPP) Kota Raja pada 20.6.2010 yang lalu, Barisan Nasional akan menggunakan "grant plan" yang mereka gunakan semasa menumbangkan kerajaan sepenggal Terengganu untuk merampas kembali Selangor dan Kedah dari Pakatan Rakyat.

Untuk "meneutralize" grant plan tersebut Dato Pengarah JPP menyarankan agar Gerak Kerja Daftar Pemilih MESTI di aktifkan disemua kawasan terutama yang PAS bertanding dan bagi menyelamatkan Selangor dari tumbang kepada barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti tambahan 350,000 pengundi baru mesti dibuat oleh PAS, PKR & DAP.

Inilah gerak kerja yang paling penting dan utama. Kelantan yang sudah dikuasai oleh PAS lebih 20 tahun meletakkan gerak kerja ini sebagai suatu keutamaan bagi setiap ahli parti, cawangan, kawasan, ahli majlis, jkkk dsbnya.

Saya tertarik dengan ungkapan yang dibuat oleh YB Dr Zulkifli Ahmad MP Kuala Selangor merangkap Sekretariat Pakatan Rakyat Pusat semasa taklimat kepada UPP tempuh hari bahawa untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang ada 3 syarat yang utama yang perlu dipenuhi oleh setiap kawasan.
  1. Daftar Pemilih
  2. Daftar Pemilih
  3. Daftar Pemilih
Sudahkah anda melakukannya atau kawasan anda dilanda sindrom bisu, pekak dan tuli. Tidak usah marahkan sesiapa, saya faham kerana saya juga merupakan salah seorang jentera parti, saya amat memahami keadaan sekeliling kita semua. Menjadi seorang Jentera Parti tidak semudah menjadi comentator dalam blog ... wallahuaklam
razifpas kota raja

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Harakahdaily - Sasaran PAS adalah merampas 37 kerusi Parlimen daripada Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), selain mempertahankan 23 kerusi yang sedia dikuasai oleh PAS, tegas Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Menurut beliau, usul 'menguasai 60 Parlimen' itu telahpun dipersetujui dalam Muktamar PAS kali ke-56 pada 12 Jun lalu demi memastikan PAS bersama-sama Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan dari Umno BN tidak lama lagi.

Sehubungan itu, beliau mewakili jentera pilihan raya pemuda menolak pelawaan Umno untuk kerjasama demi kepentingan parti perkauman itu.

"Sasaran kita yang sebenar adalah 60 Parlimen ke Putrajaya, janganlah main isu lain," tegas beliau petang tadi di Lobi Parlimen.

Baginya, PAS mempunyai harapan yang cerah untuk menguasai kesemua Parlimen sasaran tersebut jika berdasarkan demografi pengundian rakyat pada PRU12 lalu.

"Saya ingat cerah, kalau jentera lebih berkerja keras dari apa yang sedia ada," ujar beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat.

Ini kerana, beliau berkata, sebanyak 16 kerusi Parlimen menyaksikan PAS kalah kurang dari 5 ribu undi.

Manakala, katanya lagi, lapan kerusi parlimen sasaran yang lain menyaksikan PAS kalah kurang dari 10 ribu undi.

13 kerusi berbaki, menurut beliau lagi, menyaksikan PAS kalah 13 ribu undi sahaja.

"Kita kena gandakan fokus dan kerja, kalau nak pujuk rakyat tolak politik zalim dalam pilihanraya depan," tegasnya lagi.

Ditambah dengan mood rakyat yang kian sedar ekoran melihat isu penyerahan tanah KTM di Tanjong Pagar pada Singapura; gadai dua telaga minyak (Blok L dan Blok M) pada Brunei; kes pembunuhan Altantuya; skandal kapal selam Scropene; serta perlantikan Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) yang dikatakan pro Yahudi sebagai syarikat komunikasi kerajaan, beliau berkata, sudah tentu memberi kelebihan pada PAS dan Pakatan Rakyat.

Penegasan '60 Kerusi Parlimen' itu sekaligus menjawab pelawaan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas, Lokman Nor Adam kononnya PAS lebih mudah melaksanakan Islam sekiranya bekerjasama dengan Umno adalah sandiwara Umno semata-mata.

Menurut beliau, tujuan pelawaan itu demi kepentingan Umno semata-mata, bukannya Islam.

"Kalau Umno ikhlas nak laksana Islam, mereka boleh buktikan sekarang, tak perlu 'main wayang' dengan PAS," ujar beliau sambil menyifatkan kenyataan Lokman itu bertujuan memecahbelah muafakat Pakatan Rakyat.

"Saya tak mahu Negara Islam versi Umno sebab negara kekal dalam kezaliman ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), mahkamah tidak bebas, rasuah sana sini, sokong judi bola, amalkan politik membenci kaum-kaum lain yang tidak sokong Umno dan banyak lagi sebenarnya."

Sebaliknya, beliau berkata, pendirian PAS bersama-sama DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat demi memujuk rakyat menolak kezaliman Umno BN; sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

"Dalam Perjanjian Fudhul Hudaybiah, sebelum Perang Badar dan waktu memeterai Perjanjian Madinah pun, Nabi sendiri bersama-sama orang Islam dan yang bukan Islam untuk lawan kezaliman, apa masalahnya dengan DAP dan PKR," soal beliau.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Lokman turut mendakwa DAP anti Islam, manakala PKR pula adalah parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin utamnya.

Lokman turut mengumpan PAS kononnya boleh melaksanakan Hudud sekiranya parti itu bersedia bekerjasama dengan Umno dalam masa terdekat ini.

Difahamkan, pujukan Lokman itu demi memulihkan semula sokongan masyarakat Melayu pada Umno yang belakangan ini dilihat kian pudar sejak parti perkauman itu menggadai kepentingan agama, negara dan bangsa.

Pasir Roboh

Lagu nyanyian Dato SM Salim dan Dato Sharifah Aini ini memang lunak didengar dan sedap senikatanya.


Hari ini di Parlimen wakil BN melanyak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor konon nya ratusan juta ringgit hasil pasir ghaib. Sementara itu di DUN Selangor, ADUN Kuang di gantung sehari dari menghadiri sidang dewan kerana lawan speaker berhubung isu yang sama.

Setakat hujjah yang saya dengar tuduhan wakil BN tidak mempunyai fakta yang jelas dan mereka cuma bercakap untuk mengambil peluang dari tindakan SPRM memanggil 2 wakil rakyat PKR Selangor untuk disoal siasat minggu lepas.

Sekali pun si penuduh yang menggunakan SPRM untuk menjerat wakil rakyat Pakatan Rakyat, ianya tidak akan bermakna dan tidak akan kemana-mana jika sekira sitertuduh tidak melakukannya dan tidak mendekatkan diri kepada perkara jijik ini. Anda tidak perlu khuatir dan menunjukan reaksi berlebihan.

Selama lebih 20 tahun Tok Guru Nik Aziz memerintah Kelantan dan puluhan lapuran ke SPRM dibuat keatas beliau dan kerajaan nya oleh UmNo, namun tidak setompok pun najis rasuah melekat dibadannya sekalipun dijubahnya nya. Beliau bukan sahaja kelihatan bersih tapi memang benar-benar bersih. 

Jadi tidak kira anda dari PAS, UMNO, PKR , DAP atau sebagainya anda harus jadi pemimpin yang mencontohi dan mentauladani TGNA jika ingin menjadi yang terbaik dan sukar diganggu gugat.

11 July 2010

Naik Darah ....Tinggi

Bilangan penghidap penyakit darah tinggi yang berjumlah lebih satu bilion orang di seluruh dunia dijangka meningkat kepada 1.56 bilion orang menjelang 2025.

Ia adalah satu masalah kesihatan tanpa petanda awal ataupun simptom, oleh itu lazimnya dirujuk sebagai 'pembunuh senyap'. Atas alasan ini, ramai yang tidak sedar akan kehadiran masalah kesihatan ini sehingga mereka berjumpa doktor.

Hipertensi, istilah perubatan bagi tekanan darah tinggi, menunjukkan bahawa jantung berfungsi melampaui had lazim, menyebabkan tekanan tinggi pada jantung dan arteri.

Pertubuhan Malaysia bagi Hipertensi mentakrif hipertensi sebagai keadaan di mana tekanan sistolik adalah lebih daripada 140 mmHg atau tekanan diastolik melampaui 90 mmHg. Secara tipikal, bacaan tekanan darah tinggi sebanyak tiga kali diperlukan dalam tempoh beberapa minggu untuk mendiagnosis keadaan ini.

Darah tinggi boleh menyumbang kepada sakit jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan aterosklerosis. Jika keadaan ini tidak dirawat atau tidak diuruskan, jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat lagi untuk bekalan darah beroksigen yang cukup ke organ dan tisu untuk memenuhi keperluan tubuh.

EMPAT DARIPADA 10 ORANG ADA DARAH TINGGI

Di Malaysia, empat daripada 10 warga dewasa mengalami tekanan darah tinggi dengan hanya 26 peratus daripada mereka berjaya mengawal tekanan darah masing-masing.

Kos langsung dan tidak langsung dalam merawat tekanan darah tinggi masing-masing dianggarkan RM2,719 dan RM7,511 bagi setiap pesakit pada 2009.

Selain daripada itu sehingga 85 peratus daripada pesakit mungkin memerlukan lebih daripada satu jenis ubat untuk mengawal tekanan darah, yang menunjukkan perlunya rawatan kombinasi ubat yang berkesan. Ini jelas sekali satu masalah besar kesihatan umum.

"Bagi para doktor, cabaran terbesar ialah mengawal tekanan darah dan mengekalkannya pada paras yang sesuai," kata Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Sim Kui Hian semasa sidang media baru-baru ini.

Dr Sim, yang juga pakar perunding kardiologi berkata situasi ini menunjukkan perlunya terapi baru bagi tekanan darah tinggi.

MENGAWAL HIPERTENSI

Hypertensi perlu dikawal sepanjang hayat seseorang dan boleh diuruskan melalui sedikit perubahan dalam gaya hidup atau terapi ubat-ubatan. Perubahan kecil dalam gaya hidup boleh membantu dalam menguruskan dengan berkesan paras tekanan darah seperti mengurangkan pengambilan garam dan alkohol, bersenam dan hentikan tabiat merokok.

Tiada siapapun harus memandang remeh akan keadaan ini khasnya dengan simptom-simptom penyakit ini tidak ketara. Mereka dengan usia yang semakin meningkat dan daripada keluarga dengan sejarah penyakit itu perlu lebih berwaspada.

Para pesakit dengan tekanan darah tinggi luarbiasa mungkin mengalami rasa pening atau pendarahan melalui hidung. Bagaimanapun, tanda-tanda ini secara tipikal tidak muncul sehingga tekanan darah mencapai paras yang boleh mengancam nyawa.

TERAPI UBAT

Mereka yang menghidapi hipertensi kini antara lain mempunyai pilihan dalam merawat masalah ini menggunakan ubat Rasilez (aliskiren) - satu ubat yang boleh mengekalkan tekanan dengan konsisten bagi tempoh lebih 24 jam. Ini satu pertimbangan rawatan yang penting, kerana banyak ubat bagi tekanan darah tinggi tidak mempunyai kesan berterusan, khasnya semasa awal pagi apabila tekanan darah meningkat.

Pesakit mengalami kesan yang lebih baik dengan mengekalkan 91 peratus daripada kecekapan dalam mengawal tekanan darah walaupun jika terlepas satu dos ubat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Novartis Corporation (Malaysia) Sdn Bhd, Avinash Potnis.

Ia berfungsi dengan menyekat RAAS (sistem renin angiotensin aldosterone), inovasi utama dalam merawat tekanan darah tinggi bagi lebih sedekad.

"Novartis bangga untuk memperkenalkan ubat baru ini dalam memerangi penyakit yang mengancam dan semakin berleluasa ini," .

Najib 'killing' Samy Vellu

It did not need to be said outright, but it was clear from the lips of Prime Minister Najib Razak - time is running out for MIC president S Samy Vellu.

"I believe that BN can deliver if we are willing to change with the times, and if MIC can recognise the call of the Indian community.

"I don't want to speak on behalf of the Indian community, but ask yourselves what they want," said the premier, while Samy Vellu could only manage a faint smile.
Full story here.

Tambahan 3 kerusi Ahli Majlis untuk DHPP Selangor

PAS mula melaksanakan janjinya untuk memberikan tempat kepada ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) apabila empat dari mereka dilantik menjadi ahli majlis kerajaan tempatan di bawah kouta PAS.

Mereka yang dilantik dan mengangkat sumpah di depan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hassan Ali adalah K. Deepakaran yang dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang, S. Arun (Hulu Selangor), S. Lakshmanan (Kuala Selangor) dan Low Hock Khieng (Selayang).

S. Lakshmanan atau Letchumanan merupakan Pengerusi DHPP Selangor merangkap Pengerusi DHPP PAS Kawasan Kota Raja yang mengekalkan jawatan tersebut sejak 2 tahun yang lalu.
 
PAS mendapat 67 kerusi ahli majlis kerajaan tempatan di Selangor.

Antara sumpah atau ikrar mereka adalah mereka akan meletakkan jawatan serta-merta dan membayar ‘ganti rugi’ jika mereka tidak lagi bersama PAS.

Ketika ditemui wartawan, Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri mengakui, “saya percaya ini kali pertama PAS melantik kalangan bukan Islam sebagai ahli majlis di Selangor".

Sebelum ini, Kelantan telah melaksanakan perkara ini di mana orang bukan Islam yang menyokong PAS dilantik sebagai ahli majlis kerajaan tempatan atau penghulu untuk mukim atau kampung mereka di samping penghulu tanpa mukim.

Yang pasti, ia memang satu rekod lebih-lebih lagi selepas pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS, hasil dinaik taraf daripada Kelab Penyokong PAS berusia enam tahun.

Ekoran langkah dinaik taraf, dewan itu telah menghantar wakil mereka dan berucap pada Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Kota Baru bulan lalu.

“Saya percaya ini kali pertama PAS berbuat demikian... kami hendak mengiktiraf peranan penyokong-penyokong bukan Islam yang menyokong kami selama ini,” katanya.

“Memang semasa kami mengemukakan nama kepada kerajaan negeri ada yang terkejut apabila calon bukan Islam dikemukakan... tetapi ini cara kami mengiktiraf peranan mereka dalam PAS,” katanya.

Ini kali ketiga kerajaan negeri Selangor membuat pelantikan ahli majlis sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri itu bermula Mac 2008.

Memandangkan ini kali pertama PAS khususnya PAS Selangor membuat pelantikan ahli majlis kalangan bukan Islam, sesi angkat sumpah taat setia kepada parti menjadi tumpuan mereka yang menghadiri majlis malam tadi.

Ahli-ahli majlis beragama Islam membacakan bai’ah manakala bukan Islam pula ikrar aku janji.

Malam tadi, mereka juga menandatangani surat letak jawatan sebagai langkah berjaga-jaga jika melompat ke parti lain ataupun tidak lagi menjadi ahli PAS.

Di bawah bai’ah mana-mana ahli PAS yang keluar parti atau menyertai parti dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”.

PAS lazimnya mengamalkan bai’ah semasa pemilihan calon pilihan raya.

Ahli-ahli bukan Islam pula dikehendaki meletakkan jawatan dan membayar balik segala pendapatan dan elaun yang diperolehi ketika memegang jawatan sebagai ahli majlis.

10 July 2010

Terlalu ramai orang sesat dinegara sendiri?

Agen Penyesat? Seorang yang terkedu dengan kenyataan kawannya telah menelefon saya (Khamis lepas, 8 Julai). Katanya, tergamak kawannya itu membuat tohmahan "SESAT" bernada keras dan kebencian terhadap seorang berperwatakan ulama yang memang dikenali ramai di negeri, negara hatta peringkat dunia. 

Kawannya itu, kononnya lulusan Universiti al-Azhar, pensyarah salah sebuah IPT di Johor, dipanggil ustaz dan dianggap orang agama, tetapi kelihatan tidaklah berakhlak ulama. Dia berani mengeluarkan kenyataan SESAT selepas kembalinya berkursus di JAKIM. Ada individu tertentu telah mengasak pemikirannya dengan fakta-fakta kononnya dilakukan oleh ulama tersohor itu. Lalu dilabelkan ulama itu seorang yang SESAT. Ulama yang dimaksudkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya, beliau telah berhujah dengan kawannya itu dengan beberapa persoalan yang gagal dijawab oleh kawannya itu. Setakat yang dia tahu tentang Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNAA), beliau tegaskan, tak mungkin seorang berakhlak seperti TGNAA itu adalah SESAT!

Lalu saya menelusuri sikap terkedu saudara penelefon itu. Saya membutirkan lagi beberapa hujah agar terkedunya itu tidak sampai ke peringkat kegusaran yang berpanjangan.

Saya berhujah berdasarkan pengalaman selama lebih 30 tahun mengenali TGNAA. Antara hujah yang dapat saya paparkan (menerusi telefon yang mengambil masa sekitar 10 minit):

1. TGNAA memang seorang ulama kerana akhlaknya selalu berserban ketika tampil di khalayak, SESATkah kerana berserban?

2. TGNAA memang seorang guru agama kerana mengajar kitab (yang KDN lulus dijual di pasaran) setiap malam Khamis dan Jumaat di masjidnya sendiri, SESATkah kerana mengajar kitab?

3. TGNAA satu-satunya yang berserban, lulusan Deoband, India dan al-Azhar Mesir dalam bidang hadis dan qanun wal-syariah telah diangkat rakyat Kelantan menjadi Menteri Besar (MB) telah 20 tahun, SESATkah ilmu itu dan SESATkah rakyat Kelantan kerana mengangkatnya jadi MB?

4. TGNAA selalu bangun untuk beribadat malam (tahajud) mendekati Tuhan, SESATkah kerana beribadat malam?

5. TGNAA sering dijemput berkhutbah Jumaat tatkala hadir mengunjungi masjid-masjid di serata Kelantan, SESATkah kerana boleh berkhutbah (bukan baca khutbah)?

6. TGNAA bila berceramah, berucap dan merasmikan majlis akan memulakannya dengan membaca ayat-ayat al-Quran sebagai mukadimah kepada intipati kepada apa yang akan diceramahkan, diucapankan dan dirasmikan, SESATkah kerana bermukadimah dengan ayat al-Quran?

7. TGNAA akan bersolat dhuha dulu sebelum duduk memulakan tugas di kerusi MBnya, SESATkah kerana solat dhuha di pejabat?

8. TGNAA sejak menjadi pemimpin PAS telah mengajar ilmu tafsir al-Quran setiap pagi Jumaat di Masjid Muhammadi, kemudian sejak jadi MB mengajar pula di Dataran Ilmu MPKB yang anak muridnya ribuan orang, SESATkah kerana mengajar tafsir yang kitab rujukannya adalah "Tafsir Pimpinan Rahman" yang duluskan Jakim dan KDN?

9. TGNAA apabila hadir untuk bersolat fardhu di mana-mana masjid di serata negari dan negara tidak mudah nak jadi imam, selagi mana pihak berkuasa masjid itu tidak memintanya menjadi imam, SESATkah sikap sedia jadi imam semata-mata kerana diminta untuk jadi imam?

10. TGNAA sejak jadi Mursyidul Am PAS, menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berkawan dengan parti KeADILan dan DAP akan selalu menyampaikan mesej Islam (menerangkan kelebihan Islam) bila dijemput berucap, meskipun di depan Anwar, Lim Kit Siang hatta di depan Karpal Singh, SESATkah seorang pemimpin Islam bila berucap di depan pemimpin bukan Islam ia tegas menyatakan ajaran Islam?

11. TGNAA sebaik jadi MB Kelantan, komited dengan dasar Membangun Bersama Islam, arah simpan wang kerajaan Negeri di Bank Islam, buka pajak gadai Islam, pakai prinsip pentadbiran berteraskan Ubudiah, Masuliah dan Itqan, laksana perbandaran Islam, beri takaful kifalah untuk wasi si-mati, guna dinar emas, beri cuti bersalin 60 hari, mulakan kerja 5 hari seminggu...sekadar beberapa contoh, SESATkah pendekatan pentadbiran Islam sebegitu yang jelas kerajaan Pusat pun terikut-ikut sama?

Lepas itu, saya merungut di dalam hati..."sampai lenguh aku memegang telefon ni, nak layannya." 

Apa pun banyak lagi hujah yang saya nak sebutkan. Namun, saya ringkaskan dengan mempelawanya, "jemputlah kawan saudara tu baca blog TGNAA (http://www.blogtokguru.com/) dan cuba-cubalah masuk Facebook TGNAA (ttp://www.facebook.com/nikaziz)." Alamatnya mudah je....

Harap sampaikan salam saya kepada kawan saudara tu (dalam hati aku terkata, iaitu anak murid Jakim agen penyesat?)

Terima kasih.

Coretan ikhlas,
Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

09 July 2010

DAP contoh terbaik

Contoh terbaik yang perlu diikuti. Jika anda bercakap ingin memenangi pilihanaraya dengan cemerlang pada PRU akan datang tetapi sekadar cakap berapi-api tanpa buat kerja seperti mana yang DAP buat ini, anda hanya mengeringkan air liur dan membuang masa.

DAP Selangor membuktikan kesungguhan mereka dan secara consistance menambah bilangan pengundi mengikut graph yang amat terpuji.

Mereka bersuasah payah melakukannya kerana inilah kerja paling penting yang parti patut laksanakan bagi meneruskan kemenangan pada PRU akan datang. Parti serta ahli tidak boleh kata tidak serta berdolak dalih untuk melaksanakan kerja ini kerana ianya merupakan esset paling penting bagi parti-parti yang ingin bertanding dan menang dalam sesuatu pilihanraya.

Saya berharap dan menyeru sahabat-sahabat bloggers sekelian agar bangun dan bangkit mengetuk kepala-kepala pemimpin yang degil dan tuli dan tidak mahu membuat kerja seperti ini. Beritahu mereka bahawa mereka selayaknya berada diluar padang jika terus berdegil dan sekumpulan ahli parti yang gigih dan ikhlas berjuang untuk parti mesti bargabung tenaga untuk meneruskan usaha  murni ini. Anda yang melakukan usaha ini adalah manusia paling mulia dilahirkan Allah dimuka buni ini.

Kadang-kadang saya hairan melihat keghairahan sesetengah pemimpin yang nampak begitu yakin untuk menghadapi pilihanraya. Ada yang terlalu yakin bahawa kemenangan yang lalu akan berterusan pada pilihanraya akan datang. Ada juga YB yang berkata "ikut gerak hati saya kita akan menang pada PRU akan datang". Sebagai Jentera Parti saya amat menyampah dengan YB sebegini.

Tahukah anda berapa nilai seorang pengundi baru yang didaftarkan?

Percayakah anda bahawa di Malaysia nilai tertinggi  seorang pengundi adalah sebanyak RM200 juta, bagaimana ini terjadi.

Pada tahun 2004 selepas PRK Permatang Pasir, Pasir Mas Kelantan, kerajaan PAS pimpinan TGNA pada ketika hanya mendahului BN dengan kelebihan 1 kerusi sahaja. Kedudukan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada ketika sangat tipis dan kritikal ia itu PAS 23, manakala BN 22.

Pada pilihanraya ke 11 tersebut bagi DUN "N35 Kemuning" Calun BN Wan Mohammad Zin bin Mat Amin mendapat undi sebanyak 6,076, manakala calun PAS Haji Zakaria bin Yaacob mendapat 6,078 undi. Ini bermakna Calun PAS menang dengan 2 undi sahaja.

Dengan 2 Undi tersebutlah TGNA masih dapat meneruskan pemerinthana di negeri Kelantan hingga kini sudah mencapai lebih 20 tahun dan pada ketika itu TGNA membelanjakan sebanyak RM 400 juta sebagai perbelanjaan mengurus negeri Kelantan.

Jika nilaian ini diambil kira bermakna "Nilai satu Undi ialah RM200 juta" kerana dengan 2 undi tersebutlah TGNA dapat memerintah Kelantan.

Sekarang anda tentu faham betapa pentingnya kerja yang DAP lakukan ini. Anda tidak patut berpeluk tubuh lagi jika inilah nilai 1 undi yang anda daftarkan.

Mohd Razif Maslan
Ketua UPP Kota Raja

08 July 2010

UmNo cari pasal

UmNo mencari pasal, selepas Shafie Afdal tuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat, kini tiba pula giliran PAS menjawab tuduhan tersebut dan perang pun bermula :

Jika Pas parti ajaran sesat, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membuat perisytiharan mengenai perkara itu, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Bagaimanapun sehingga kini, katanya, tiada fatwa yang seperti itu sekali gus membuktikan tuduhan orang yang mengatakan parti itu sesat, yang sebenarnya sesat.

"Takkan kerana kita berjuang nak menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerusi Parlimen, berebut dengan mereka, kita dianggap sesat," katanya.

Mahfuz berkata, jika fatwa parti sesat benar-benar dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, UMNO juga boleh dianggap sesat kerana kedua-duanya adalah parti politik yang sama-sama nak menang kerusi dalam pilihan raya.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang melabelkan Pas sebagai 'parti ajaran sesat' ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kulaijaya, minggu lalu.

Mahfuz berharap orang ramai dapat menilai sendiri kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin politik seperti Mohd Shafie.

“Sekiranya beliau mem- punyai hujah yang logik terhadap kenyataan yang dibuat, Pas sedia berdebat secara ilmiah agar kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada perdebatan itu.

“Akan tetapi, sekiranya kenyataan negatif itu dibuat hanya bersandarkan hujah Pas lebih pentingkan perjuangan merampas kerusi DUN dan Parlimen dari tangan BN, beliau tidak cukup bijak untuk jadi pemimpin,”katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Baling yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah, Taib Azamuddin Md Taib berkata, kenyataan Mohd Shafie keterlaluan dan suatu penghinaan.

“Saya tidak kisah sekiranya kita bercanggah pandangan politik tetapi kenyataan itu melibatkan agama, tuduhan ajaran sesat adalah sangat berat dan berkaitan dengan akidah. Siapa dia mahu orang lain seperti itu, lainlah jika ada buat rujukan kepada Majlis Fatwa atau sebagainya,” katanya.

Taib berkata, tuduhan Mohd Shafie itu juga menunjukkan kecetekan ilmu politik beliau, yang hanya pandai membuat tuduhan liar.

“Jika Mohd Shafie ahli politik yang profesional, dia perlu tarik balik kenyataan itu yang telah menimbulkan kemarahan rakan politik lain. Tidak rugi pun jika beliau buat begitu kerana tindakannya itu tidak akan menjatuhkan imej beliau sebagai tokoh politik UMNO,” katanya.

Menurutnya, keadaan yang tegang ini boleh diredakan sekiranya Mohd Shafie berlembut hati dengan menarik balik kenyataan itu.

“Beliau berani cakap Pas sesat, Pas pun boleh cakap UMNO lebih sesat dan tidak berpegang kepada ajaran Islam. Malah UMNO mengamalkan politik perkauman, tidak perlu saya perjelas, rasanya bukti ada di depan mata,” katanya.

Sementara itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan pihak yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.

Katanya, tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat.

Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam.

“Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat.

Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Armalah di Putik, Pengkalan Chepa hari in
i.
Beliau juga turut menyifatkan kenyataan Shafie Apdal itu sebagai mengarut serta tidak berasas.

Menurutnya, sesat atau sebaliknya  perjuangan bukan boleh diukur dengan kefahaman sains, sebaliknya  agama.

Jelasnya lagi, orang Islam sendiri setiap kali menunaikan solat sering menyebut tidak ingin sesat di mana Allah sendiri telah memberi nikmat kepada mereka berada di jalan yang benar.

“Hanya empat golongan mereka yang diberi nikmat oleh Allah, antaranya meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para nabi iaitu memperjuangkan Islam.

“PAS sendiri khususnya di Kelantan meneruskan dasar perjuangan Islam berkenaan yang menjadi agenda perjuangan parti sendiri menurut al-Quran, hadis, ijmak ulamak malah ianya menjadi dasar bertulis perjuangan,” ujarnya.

Tambahnya, dengan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan turut dilaksanakan mengikut landasan Islam termasuk menghapuskan premis judi, menyediakan rumah tiga bilik mengikut ajaran Rasulullah dan berbagai lagi.

“Kita juga buat sekolah Arab aliran sains, nak sesat apa lagi, yang tolak Islam itulah yang sesat.

Jelasnya lagi, menolak Islam ini akan menjadi manusia sesat di akhirat nanti, iaitu tidak akan sampai ke syurga.

Tambahnya, manusia tidak akan menemui jalan ke syurga jika tidak menurut ajaran Islam.

Katanya lagi, tidak ada ahli sains, psikologi atau golongan pemikir dapat membawa manusia ke syurga melainkan Rasulullah dengan ajaran Islam.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini