Umpama harimau luka yang baru terjaga dari tidur lena dan panjang, UmNo melalui Presiden nya DS Najib telah berpesan sebelum beliau berangkat bercuti keluar negara supaya setiap bahagian Umno diarah menubuhkan pasukan khas daftar pemilih bagi memastikan mereka yang dianggap layak untuk mengundi didaftarkan sebagai pemilih.
Menurut Muhyidin, penubuhan pasukan khas ini penting kerana walaupun pelbagai inisiatif telah dibuat namun jumlah yang berjaya didaftarkan adalah agak perlahan berbanding jumlah yang dicatatkan oleh DAP, PAS dan PKR melalui Pakatan rakyat.

Muhyidin juga mengakui kelembapan partinya dan mengakui bahawa gerak kerja yang dilakukan oleh PR lebih cergas berbanding UmNo.
"Mereka tidak berhenti untuk berusaha menambah daftar pemilih dengan jumlah ahlinya meningkat setiap bulan," katanya.
"Pihak SPR menawarkan RM1 bagi seorang pemilih kepada penolong pendaftar pemilih dan Umno menawarkan lebih besar daripada itu. Jadi, saya harap soal pendaftaran pemilih ini akan dapat diberikan perhatian yang berterusan sepanjang masa," katanya.

No comments:
Post a Comment