Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini membuat bantahan rasmi kepada kerajaan Amerika Syarikat berhubung kenyataan bekas dutanya ke Kuala Lumpur, John R Malott yang mendakwa kumpulan itu sebagai pertubuhan militan.
Memorandum berkenaan diserahkan oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali kepada pemangku timbalan duta, Brian McPhearson dan konsul politik, Jeremy B Nathan di Kedutaan Amerika di ibu negara hari ini.
Beliau diiringi oleh penasihat undang-undang PERKASA, Salehuddin Saidin, timbalannya, Datuk Rahman Bakar dan ahli majlis NGO itu, Samsuri Arshad dan Ahmad Sujak. Delegasi lima anggota itu dibenarkan masuk ke kedutaan itu pada jam 2.22petang dan keluar lebih sejam kemudian.
“Saya percaya Mr Malott mendengar maklumbalas yang tidak tepat yang diberikan oleh seseorang yang rapat dengannya dan mempercayainya seratus peartus tanpa mencari kebenaran atau menyemak faktanya,” kata Ibrahim selepas pertemuan itu.

Nak ketawa pun ada...
No comments:
Post a Comment